TSS 1

115 12 6
                                    

"YOU better tell me the truth, Ammara Sakura!"

Melengking naik suara itu menyebabkan bahu aku sekali terhinjut-hinjut. Keheningan kian berganti dengan ketegangan. Tidak dapat tidak, aku dengar bunyi nafas itu berhembus tidak teratur, yang tentu sahaja datang dari arah di hadapan aku ini.

"It wasn't me! Kenapa you susah sangat nak percaya?" jawabku senada. Aku pakukan panahan mata hitam pekatku ke anak matanya. Aku lawan dia tanpa rasa ketakutan di hati.

Kalau manusia yang sudah selalu disogok dengan penipuan, mana mahu mereka mengunyah kebenaran. Yang mereka tahu, cuma menjatuhkan hukum tanpa ada niat untuk mencari tahu dari mana punca semuanya berlaku.

Dan untuk kes ini, aku adalah mangsa teraniaya.

Sudah banyak kali aku jelaskan. Sudah berbuih mulut ini dibuka bagi membuatkan telinga sang lelaki tegak mendengar apa yang betul malah yang salah juga yang membuka besar biji matanya. Kalau dia ingin memecat aku sekalipun, silakan kerana aku sedar di mana letak duduk aku ini.

Menjelang era sekarang, manusia lebih percayakan orang sekeliling sampaikan fitnah dilempar pun tidak sedar.

"Habis tu, ni apa?"

"Itu cuma gambar. You hanya percaya pada gambar saja ke, bos?" Sengaja aku tekankan perkataan bos dengan niat, ingin buat lelaki itu berasap.

Nak marah aku, aku bagi kebenaran sebelum aku noktahkan penumbuk sebagai langkah terakhir. Kalau dia masih lagi menadah gosip buruk itu, memang dia spesies bedebah!

"Manusia suka menipu dan mata I tengah bertentang dengan mata yang menipu sekarang."

"You cakap I penipu? I bercakap jujur tau dan mata I tak menipu bila diselangi dengan apa yang I cakap!" Aku lorongkan sedas peluru kepadanya. Biar dia tersentap. Kalau dia ingin terjun bangunan sekalipun, langsung aku tak kisah sebaliknya mungkin aku akan bersorak riang sambil bertepuk tangan.

Betapa berbuku-buku rasa geram dalam jiwa yang tiada noktahnya.

Semua kerana dia.

Dia yang cuba merosakkan hari-hari indahku.

Hanya kerana dia bos, ini bukan satu tiket untuk aku menadah fitnah yang dijaja dan membiarkan hal itu dengan begitu sahaja.

"You nak ke reputasi kafe I ni rosak hah? You tak ingat, macam mana susahnya I dan famili I bangunkan kafe sampai jadi macam ni. Then, sesenang you saja nak ceramah I... macam you ni bos dan I adalah pekerja!"

Kali ini, gigi aku terketap dengan sendiri. Sedari dulu lagi, aku menghormati lelaki ini. Tapi bila dia semakin keterlaluan, mana mungkin aku berdiam diri.

"You tak boleh percayakan orang luar berbanding staf you sendiri. I dah kerja dengan you selama dua tahun tapi bila tiba-tiba I kena macam ni, kenapa you lebih dengar cakap mereka yang tak tahu apa-apa?" balas aku dengan rasa terkilan.

Sudah dua tahun aku berada di tempat seselesa ini. Ada rakan sekerja yang ramah-tamah, ada kemudahan yang kondusif dan lagi... punya bos yang berwibawa. Dahulu, bos aku bukan seperti ini. Dia bukan kaki pemarah dan perengus seperti sekarang. Bila dia dapat tahu sesuatu, dia akan menyelidiknya terlebih dahulu. Bukan secepat ini menjatuhkan hukum.

Lalu, aku cuma mengetap bibir. Kena sedar diri bahawa siapalah aku di sini. Cuma seorang pekerja biasa yang berangan ingin memiliki kafe sendiri, yang terkadang langsung tidak sedar dengan status diri aku.

"Dalam kafe, I dah bagi kemudahan dan longgarkan sedikit peraturan. Kehadiran you... sungguh memenatkan kepala I." Wen berdesis sendiri. Telingaku dapat menangkap keluhannya.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now