TSS 30

17 2 0
                                    

DINGIN mencengkam suasana tika aku kembali ke dalam kereta itu. Tidak dapat tidak, hujung mata aku singgah pada wajah itu. Dalam masa yang sama, kepalanya turut berpusing.

Anak mata kami bertemu.

"How did you know her?"

"Siapa?" Aku pura-pura bertanya. Riak Ezzat tak lari untuk aku teliti. Dia kacip gigi, seperti ada sesuatu yang menghinggap di hatinya.

"Perempuan tadi tu. How did you know her?" Soalan tadi diulang semula.

"Why? Do you know her?" Aku putar semula soalannya. Kenapa tiba-tiba Ezzat berubah persis seorang diktator? Sejauh mana Ezzat telah mengenali Wirdani sebenarnya?

"I'm asking you, Sakura. Jawab ajelah! Susah sangat ke?"

Ternaik bahuku bila Ezzat tiba-tiba membentak. Tiada angin, tiada ribut, aku pula yang menjadi tempat amarahnya dilampiaskan.

"Aku baru je kenal dengan dia tadi. What's wrong with her actually? Dah kenapa kau marah sangat ni?" soal aku pelik. Tali pinggang aku tarik ke tubuh saat Ezzat mulai meneruskan pemanduan. Sedikit pun dia tak pandang aku.

"Jangan cuba dekat dengan dia lagi." Amaran itu jelas-jelas ditala pada aku.

Suara Ezzat... Dingin.

Kening aku automatik terjongket naik. Dah kenapa pula? Apa yang buatkan Ezzat jadi seperti itu? Cara dia seperti Wirdani itu merupakan satu ancaman kepada kami walhal wanita itu baik-baik sahaja dengan aku.

"Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak faham." Aku cuba meneruskan bicara kami dengan berhemah. Sebolehnya aku tak nak cari gaduh dengan dia.

Tadi elok aje emosi lelaki itu. Selepas dia melihat Wirdani, segalanya langsung berubah. Sampai aku kena marah hanya disebabkan aku baru kenal dengan Wirdani.

"Did she tell you something?" Ezzat bertanya lagi. Setiap pertanyaan yang aku ajukan, tak dibalas olehnya. Walaupun dia fokus memandu kereta, aku dapat melihat tangannya yang mencengkam kuat stereng. Urat-urat yang timbul di serata tangannya itu memeranjatkan aku.

Persoalannya... Kenapa?

Apa yang buat lelaki itu marah sangat? Salah aku ke semua ini berlaku?

"Nothing." Aku berdalih. Ada sesuatu yang mahu aku tanya kepada Ezzat tetapi melihatkan kekeruhan yang ada di wajahnya, semerta aku jadi resah. Akhirnya aku simpan soalan itu sendiri.

"You sure it is just nothing?"

"Ya. Sekarang aku nak tanya kau pula." Mimik muka aku berubah serius.

Sisi wajah Ezzat berpaling. Dia menatap aku sekilas sebelum pandangannya dibawa kembali ke hadapan. "Kau nak tanya apa?"

"Soalan yang sama kau tanya dekat aku tadi, aku nak tanya kau semula. Macam mana pula kau boleh kenal dia? Kau pernah ada hubungan dengan dia ke sebelum ni?" Aku tahu soalan kedua aku kelihatan seperti tidak relevan tetapi aku peduli apa?

Aku nak tahu apa yang ada dalam hati Ezzat sebenarnya.

Lama aku tunggu jawapannya. Dia tak membuka mulut. Hanya berdiam diri membuatkan aku seperti orang dungu untuk setiap persoalan yang aku utarakan.

Sepi lagi buat kesekian kali. Tiada bunyi radio mahupun angin. Yang kedengaran hanyalah deruan nafas kami berdua. Sekali lagi membuatkan suasana didenting sunyi.

Aku mengeluh perlahan. Jemari aku bersulam sesama sendiri, bersama fikiran aku yang melayang kepada lelaki di sebelah aku.

Kenapa Ezzat? Kenapa kau tak nak jawab soalan aku? Susah sangat ke? Apa lagi yang kau sorokkan dari aku? Kenapa kau boleh tahu pasal aku, tetapi aku tak boleh tahu pasal diri kau?

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now