BAB 18

34 3 0
                                    

Khay Wilson mula bertentang mata dengan Aeron. Tak lama itu kalihkan pandangan ke tempat lain. 

"Tak sangka eh kau kerja dengan Dragon?" Tanya Aeron sinis. 

"Kau tak cakap pun Aeron akan datang sini." Khay bersuara. Dragon tergelak kecil. 

"Kau boleh beza ke siapa Aeron, siapa dragon?" Dragon menguji. 

Khay terus memandang mereka berdua. Takut dia tersilap orang.

Raut wajahnya jelas tampak cemas. Lalu Dragon tergelak lagi. 

"Apa yang kau takut sangat dengan Aeron?" Tanya Dragon pelik. 

"Aku, aku bla dulu. Aku tak ada urusan dekat sini." Baru Khay melangkah ke depan. Aeron bersuara. 

"Siapa kata kau tak ada urusan dekat sini? Khay Wilson?" Tanya Aeron bengang. 

"Rileks bro." Dragon mula berlakon seakan mahu meredakan pergaduhan. Walhal dia paling suka tengok orang bergaduh sehingga berbunuh–bunuhan. 

"Macam mana kau boleh kerja dengan orang yang dah bunuh Tuan Karel?!" Tengking Aeron. Bengang? Semestinya. Sebab Dragon sendiri pembelot!

"Correction. Bukan aku yang bunuh Tuan Karel. Aku masih muda masa tu, kenapa orang macam aku nak bunuh dia? Fikir logiklah." Balas Khay serius. 

"Kau fikir aku bodoh ke?!" Saat Aeron mara ke depan, Dragon bersuara. 

"Guard…" semua pengawal menghalang Aeron dari terus ke depan. 

"Aku takkan izinkan kau, cederakan Khay Wilson. Berundur." Wajah Dragon mula tegang. 

"Kau yang patut berundur. Aku taknak bunuh kau, Dragon." Aeron memberanikan diri untuk mara ke depan. 

Dia ambil pistol di belakang poket, lalu ditembak satu persatu pengawal–pengawal yang berada disitu. 

"Tepi Dragon." Arah Aeron.

"Kau yang tepi, sebelum aku tikam kau." Ujar Dragon dingin. 

"You leave me no choice."

Tengkuk Dragon diketuk kuat menggunakan tangannya, membuatkan Dragon tumbang. 

"Kau nak lawan dengan aku? Serius? Tak menyesal?" Khay Wilson menguji. 

"Kau buat apa dekat Agensi Hamra? Nak bunuh Hana?" Tanya Aeron bengang. 

"Sebab Tuan Karel dengan Tuan Gabriel, ada hubungan yang sangat rapat. Buatkan aku rasa nak bunuh sekali Tuan Gabriel tu. Aku taknak orang yang ada kaitan dengan Tuan Karel, masih sihat wal'afiat. Jadi, Hana pun terlibat sekali. Sorry." Balas Khay tanpa rasa bersalah. 

"Bodoh!" Tembakan dilepaskan. Tapi Khay sempat mengelak. 

"Ingat Aeron, aku lagi handal dari kau. Jangan nak berangan untuk berlawan dengan aku." Khay Wilson berjalan melepasi Aeron. 

Aeron tidak mengalah, belakang Khay ditoreh panjang. Khay terasa sakit. Tindakan Aeron terlalu pantas, dia tak sempat mengelak. 

Khay Wilson merengus kasar. Dia toleh memandang Aeron. 

"You're cheater." Lengan Aeron ditembak sepantas mungkin. 

"Jangan lawan dengan orang macam aku Aeron. Teruskan, lindung Ejen Hana." Pesan Khay sebelum beredar. 

Aeron pegang lengannya yang terasa sakit. Lantai ditumbuk sekuat hati. Bengang, dia terlepas Khay Wilson macam tu aje!


"HELLO Hana! Kau okay tak?!" Tanya Syamim gusar. 

SPY VS MAFIA (S1)Where stories live. Discover now