BAB 21

31 2 0
                                    

AERON pandang Hana tak berkelip. Hana balas pandangan itu. 

"Kau nak apa dalam bilik ni Hana?" Tanya Aeron bengang.

"Aku tengah cari bukti. Asal?" Hana cuba beranikan diri. 

"Maksudnya…" 

Aeron mendekatkan dirinya dengan Hana. 

"Kau belot aku? Bukan agensi Hamra?" Ujar Aeron, dia cuba tahan rasa marah. 

"Aku tak pernah cakap aku belot Agensi Hamra. Kau yang ajak aku jadi orang kanan kau." Balas Hana selamba. 

"Aku bagi kau jadi orang kanan aku, sebab aku kesiankan kau!" 

"Tak payah kesiankan aku! Kenapa dulu, sebelum kau bertindak, kau tak fikir langsung pasal aku?!" Tengking Hana. Dadanya turun naik menahan rasa marah. 

"Itu bukan aku! Bukan aku yang tolak kau!" Suaranya meninggi. 

"Kau tak payah nak menipu aku lagilah! Aku nampak muka kau, jelas! Itu memang kau. Lagipun kau ni keturunan mafia… aku tak sepatutnya percaya dan kawan dengan kau!" Jelas Hana bengang. 

"Hana…" panggilnya perlahan, dia cuba redakan rasa amarah dalam hatinya.

"Aku jijik, aku jijik dengan nama aku sendiri!" Pasu bunga dicampak, lalu serpihan seramik terkena pada wajah Aeron. Darah mula mengalir. 

"Kalau kau datang sini sebab misi. Aku minta kau berambus." Balas Aeron dingin. 

"See. Kau buat aku macam sampah untuk kali kedua!" Tengking Hana.

"Ya. Aku anggap kau, lagi hina dari sampah. Kau datang dari GRO kan, bermaksud kau dah tak ada maruah. Sebab tu kau datang sini dengan muka tak malu…" 

Pipi Aeron ditampar kuat. Kata–kata Aeron terlalu kesat. Dia tak sanggup untuk tadah telinga mendengar kata–kata itu. 

"Aku mampu untuk bunuh kau Aeron. Tapi sebabkan jasa kau yang sikit tu, aku fikir lagi. Makin aku fikir, makin aku serabut. Sebab kau berbaik dengan aku, tu adalah salah satu helah kau untuk perangkap aku!" Luah Hana. 

"Maksud kau, aku anggap hubungan kita satu lakonan ke?" 

Hana diam. Nafasnya tidak teratur. 

"Kenapa kau tanya soalan yang kau dah tau jawapannya?" Balas Hana sinis.

"Sebab aku tak tahu. Aku tak tahu kau ikhlas ke tak kawan dengan aku selama 10 tahun…" balas Aeron serius.

"Aku ikhlas kawan dengan kau. Tapi aknirnya, aku dipijak. Kau tak payah kecewa sangat. Kau tak layak cakap diri kau terseksa." Balas Hana geram. 

Aeron terdiam. Memang, semuanya berpunca dari dia. Kerana dia, Hana dihantar ke GRO. Kerana persahabatan mereka yang terlarang, Hana menjadi mangsa. 

11 TAHUN LALU

Aeron masuk ke bilik Tuan Karel. Tangannya basah akibat peluh, dia berdebar. Takut dimarahi oleh Tuan Karel. 

"Kau tau kenapa kau dekat sini?" Tanya Tuan Karel keras. 

"Aeron… Aeron tak tahu." Balas Aeron gagap. Perasaan takut memang sudah sebati dalam dirinya. 

"Sebab kau dah buat salah." Tuan Karel berbisik. 

"Aeron… Aeron buat apa papa?" Soalnya lagi.

"Kau. Ada. Kawan." Balas Tuan Karel satu persatu. 

"Aeron tak boleh ada kawan ke papa?" Aeron cuba beranikan diri. 

"Aku dah banyak kali pesan, kita ni keturunan mafia. Tak boleh kawan dengan orang baik dekat dunia ni! Diorang semua tak guna. Takkan itupun aku kena ajar lagi?!" Tengking Tuan Karel. Bengang, dia paling tidak suka bila orang melanggar arahannya. 

"Aeron taknak jadi macam papa! I don't want to be a killer!" Tengking Aeron pula. 

"Kau kawan dengan dia, dah lebih 10 tahun! Kalau ikutkan hati, kalau bukan sebab kau pewaris keluarga ni, aku dah bunuh kau!" Pisau dilibas pada bahu Aeron.

"Ini baru sikit. Kalau kau terus jugak kawan dengan budak tu. Aku takkan teragak–agak nak apa–apakan dia." Ugut Tuan Karel. Dia keluar dari pejabat, meninggalkan Aeron seorang diri. 

Aeron pegang bahunya yang terasa pedih. Luka yang terlalu dalam, namun dihiraukan semuanya. Dalam fikirannya, tidak berhenti memikirkan Hana. 

"Walaupun kau akan benci aku, aku akan tetap lindung kau. Kau satu–satunya kawan yang buat aku rasa macam manusia. Manusia biasa yang berhati perut." Luahnya dalam hati. 



"Jadi… tak boleh ke kau pejamkan mata. Pekakkan telinga. Biar aku settle kan misi dekat sini. Thats all you have to do, to repay me…" bisik Hana. 

"I can't let you do that." Balas Aeron keras. 

"Kenapa? Sebab… Dragon sebenar, ada depan mata aku?" Matanya menikam anak mata Aeron. 



KHAY WILSON bergegas ke Blue Diamond. Ada perkara mustahak yang ingin dia bincangkan. 

"Dragon, kita tukar plan." Arah Khay serius. 

"Kenapa? Sebab kau dah kantoi?" Tanya Dragon sinis. 

"Kita culik Hana. Kita culik dia esok jugak!" Khay meninggikan suara. 

"Kenapa tak bunuh je terus perempuan tu?" Tanya Dragon lagi. 

"Dragon…"

"Bukan tu plan asal kita ke? Come on Khay. Takkan kau dah menaruh hati dekat ejen Hana?" Sindirnya. 

"Kita slow–slow. Aku taknak kita terperangkap. Kalau kita bunuh Hana… kita yang habis!" Balas Khay bersungguh–sungguh. 

"Aku hanya berminat untuk bunuh orang. Aku tak berminat untuk culik orang, buang masa." 

"Orang aku tak cukup Dragon, orang aku tak cukup nak kepung Agensi Hamra! Sebab tu aku kerjasama dengan kau. Aku bayar kau sebanyak mana kau nak. Tolong aku culik Hana." Khay merayu. 

"Deal. Esok kita mula." Dragon tersenyum sinis. 

"Kau langsung tak bagitau aku apa yang Agensi Hamra tengah rancangkan? Maksudnya kau memang nak bermusuh dengan aku Khay…" bisiknya dalam hati.

SPY VS MAFIA (S1)Where stories live. Discover now