TUAN GABRIEL mula tak tentu arah. Hana nak pergi berdepan dengan Dragon? Seorang diri? Gila!
Sebaik sahaja ejen Khay lalu di hadapan biliknya, terus dia panggil.
"Kenapa Tuan?" Khay melangkah masuk ke dalam.
"Saya nak awak jadi backup." Ujar Tuan Gabriel.
"Backup untuk?" Khay bertanya.
"Backup untuk Hana, dia akan jumpa Dragon harini. Dia…" kata–katanya terhenti sebaik sahaja terlihat susuk tubuh seorang perempuan di hadapan pintu.
"Hana?"
"Saya rasa sebelum saya teruskan misi ni, saya kena lapor diri dulu." Hana tunduk hormat.
"And I want agent Khay to leave." Ujarnya dingin.
Khay pandang Hana tak percaya. Dia halau aku? Dia dah tak percayakan aku ke?
"Kenap…"
"Leave agent Khay." Arah Tuan Gabriel pula.
"Saya rasa awak datang sini, bukan untuk lapor diri. Apa yang dah jadi sebenarnya?" Soal Tuan Gabriel sebaik sahaja Khay beredar.
"Khay mencurigakan." Balas Hana ringkas.
"Mencurigakan macam mana?" Berkerut dahinya mendengar penjelasan Hana.
"Ada banyak benda yang kita tak tahu tentang ejen Khay, latar belakang, identiti, keturunan, jenis darah, cap jari." Balas Hana panjang lebar.
"Wait, I can accept all of that. But, cap jari? Kita dah cek dari mula lagikan?" Tuan Gabriel bingung. Tak faham dengan jawapan Hana.
"Itu bukan cap jari dia Tuan. I don't know how he did that. But pemilik cap jari dah lama meninggal dunia. Seawal umur 18 tahun lagi." Balas Hana serius.
"Hana, you have to know. Cap jari adalah benda yang paling susah untuk kita tiru. Cap jari hanya boleh dikenal pasti melalui pengelas cap jari." Jelas Tuan Gabriel.
"Tuan, don't you believe me?"
"Who told you that? Aeron?" Soalan berbalas soalan.
"No. Saya yang kaji sendiri."
"So we have to do it. Kita akan analisis cap jari Khay, esok. Secara rahsia." Balas Tuan Gabriel. Dia tahu fikiran Hana sedang kusut.
"Tuan! Dia curi cap jari tu. Sebab yang pemilik cap jari, dah lama mati. 20 tahun yang lepas lagi!" Hana meninggikan suara.
"Don't talk all nonsense Hana. I'm do it the right thing. Lagipun ejen Khay dah berbelas tahun dengan kita. Mustahil untuk dia jadi pengkhianat." Tegasnya.
Hana mengeluh berat. Siapa yang akan percaya tentang sesuatu benda tanpa bukti yang kukuh?
"Saya bukan memilih, walaupun dia dikira ejen paling lama dekat sini. Tapi awak lebih lama hidup dengan saya. Saya tahu awak bukan jenis penipu. Dan saya berharap, awak dapat fakta yang salah. Ejen Khay terlalu bagus. Dia dah menaikkan nama agensi kita. Tapi kalau betul dia pengkhianat, saya akan buat tindakan tegas. Don't worry Hana." Jelas Tuan Gabriel panjang lebar.
Dia perlukan ejen seperti Khay. Dan dia juga sayangkan ejen Hana yang sudah dilayan seperti anak sendiri. Jadi dia harus lebih rasional, dia tidak boleh dianggap berat sebelah.
"Saya pergi dulu Tuan." Hana meminta diri.
"Rehatlah dekat sini." Pelawa Tuan Gabriel.
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
RomanceMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...