BAB 14

39 3 0
                                    

"Baliklah." Arah Aeron. Hana di belakangnya buat tak dengar aja. Dia meluru masuk ke dalam rumah mewah itu.

"Hana Zack!" Langkah Hana terhenti. Dia pandang Aeron yang begitu jauh dengannya. 

"Jomlah masuk." Pelawa Hana. 

"Aku nak kau balik." Ujarnya dingin. 

"No. Aku dah bahayakan nyawa aku dengan teh strawberri tu. And the result, I'm still alive. Keep your promise Aeron." Hana berkeras. Dia dah sampai sejauh ni, takkan nak patah balik. Misi harus diselesaikan!

"Itu sebab kau alahan!" Aeron meninggikan suara. 

"Alahan tu lebih kurang dengan racun." Hana berpeluk tubuh tanda protes. 

"Boss!" Jerit Fendi dari jauh. 

"Asal?" Tanya Aeron. 

"Mayat ni… nak tanam atau ambil organ dia dulu?" Tanya Fendi sambil memegang mayat Is'hak. 

Hana terus rasa nak muntah, dia alihkan pandangan ke tempat lain. 

"Kau nak jadi orang kanan aku?" Tanya Aeron serius. 

"Me… mestilah nak." Balas Hana gagap. Takut melihat mayat yang sudah pucat dan tubuhnya yang dipenuhi darah itu. 

"Ambil jantung dia." Aeron mula memandang serius pada Hana.

"Jantung dia?" Tanya Hana kurang senang. 

Aeron mengangguk sambil tersenyum sinis. Dia menunggu jawapan dari Hana. 

"Buat apa?" Tanya Hana lagi. 

"Nak jual." Balas Aeron selamba. 

"Aku…" 

"Potong kepala dia." Arah Aeron. 

Fendi mengangguk, menggunakan pedang, dengan sekali libas, kepala itu terputus. Ngeri. Hana cuba kuatkan semangat. Darah yang terpancut diwajah Fendi, dikesat menggunakan bajunya. 

"Your turn." Hana melihat tubuh yang sudah tidak berkepala itu. Bibirnya dikemam kuat. Tangannya yang menggeletar cuba dihentikan. 

"I can't…" ujar Hana perlahan. 

"Jadi orang kanan aku, maksudnya lebih kuat dari anak buah aku. Tapi kau, lemah. Benda macam ni pun tak boleh buat. So jangan berangan nak jadi orang kanan aku Hana…" bisik Aeron sinis. 

"Kau tu gila! Dia dah mati. Kenapa kau nak seksa dia lagi?" Hana cuba beranikan diri. 

"Sebab, aku. Nak. Duit." Balas Aeron dingin.

"Aku bagi kau chance, untuk tunjukkan keberanian yang kau ada sebagai orang kanan aku." Sambung Aeron. 

Air matanya mula mengalir, tak dapat ditahan lagi. Melihat perkara kejam ini bukan kehendaknya!

Beransur–ansur, kerana terlalu trauma. Hana terus tak menyedarkan diri. Sempat Aeron menyambut Hana ke pangkuannya.

"Teruskan kerja kau." Arah Aeron. 

Fendi mengangguk. Badan mayat itu dibelah tanpa belas kasihan. Dan mengambil organ–organ penting untuk dijual. 

Aeron dukung Hana sampai ke bilik. Lalu dibaringkan ke atas katil. Dia teliti wajah Hana, terbit rasa kasihan dalam dirinya. 

"Aku taknak bahayakan nyawa kau Hana… kenapa kau tak faham langsung?" Ujarnya perlahan. 

Baru saja Aeron ingin bangun, tangannya ditarik membuatkan dia terduduk semula. 

SPY VS MAFIA (S1)Where stories live. Discover now