"Kalau aku Dragon tu, kau nak buat apa?" Aeron datang mendekat. Anak mata Hana mula goyang, dia kalihkan pandangan ke tempat.
"Serah diri." Arah Hana.
"Lepas aku serah diri, apa benefit yang aku dapat?" Tanya Aeron sinis.
"Maksudnya kan, kau bukan orang kanan aku?" Tanya Aeron lagi. Dingin saja bunyinya, Hana mula rasa lain.
"Aku…" Hana mengundur.
"Aku patut ajar orang macam kau…" tembakan dilepaskan dua kali. Hana mengundur hingga tersungkur.
"Aeron…" Hana menelan liur.
"Kenapa kau mesti mengaku sekarang? Kenapa kau mesti buat aku macam ni? Kenapa?!" Tengking Aeron.
Hana tersentak, tak sangka dia akan ditengking.
"Kau nak tau sangat siapa Dragon?"
"Aeron aku…"
"Esok kita bawak dia jumpa Dragon, lepas tu aku kunci kau dalam rumah ni, biar kau mati kelaparan." Aeron terus keluar dari bilik itu. Meninggalkan Hana yang masih belum bangun.
"Hana…" alat rakam suara yang bersaiz bulat kecil itu berbunyi di telinganya.
"Ya Tuan." Balas Hana.
"I heard everything. Now, take a deep breath. Memang itu tujuan asal kita, untuk berjumpa dengan Dragon. Beranikan diri. I always be with you." Pesan Tuan Gabriel. Dia cuba tenangkan Hana yang sedang gelisah.
"Tuan…" panggilnya perlahan.
"I know. Aeron terlalu kejam untuk awak handle. Saya tahu awak tak sanggup, tapi saya merayu Hana. Tolong bertahan. Selagi Dragon tak ditangkap, kita semua akan susah. Misi kita akan tertangguh berpuluh tahun lagi. We don't need a bad person like him, in this country." Jelas Tuan Gabriel panjang lebar.
"Tak boleh ke kita biarkan je Dragon tu?"
"And let other people die?"
"Baik Tuan." Alat rakam suara ditutup.
Hana mengeluh berat. Hatinya mula berbelah bahagi. Kerana orang seperti Dragon, hidup macam pelarian.
DRAGON pandang kanak–kanak lingkungan 5 hingga 12 tahun itu satu persatu.
"Korang tau kenapa korang dekat sini?" Tanya Dragon sambil mendekatkan jarak dia dengan mereka.
"T… taktau…" balas budak kecil itu takut–takut.
"Mak bapak korang, dah buang korang! Aku yang beli korang. Maksudnya, diorang tak perlukan korang dalam hidup. Sedihkan?" Tanya Dragon sinis.
Air mata budak itu mula bertakung, dengan suara Dragon yang dingin, tambah lagi dengan kasih sayang yang hilang dari keluarga mereka.
"Nangislah. Nangis puas–puas. Sebab esok hari last korang dekat tempat ni." Dragon meninggalkan mereka di sebuah gudang. Pagar dikunci supaya merek tidak lari.
"50 orang uruskan dekat sini. Selebihnya, ikut aku. Uruskan Ejen Hana." Arah Dragon.
"Boss…"
"Aku nak korang kepung tempat Aeron. Itu je jalan yang ada untuk culik Hana." Sambung Dragon lagi.
"Macam mana boss nak handle Aeron?"
"Senang je. Aku handle Aeron, dan culik Hana." Dragon tersenyum sinis.
BILIK mesyuarat Agensi Hamra sudah dipenuhi dengan ejen–ejen yang berkerja disitu.
"Kami ada maklumat baru pasal Dragon Tuan…" beritahu Jack.
"Teruskan." Arah Tuan Gabriel.
"Lokasi Dragon dah berubah."
Tuan Gabriel mula fokus pada Jack. Dah berubah? Kenapa?
"Berdasarkan maklumat dari orang dalam, dia berubah lokasi sebab nak culik ejen Hana." Jelas Jack.
Tuan Gabriel terus berdiri. Culik ejen Hana? Tak boleh jadi!
"Dia boleh lepas ke dari Aeron?" Tanya Tuan Gabriel lagi.
"Mengikut keputusan DNA, 99.9% mengatakan diorang adik beradik." Balas Dayana pula.
"Kenapa baru sekarang bagitau?!" Tengking Tuan Gabriel. Fikirannya mula kusut. Kemungkinan Aeron akan tolong Dragon untuk culik Hana.
"Saya arahkan…"
"Tapi Tuan, Hana dah pesan, kita jangan bertindak apa–apa. Ataupun, Agensi Hamra jadi sasaran!" Ejen Khay meninggikan suara.
"Khay, dari haritu saya curiga dengan awak. Betul ke, awak belakang kami? Atau… Dragon?"
Khay larikan anak mata. Tekaan Tuan Gabriel buat dia gelabah.
"Baik Tuan. Saya ikut segala arahan Tuan, untuk hilangkan rasa curiga Tuan terhadap saya." Sambung Khay. Dia tundukkan wajah, dan pandang ke bawah.
"Tak ada siapa boleh langgar arahan saya. Faham?!"
HANA ZACK masuk ke bilik, dia terkejut apabila Aeron sudah berada di atas katil.
"Asal? Jijik tengok muka aku?"
Hana meneruskan langkah pada almari yang berada di sudut bilik itu.
"Kau nak tau, first time aku dengar yang Hana Zack hidup lagi, aku rasa bangga. Tapi bila aku dengar… yang Hana Zack sekarang, seorang ejen. Aku jadi tak kuat." Luah Aeron.
Terhenti langkah Hana mendengar kata–kata Aeron.
"Kau satu–satunya orang yang buat aku rasa bahagia untuk hidup. Hidup dengan orang macam kau, aku tak rasa macam aku ni binatang. Lain dari layanan papa aku sendiri." Sambung Aeron.
"Masa aku hilang kau, aku mula tak tentu arah. Satu–satunya harapan untuk ubah hidup aku, hilang. Sebab tu, sekarang kau pandang aku, sebagai mafia. Sebab harapan aku, dah hilang lama." Jelasnya. Air mata cuba ditahan.
"Aku lega, bila kau datang, untuk jadi orang kanan aku. Sebab aku, rindukan Hana Zack yang dulu. Yang tahu untuk gembirakan aku. Hilangkan rasa takut aku. Tapi kau lain Hana. Kau dah tak sama macam dulu." Tangannya mengepal penumbuk.
Kenapa kau nak cerita semua ni?" Tanya Hana dingin.
"Aku bagi kau peluang terakhir, untuk pilih. Agensi Hamra atau aku?" Tanya Aeron, dalam hati, dia berharap agar Hana memilih dia.
"Bodoh eh? Aku tak tak bodoh sampai nak pilih pengkhianat macam kau." Balas Hana keras.
"Aku bagi kau masa untuk kau fikir."
"Kenapa kau nak bagi peluang terakhir tu? Kau suka aku ke?" Tanya Hana bengang.
"Sebab apa lagi aku peluang terakhir tu?"
Hana terdiam. Betul ke apa yang aku cakap tu?
"Jadi aku harap, kau boleh ubah jawapan kau." Aeron meninggalkan Hana seorang diri di bilik.
Hana masih lagi keliru. Maksudnya Aeron tak benci aku? Tapi kenapa dia tinggalkan aku 12 tahun lepas?
HANA mula takut apabila mereka sudah kecoh di hadapan rumah banglo itu.
"Hana!" Panggil Aeron.
"Kau ikut aku. Kita keluar dari tempat ni, Dragon nak culik kau!" Dia tarik Hana sampai masuk dalam kereta.
"Kenapa Dragon nak culik aku?" Tanya Hana lemah.
"Kau ramai sangat musuh Hana…"
"Tolong aku Aeron." Rayu Hana.
"Aku boleh tolong kau."
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
RomanceMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...