TSS 6

51 9 1
                                    

MALLYSA sudah selamat menjadi isteri kepada Akid, maka dengan ini statusnya sudah berubah kepada lebih tinggi. Mungkin selepas ini, akan ada garis yang menghalang kami untuk selalu bertemu. Yalah, Mallysa tentu sahaja sibuk dengan kerjanya, belum kira dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dah menyekat dia supaya jangan terlalu berseronok macam zaman bujang dulu.

Sempat jugalah aku buat drama air mata kerana rasa sebak tidak terhingga. Melihat Puan Suzana menitiskan air mata, aku juga berbuat yang sama. Jelas terlihat betapa bahagia Puan Suzana dan dalam masa yang sama sudah melepaskan anak sulungnya untuk dijaga oleh lelaki yang layak memegang kunci hatinya.

Ya, aku akui aku salah pada mulanya. Sewenang-wenangnya bersangka buruk terhadap orang yang tak bersalah. Entah apa benda yang meracuni fikiranku tempoh hari. Selepas ini, aku mungkin akan rindukan gadis itu dan kuranglah telinga aku menampung bebelannya.

Malam ini, majlis persandingan pula akan dilangsungkan. Jemputan tidak ramai mana pun. Hanya didatangi keluarga terdekat, sanak-saudara dan rakan sekerja. Tidak kurang juga rakan lama Mallysa yang masih berhubung sehingga kini. Ada sebilangan kawan Mallysa yang juga merupakan bekas kawanku. Eloklah kami masih berhubung, boleh juga mengeratkan silaturrahim sesama rakan.

Pelbagai khabar aku dengar dari bibir mereka. Ada yang sudah bernikah dan mempunyai anak, ada yang sedang bertunang atau orang selalu panggil darah manis dan ada juga yang masih belum bertemu jodoh. Alasan mereka, malas mahu mencari sebab diakhirnya akan ditinggalkan.

Betullah itu. Mahu tengok contoh terdekat, akulah orangnya. Huh, selepas ini memang aku tak mahu terpikat dengan mana-mana manusia atau kata mudahnya, yang berjantina lelaki. Biarlah orang panggil aku hati batu ke apa yang penting aku tidak mahu disakiti lagi. Cukuplah banyak derita bila memendam rasa.

Mallysa yang anggun dalam persalinan berwarna kuning cair itu aku tatap dengan hati yang turut sama gembira. Cerialah Mallysa, ceria juga aku untuk gadis itu. Biar berat macam mana pun hati aku ini, memang menjadi hakikat bahawa satu hari nanti aku akan ditinggalkan dan tidak boleh berpaut pada Mallysa selamanya.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? Tebal sangat ke mekap si Luna ni?" Mallysa menjeling Luna yang sibuk meratakan lipstik pada bibirnya.

Aku tahan ketawa yang hampir meletus. Tadi, hampir juga pekak telingaku mendengar leterannya yang mengalahkan leteran ibu-ibu. Kata Mallysa, dia geram kerana wajahnya tidak diperlihatkan semasa sesi merias wajah. Itu yang dia bengang semacam. Risau jikalau Luna 'sabotaj' mukanya berubah menjadi versi Maleficent pula.

"Tak ada maknanya aku nak balas dendam dekat kau Allysa walaupun aku tahu aku boleh je buat kalau aku nak. Tapi, tak mahulah buat nangis pengantin takut hilang seri hari pertama kahwin," celoteh Luna lalu ketawa mengekek. Tangannya kini bergerak membawa berus ke wajah Mallysa, mahu meratakan pemerah pipi dengan lebih sempurna.

"Nervous tak tu? Muka rileks semacam je aku tengok." Aku menambah, saja nak buat Mallysa berganda debarnya.

"Cuba nampak muka aku ni... chill gilakan? Kau orang tak tahu dalam ni..." Mallysa menudingkan jari ke dadanya.

"Banyak gila debaran tu! Macam nak lari dari sini je weh."

Serentak itu, aku cubit hujung lengannya.

"Kau jangan buat gila, Ally! Ala, ini cuma persandingan je pun. Tak ada apa yang patut dirisaukan."

"Kau nasihat aku bukan main betul. Kau tunggu kau nikah nanti... aku nak tengok kau risau ke tidak!" Mallysa sengih nakal. Sempat lagi mengembalikan paku buah keras. Dia tahu aku lemah bila menyentuh topik begini.

Saja je nak kenakan aku, kan!

"Seronok tengok Allysa dah kahwin. Lepas ni, turn Ammara bakal menyusul pula ya." Luna tidak kurang sama, sengaja mahu mengusik aku. Dia meletakkan berus ke dalam bekas alat soleknya kemudian mendekati aku.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now