TSS 25

26 5 1
                                    

"SHE is not intruder in our house. She is my wife."

Ezzat tiba-tiba muncul di hadapan lelaki itu, dengan secara tidak langsung aku telah berdiri membelakanginya.

"Bro, you gotta be kidding me. Your wi..."

"Kalau dia betul isteri aku... Jadi kenapa? Ada masalah untuk kau?" bidas Ezzat. Matanya diangkat tepat memandang lelaki yang kukira, asing.

Lelaki itu tidak membalas. Aku melirik lelaki itu sekilas. Adakah aku salah pandang ataupun memang ada senyuman yang ternoktah di bibirnya?

Malangnya, senyuman itu sukar untuk ditafsirkan.

"I am not intruder." Aku memberanikan diri untuk mengulang semula apa yang diperkatakan oleh Ezzat. Di hujung ayat, sengaja aku tekankan bahawa aku ini bukanlah penceroboh.

Agak-agaklah kalau nak fikir logik pun. Buat apa aku mahu ceroboh rumah Puan Kamilia kalau aku sendiri pakai pakaian santai begini? Lagipun, tak kuasa aku nak main masuk rumah orang tanpa salam.

Tambahan pula, siapa lelaki itu sebenarnya? Dia...

"Eirman." Tertera sebaris nama yang disebut Puan Kamilia. Wanita itu meluru ke arah lelaki yang dikenali sebagai Eirman lalu mendakap lelaki itu.

Eirman mengalihkan matanya pada Puan Kamilia. Menurut tindakan Puan Kamilia, Eirman turut memeluk wanita itu. Gaya mereka seakan sudah bertahun lamanya tidak bertemu.

"Dah lama kita tak jumpa ya, ma. Now as I'm finally come home, boleh tak Eirman nak tinggal kat sini?"

"Of course, pintu rumah sentiasa terbuka untuk Eirman. Mari masuk dulu," jemput Puan Kamilia. Beg kecil yang ada di pegangan Eirman terus diambilnya.

Aku melihat betapa ceria wajah Puan Kamilia. Lelaki yang bernama Eirman itu sempat memandang aku sebelum dia meneruskan langkah ke ruang tamu bersama Puan Kamilia.

"Dif pergilah bawa Ammara naik bilik. Kejap lagi turun, kita minum petang sama-sama." Sempat Puan Kamilia menurunkan perintah.

Riuh benar suara wanita itu bersembang dengan Eirman. Rancak sekali kedengaran dari sini. Tahap keterujaan Puan Kamilia sampai dia sendiri lebih laju atur langkah ke hadapan. Sepertinya langsung lupa dengan kami yang tercegat di sini.

Aku menutup pintu utama. Risau jika membiarkan pintu terbuka. Nanti masuk sesuatu yang tidak diingini pula.

Selesai, aku baru perasan batang tubuh Ezzat yang masih berada di belakangku. Dia menghulurkan tangannya kepada aku. Dahi aku berkerut pelik.

"Kau nak apa?" bisik aku curiga.

"Tangan kau," balas Ezzat turut sama berbisik.

"Nak buat apa?" Aku masih tidak faham apa yang diinginkan namun tiba-tiba lenganku ditarik mengikutinya.

Kakiku mengikut langkahnya meniti satu demi satu anak tangga. Sebelum itu, fikiranku menerawang sesuatu. Sedikit berdarah luka di hati ini. Ibarat dicucuk paku. Aku tidak mengerti mengapa baru sekarang aku terfikir untuk itu.

Tak tipu untuk aku katakan, aku agak emosional hari ini.

Sampai di hadapan pintu bilik, Ezzat meletakkan beg roda di atas lantai. Menurut perkiraanku, kami akan tinggal di rumah mama selama beberapa hari. Itu pun aku tidak berapa pasti lagi. Sebab semuanya aku kena ikut Ezzat.

Dia menguak pintu kemudian menjejakkan kaki ke dalam, diikuti oleh aku yang menyeret beg roda di belakang.

"Apa yang kau tahu pasal Stellaria?"

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now