TSS 31

19 5 0
                                    

PULANG daripada bertemu dengan ayah semalam, aku dan Ezzat ibarat seteru. Bezanya, kami tidak bertingkah. Dia hanya melihat aku dan aku berharap bibirnya terbuka untuk menjelaskan sesuatu.

Tetapi, aku tak rasa itu akan berlaku.

Aku tidak mengerti apa yang diselindungkan dari dalam hatinya itu. Aku tak tahu jika dia marahkan aku keluar bertemu dengan ayah tetapi aku dah minta keizinannya.

Sepanjang malam, dia melakukan silent treatment dengan aku.

Kadangkala, aku cuba meraih perhatiannya dengan mengajaknya berbual tetapi dia seperti tidak mengendahkan aku.

Aku cuba mencari tahu sedikit tentang kisah silamnya daripada mama, tetapi mama sendiri mengelak daripada membicarakan hal itu dengan aku. Mama tidak menafikan yang dia juga kenal dengan Wirdani selain Ezzat.

"Bukan tempat mama untuk bercerita walaupun memang betul... Ezzat kenal dengan Wirdani. Kalau Ammara nak tahu sesuatu, Ammara tanya sendiri suami Ammara. Ya?" Lembut suara Puan Kamilia. Bahu aku digosok lembut. Ada senyuman kelat yang terpatri di bibir wanita itu.

Aku angguk.

Tak mungkin aku mahu paksa mama menjelaskan segalanya demi memuaskan kehendak hati aku sahaja.

Aku faham kalau mama tak mahu cerita dengan aku. Tetapi aku tak terima apa yang Ezzat lakukan pada aku. Dia layan aku dingin dan beku. Setiap kali aku mahu bertanya, dia sebolehnya akan mengelak dari menjawab soalan-soalan aku.

Hingga esok paginya, dia buat sesuatu yang mengejutkan aku. Turun sahaja dari tangga, aku melihat ada dua bagasi besar di atas lantai.

Aku mengerutkan dahi.

"Awak nak pergi mana Ammara? Banyak betul beg ni." Eirman muncul di sisiku tiba-tiba. Kedua tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar gaya santai.

Ini lagi seorang. Ya Tuhan, sabarkanlah hati hamba-MU ini!

Sudahlah aku sakit kepala dengan pelbagai kemelut yang melanda, lelaki ini boleh tanya soalan 'bernas' pada aku pula. Ya, memang aku tahu pun apa yang sedang terjadi sekarang.

"Korang nak pergi honeymoon eh?"

Liur aku tersekat bila Eirman sebut yang kononnya kami akan pergi berbulan madu. Tak mungkinlah! Eirman dah gila ke? Aku tak rasa Ezzat pun segila itu. Tambahan lagi, emosi 'angin kencang' miliknya masih terus-terusan membadai aku.

Hati aku tak akan tenang selagi Ezzat berdiam diri. Apa salah aku?

"Mengarut," desis aku. Aku andaikan suis di otak Eirman dah tercabut. Malas aku hendak melayan dia. Dia buat aku tak selesa sebab dari tadi dia ikut aku.

Pergi minum air di dapur, dia tercongok di situ juga. Aku duduk di sofa, dia pun ada juga. Akhirnya, aku terpaksa berpura-pura menonton televisyen bagi menghilangkan bosan.

Sedari tadi, aku perasan Eirman tak larikan matanya dari menatap wajah ini. Dia nak apa sebenarnya?

Aku menunggu kemunculan Ezzat tetapi bayang lelaki itu jauh sekali terlihat. Aku tidak betah lama-lama dengan Eirman. Aku tak suruh dia ikut aku pun. Rimas tahu tak? Kenapa la pagi-pagi begini ada 'kutu' yang mahu menghinggap?

"Ammara, you know what?" Eirman tiba-tiba membuka mulut selepas beberapa minit kami menyepi.

Aku berpeluk tubuh. Mana aku tahu. Hati aku berdecit di dalam hati. Sebalnya aku dengan perangai Eirman ini. Kenapalah dia selalu ada pada masa yang tidak sesuai?

Aku tidak membalas. Aku pura-pura sibuk dengan menukar siaran televisyen pula. Bantal kecil yang ada dipangkuan ini, aku peluk seeratnya.

"I do wonder, kenapa Ezzat tak pernah cerita apa-apa pasal hubungan awak dengan dia? Kenapa Ezzat tu terlalu misteri dan berahsia dengan abang dia sendiri? Even saya tak tahu rupanya dia dah kahwin..."

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now