TSS 10

37 5 0
                                    

"APA? Apa yang kau nampak semalam?"

Badanku tegak di tempat berdiri. Niat mahu beredar untuk sambung kerja terus hancur dibawa arus persoalan yang terluncur dari bibir lelaki itu. Aku menatap Ezzat sambil menggenggam kuat penyapu di tangan kanan.

Sebelum Dhuha beredar tadi, sempat lelaki itu menyerahkan kembali penyapu kepadaku.

"He was the one who helped you, right?"

Dahi aku berlapis. Aku cuba memerah otak untuk mengingat kembali kejadian semalam. Nyatanya, pernyataan Ezzat itu sudah mampu aku hadam. Dia sedang bercakap pasal Dhuha.

"Kalau betul pun... kau nak buat apa? Nak marah Dhuha sebab dia yang tolong aku dari kena langgar?" Aku bersuara sinis lalu melontarkan pandangan jengkel kepada Ezzat. Entah apa-apalah dia ini. Sehari tak cukup ke nak buat hati aku sakit menelan kata-katanya?

Seolah-olah aku dapat kekuatan baharu untuk membalas setiap tutur bicaranya. Kadangkala, aku rasa aku perlu sedarkan Ezzat betapa aku meluat dengan sikap prihatin yang cuba ditonjolkannya. Apa dia ingat aku tersentuh gamaknya dengan setiap soalan-soalan yang diutarakan itu?

Lagi, senyum sinisku langsung tertarik melihat Ezzat yang hanya diam tanpa suara. Di setiap patah kata yang aku selitkan memasuki gegendang telinganya, aku harap dia hadam dengan jelas.

"Jangan dekat-dekat dengan dia lagi lepas ni. Aku tak suka kau berkawan dengan dia." Ezzat jeling aku tajam. Arahannya bagai angin lalu di telinga aku.

"I don't need your concern, Encik Ezzat Hadif. Berhenti untuk berpura-pura baik di hadapan aku. Kau boleh pergi dari sini dan biarkan aku sambung kerja yang tertangguh. In fact, maturity always hits the first stage. Susah sangat ke untuk bersikap profesional?" Aku balas renungannya sama, tajam. Kali ini, aku pula yang sekolahkan dia.

Baru dia tahu bahawa seorang Ammara Sakura tidak akan berdiam diri selama kakinya masih berpijak di lantai bumi. Tidak sesekali dan tidak akan.

"Right, you are right then. Kita tengok selama mana kau mampu bertahan untuk hadap seorang aku, Ammara. Mulut tu... hati-hati bila bercakap. You might get bitten by the monster." Ketika itu, aku menangkap senyuman senget yang terlahir dari bibir si dia.

Rahang aku... jatuh.

Gila.

Dia dah gila agaknya.

TIYA, pekerja kafe yang baru aku kenali lima hari lepas, melambaikan tangannya di hadapan aku. Aku berjalan perlahan-lahan kerana kedua tangan ini sedang cermat menatang dulang yang berisi sup cendawan panas. Di atasnya juga terletak secawan kopi panas.

Pada mulanya, aku ingat kafe yang bernama Cremé ini merupakan kafe yang hanya menjual makanan sejuk dan berkrim seperti kek ataupun pelbagai jenis kopi. Tetapi apabila sudah bekerja di sini, sedikit sebanyak aku dapat tahu bahawa kafe ini bukan sahaja menyediakan semua itu malah makanan yang biasa ditemui di restoran pun ada juga. Selain kek, kopi dan pastri, kafe ini juga menyediakan makanan berat dan bergoreng seperti nasi, mi, spageti dan banyak lagi.

Kerana itulah... kafe ini pernah menjadi tempat kegemaran aku untuk melepak bersama Mallysa. Sebut sahaja nama itu, ah... rindunya aku kepada dia! Apa khabar dia di sana, ya? Mesti sudah berbahagia di samping suami tercinta.

"Dia tu kenapa? Dari tadi lagi... aku perasan dia lepak dekat depan sini aje. Pula tu, mata dia bukan tengok customer tapi dia tengok kau tanpa lepas. Kau ada buat apa-apa ke sampai macam tu sekali Encik Ezzat turun padang?" Soalan Tiya mengembalikan aku ke alam nyata.

"Serius ke ni? Jangan main-mainlah, Tiya. Aku tak ada masa dengar gosip-gosip staf." Segera aku sanggah bicaranya. Takkan la kut?

"Serius, Ammara! Ni bukan gosip. Sungguh!" bisik Tiya keras dan bersungguh-sungguh. Wajahnya tiba-tiba bertukar ketat. Aduhai, dah kenapa pula dia ini? Tersampuk setan ke apa?

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now