BAB 1
AERON ZACK berjalan keliling hutan. Menunggu mangsa untuk datang, dah serupa harimau menunggu habuannya.
"Boss!" Jerit Fendi, lelah masih dilayan, tapi dia harus jugak bercakap.
"Kenapa?" Tanya Aeron pelik.
"Musuh kita, diorang tukar plan!" Bersungguh–sungguh dia memberitahu.
Berkerut wajah Aeron mendengar penjelasan Fendi. Tukar plan? Kau fikir kau siapa?
"That's why kita sentiasa perlukan plan kedua." Balas Aeron sambil tersenyum sinis.
Pemacu pistol ditarik, lalu dilepaskan ke udara. Dan dia ketawa berterusan.
"Boss… ke… kenapa ni?" Tanya Fendi panik. Lain macam dah boss aku ni!
"Cuba tarik perhatian musuh." Balasnya bersahaja.
"Boss, musuh dah tambah orang. Diorang bukan 40 orang!"
"Habis tu?"
"140 orang! Kita dikepung dekat hutan ni sekarang!" Balas Fendi cemas.
"140 eh? Orang kita ada berapa?" Tanya Aeron ingin tahu.
"50 orang je boss." Suaranya macam dah putus asa.
"Kau nak mati atau kau lawan diorang?" aeron mula dingin.
"La… lawan diorang boss!"
Fendi terus mengambil tempat. Dia sebagai ketua kumpulan, menyusun anak–anak buahnya kepada 5 bahagian.
"Aku lawan 20, lebih tu, korang punya. Ingat, siapa yang mati, jangan terhegeh–hegeh nak menangis. Aku pancung nanti."
Semua mengangguk. Aku bukan sebarang mafia, kau jumpa aku, ajal menanti.
Macam yang dirancang, sebaik sahaja musuh mendekat, mereka mula menyediakan pelbagai alat senjata, pisau, senapang, pistol. Dan ada yang mengambil alih sebagai anak panah, mereka bersedia dari jauh.
Tanpa membuang masa, mereka berlawan. Lawan tanpa belas kasihan.
Baru saja dia tumpaskan lima orang, ada yang menanti di belakang. Sikit saja lagi, kepalanya akan ditembus oleh sebutir peluru. Nasib dia sempat mengelak.
Tangan musuh dilipat, kaki di kunci di celah kangkang, satu peluru tembus tepat di dahi musuh.
Aeron bangun, dan terus berlawan. Tapi nasibnya malang, kakinya ditembak membuatkan cecair merah mengalir.
"Boss!" Jerit Fendi.
"Tak payah kesah pasal aku!" Marah Aeron.
Kaki yang sakit dibiar begitu saja. Disebabkan amarah yang terkumpul. Seorang musuh ditikam bertubi–tubi sampai darahnya memancut di wajah Aeron.
"Shit." Jaket hitamnya ditarik, lalu dikesat darah yang menutupi wajah kacaknya. Walaupun mafia, muka aku high level okay!
HANA ZACK perhati sekeliling, dia sebenarnya gugup. Takut. Bukan apa, dia sorang, musuh bukan main ramai!
Terdengar bunyi tembakan di tengah hutan. Hana tarik nafas dalam–dalam, lalu dihembus. Mask yang berada di bawah dagu, ditarik menutupi separuh wajahnya.
"Hello, musuh kita ada berapa tadi?" Tanya Hana atas talian.
"90… wait wait!"
Berkerut wajah Hana. Tunggu apa?
"Bu… bukan 90!" Balas Dayana tergagap–gagap.
"Habis tu berapa?!" Tanya Hana bengang.
"100… 190!"
"Wtf! Korang kata ada 90, macam mana boleh ada 190 pulak?!" Bagai hendak tercabut jantungnya mendengar bilangan itu.
"Hana! Take a deep breath… saya rasa awak kena berundur buat masa sekarang." Arah ejen Kamal. Iaitu master agent di agensi Hamra.
"What? Are you kidding me? Ini Hana lah. Berapa ramai musuh pun, saya takkan berundur!" Tengking Hana. Fikirannya kusut, rambutnya diserabaikan.
"You are kidding me. Eventhough you are the top agent, you're girl! Berundur sekarang, ini arahan!" Meninggi suara ejen Kamal. Kenapa? Sebab risaulah! Salah satu top Agent mereka adalah perempuan. Bahaya!
"I'm sorry Tuan, I can't obey you this time." Hana menutup panggilan.
Dia tarik nafas sekali lagi, lalu dia ambil langkah berjaga–jaga.
"Tak apa Hana, kau hanya perlu lawan sepuluh orang je. You can do it…" dia cuba sedapkan hati.
Sedang dia berjalan, terdengar bunyi derapan kaki di belakangnya. Hana menoleh, ingin melihat gerangan tersebut.
"Wow look at here, kita ada tetamu tak di undang dekat sini."
Hana cemas, dia berundur, lelaki itu makin ke depan. Dia belum bersedia lagi!
"Tepi!"
Hana terus tarik pemacu pistol, dan tembak tepat di kepala musuh. Lelaki itu tumbang di hadapannya.
"Siapa yang guna pistol ni?!" Jerit Aeron.
Anak–anak buahnya menelan liur. Hana toleh mencari suara itu. Aku guna pistol pun salah ke?!
"Musuh kita ramai lagi, kalau peluru habis, kita pun mati!" Marah Aeron.
"Tapi boss, sa… saya dah pesan, jangan guna pistol…" balas Fendi gagap.
"Aku dengar lagi bunyi pistol, mati kau aku kerjakan…" ugut Aeron. Wajahnya bengis, memang seram untuk bertentang mata.
Hana dengar semua perbualan itu, jantung berdegup laju. Aku ada dua musuh, ingat tu Hana!
Hana teruskan berjalan, dia harus cari seorang saja untuk dibawa ke Agensi Hamra.
Tiba–tiba dia terlanggar seseorang. Dia mendongak memandang lelaki tersebut.
"Kau… bukan kumpulan diorang…" ujar Aeron dingin. Hana menelan liur, kalau hoodie nya ditanggalkan. Habislah!
Hana terus mengambil pisau, dan jerat leher lelaki itu dengan lengannya.
"Ikut aku…" arah Hana.
"Perempuan? Interesting…"
Tangan Hana ditarik, dia dilambung ke tanah. Sakit! Nak pecah tulangnya dibuat Aeron!
"Who are you dear…" tanya Aeron sinis.
"Lepaslah!"
Dagu Hana dicengkam, perlahan–lahan, mask Hana ditanggalkan.
"Well… aku tak tahu kenapa kau datang sini, tapi, aku takkan lepaskan kau."
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
RomanceMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...