BAB 27

25 3 0
                                    

FENDI pandang boss nya yang dari tadi ke hulu ke hilir. Sudahnya berjalan sampai utara pulak karang. 


"Boss…" Fendi bersuara. 


Aeron abaikan panggilan itu. Fikirannya sedang kusut. Bermacam rancangan berada di benak fikiran. Tapi dia tidak tahu sama ada dia mampu atau tidak. 


"Boss!" Fendi meninggikan suara. 


"Set masa. Aku nak jumpa Khay." 


Membulat mata Fendi mendengarnya. Takkan secepat ni? 


"Boss. Ejen Khay ada dekat Agensi Hamra. Macam mana kami nak bawak dia ke sini?" Ujar Fendi. 


"Okay. Aku nak jumpa Hana." Fendi pandang tak percaya. Kenapa Aeron nekad sangat ni?




HANA masuk ke pejabat Tuan Gabriel. Dia pandang Tuan Gabriel, tegang saja situasi itu. 


"Tuan." Hana bersuara. 


"Kenapa?" Tuan Gabriel sibuk dengan kertas–kertas di atas mejanya. 


" Saya perlukan penjelasan." Ujar Hana serius. 


"Penjelasan apa? Tentang Aeron dan Dragon?" Tuan Gabriel meneka. 


"Ya. Maksud Tuan sekarang, Dragon dan Aeron adalah musuh?"


Tuan Gabriel mengangguk. Berkerut dahi Hana dengan jawapan itu. 


"Habis tu kenapa Tuan kata nak jadikan Aeron sebagai umpan, untuk cari induk dia? Bukan ke bermaksud Dragon dan Aeron berkerjasama nak hancurkan Agensi Hamra ni?" Tanya Hana panjang lebar. 


"Saya dah kata, Aeron dan Dragon ada kaitan." 


"Dan macam mana Tuan tahu?" Tanya Hana lagi. 


"Awak tak dibenarkan bertanya tentang hal peribadi saya." Tegas Tuan Gabriel. 


"Kenapa pulak kes diorang ni hal peribadi Tuan? Tuan pun ada kena mengena ke?" Soal Hana berterusan. 


"That's my problem Hana. Not you!"


"Tuan. Tolong jangan hampakan saya. Walaupun saya dah bertahun curiga dengan Tuan. Tapi saya diam, jadi tolong jangan buat saya hilang kepercayaan pada Tuan." Ujar Hana bengang. 


"Bagitau saya Tuan, kenapa Tuan terlampau sibuk nak siasat tentang keluarga Aeron? That has nothing to do with this country!" Hana tinggikan suara. 


"Mestilah ada! Sebabkan keluarga dia lah. Banyak yang jadi mangsa, makin banyak orang dari GRO. Makin banyak budak yang mati. Awak kata tu ada tak ada kena mengena?" Tegas Tuan Gabriel. 


"Tuan…"


"Pergi balik ke tempat Aeron. Jangan buat dia hilang percaya pada awak."  Arahnya. 


Hana diam. Rasa bengang masih berbaki. Dia tak minta banyak, dia minta untuk jujur aje!


"Dan jangan bunuh Aeron." Sambung Tuan Gabriel. 


"Tuan, sepanjang saya hidup dengan Tuan, saya tak pernah berhenti perhatikan Tuan. Sebab, cara Tuan selamatkan saya dari GRO, terlalu mudah. Sampai saya rasa, Tuan ada agenda lain. Saya pergi dulu." Hana terus keluar tanpa sepatah kata. 


Tiba–tiba telefonnya berdering, terus dia angkat panggilan tersebut. 


"Siapa ni?" Tanya Hana. 


"Balik tempat aku. Aku akan jelaskan semuanya." Suara itu, memang dia kenal. Aeron Zack. 


"Kenapa aku mesti balik?" Tanya Hana dingin. 


"Sebab semua ni salah faham." Ujar Aeron. 


"Kalau betul salah faham, aku nak kau jelaskan dari 20 tahun yang lepas, sampai sekarang. Boleh?" Cabar Hana. 


"Boleh." Balas Aeron sepatah. 


"Kenapa terdesak sangat?" Soal Hana. Pelik apabila Aeron bersetuju dengan kata–katanya. 


"Sebab aku nak kau jauhkan diri dari Khay Wilson. Dan datang sini." Balas Aeron serius. 


"Dan kenapa…" 


"Sebab aku suka kau! Sebab tu aku protect kau dari mula sampai sekarang. Aku taknak kau jatuh dekat tangan diorang. Tolong datang sini Hana." Aeron merayu. 


Hana tersentak. Dia suka aku? Gila ke?!


"Kau ingat ni drama ke Aeron? Kau suka aku? Kau protect aku? Jangan buat aku gelak." Hana lepaskan tawa hambar. 


"What's wrong with that?" Tanya Aeron selamba. 


"Mestilah salah. Kau tu musuh aku! Sampai masanya, kau akan mati dekat tangan aku!" Tengking Hana. 


"Aku tak fahamlah Hana, kenapa kau langsung tak ingat kenangan manis kita, tapi kau hanya ingat aku sebagai mafia yang kejam." Ujar Aeron bingung.


"Salah kau Aeron. Kau yang buat aku benci kau." Balas Hana dingin. 


Baru saja Hana mahu meletak panggilan, Aeron bersuara lagi. 


"Kalau macam tu bagi aku peluang. Untuk buat baik dekat kau, dan buat hati kau cair dengan aku." Cadang Aeron. 


"We used to be, an older brother, with a little sister." 


"Kita bukan adik beradik kandung pun." 


"You must be insane." Panggilan terus diletak. Hana merengus kasar. 


"Hish!" Pintu pejabat Tuan Gabriel ditendang kuat. 


Tuan Gabriel dari dalam terkejut mendengarnya. Hampir saja dia terkena serangan jantung. Siapa punya kerjalah ni!




"DRAGON, aku ada plan baru." Khay pandang Dragon yang masih lagi berehat. 


"Aku baru lepas kena tembak, bagi aku rehat dulu." Ujarnya perlahan. 


"Sebab korang, aku hampir hilang kerja aku. Be responsible." Khay merapatkan jaraknya dengan Dragon. 


"Apa cadangan kau?" Tanya Dragon malas. 


"Menyamar jadi Aeron, alih perhatian Hana." Cadang Khay. 


"Kau fikir kau boss aku ke? Siapa kau nak arah aku itu ini?" Dragon bangun dari pembaringan. 


"Aku mafia Wilson. Satu keluarga yang lebih kejam dari mafia lain. Jangan pura–pura berani Erry, aku tahu kau takut dengan aku. Jadi ikut je arahan aku." Ujarnya sinis. 


Dragon terus ambil pistol dan dirapatkan pada dahi Khay. 


"Kau fikir aku takut dengan kau?" Ujarnya separuh daya. 


"Sebab tu kau masih di bawah telunjuk aku sampai sekarang." Khay tersenyum sinis. 


"Tarik perhatian Hana. Itu tugas kau. Tak susah pun, siapa taknak perempuan cantik?" Arahnya. 





"MANA boss kau?" Tanya Hana bengang. 


"Cari aku?" Aeron berjalan menuju ke arah Hana. 


"Kau yang cari aku!" Hana tinggikan suara.


Aeron tergelak kecil. Marah nampak?


Aeron merapatkan tubuhnya dengan Hana. Mulutnya beralih pada telinga Hana. Lalu dia berbisik sesuatu.


"Kalau aku sukakan satu barang tu, aku nak dia ada disamping aku sampai bila–bila. Takkan tinggalkan aku walau sesaat pun. Kau sanggup?" Bisik Aeron.


"Bagitau aku dulu, benda yang aku tak tahu pasal 20 tahun lepas, sampai sekarang." Hana berkeras. 


"Kau kena jawab soalan aku dulu. Sanggup ke tak?" Tanya Aeron pula. 


Hana mengeluh berat. Soalan ni lagi berat dari matematik! 


"Kalau kau sanggup, bermaksud kau kena buat satu benda ni jugak." 


Hana fokus pada wajah Aeron. Banyak betul dia punya syarat! 


"Aku taknak bertepuk sebelah tangan." Sambung Aeron. 


"So, kau cantumkan dua tapak tangan kau, then tepuk. Settle." Hana mula rasa tak selesa. Tolong jangan minta benda yang aku tak mampu nak buat!


"It's not funny dear. Aku nak kau, buka hati kau, dan simpan nama aku dalam tu. Boleh?" 






AERON tersenyum sinis. Dia pandang Fendi yang masih berdiri tegak. 


"Maaf boss." Fendi tundukkan wajahnya. 


"Sejak bila korang jadi cuai macam ni?" Tanya Aeron sinis. 


"Kami…"


"Mesti Khay dah dengar semua benda yang aku cakap dengan Hana." Perakam suara yang bercahaya biru itu dipegang. 


"Kalau macam tu… biar aku yang umpan dia. Aku tak mudah macam apa yang kau fikirkan Khay…" 

SPY VS MAFIA (S1)Where stories live. Discover now