"Kita kena bagitau Hana. Sekarang!" Tuan Gabriel mula gelisah. Kalau Aeron dan Dragon adik beradik, berkemungkinan, Hana diperangkap!
"Macam ada problem Tuan… telefon Hana…"
Tuan Gabriel merendahkan badannya dan perhati skrin komputer. Dekat jalan besar?
"Apa pulak dia buat dekat jalan besar?" Tanya Tuan Gabriel bingung.
"Saya tak tahu Tuan…"
"Jejak lokasi." Arah Tuan Gabriel tegas.
Syamim cuba kesan dimana lokasi Hana berada sekarang. Selepas itu tanda merah ditekan.
"Nombor Plat kereta, WTV0876, warna kereta, hitam. Kejap…" Syamim teliti semula gambar kereta itu.
"Tapi Tuan, ini bukan kereta Agensi Hamra." Jelas Syamim.
"That's right. Nombor plat kereta Agensi Hamra mesti bermula dengan A dan berakhir dengan 1. Awak rasa, siapa punya kereta yang Hana bawak sekarang?" Tuan Gabriel mula mencari akal.
"Tuan, saya ada dengar perbualan yang agak pelik dari Hana dengan Aeron." Syamim membuka rakam suara dan dikuatkan volume nya.
'Kau ikut aku. Kita keluar dari tempat ni, Dragon nak culik kau!'
'Kenapa Dragon nak culik aku?'
'Kau ramai sangat musuh Hana…'
'Tolong aku Aeron.'
'Aku boleh tolong kau.'
"Dragon nak culik Hana?!" Tuan Gabriel bangun dari kerusi. Dia mula tak tentu arah.
"Saya tak berapa…"
"Obvious sangat yang Aeron tolong Dragon!" Potong Tuan Gabriel.
"Apa plan awak, kalau kita tak boleh serbu Aeron, apa lagi pilihan yang kita ada? Nak tunggu ejen Hana mati?" Ujar Tuan Gabriel serius.
"Tuan beri arahan. Kami akan bersiap sedia." Balas Syamim serba salah. Kalau tidak kerana Hana menghalang, dah lama dia serbu Aeron.
BLUE DIAMOND, 9 MALAM
"Wake up dear…" air suam disimbah pada wajah Hana. Hana terus terjaga dan melilau memandang sekeliling.
"Mana Aeron?" Tanya Hana bengang.
"Oh, dia? Dia dah bla lepas aku bayar dia. Untung betul dapat orang macam Aeron, sanggup buat apa saja demi duit." Balas Dragon sinis.
"Kau nak apa dari aku Dragon?!" Tengking Hana.
"Aku cuma nak kau mati. Mudahkan?" Dagu Hana dicengkam kuat. Bibirnya diketap kuat menahan sakit.
"Boleh aku bunuh kau?" Tanya Dragon.
"Orang jahat macam kau pun, nak minta izin ke?" Balas Hana bengang.
"Lah, aku dah bagi chance untuk lambatkan masa kematian kau. Tapi kau terburu–buru nak suruh aku bunuh kau. I'm so excited!" Dragon tergelak besar.
Hana menelan liur. Dia takut, duduk di tempat yang asing, gelap, dan ramai yang dari golongan mafia, berada di sini.
"Tolong!" Suara itu membuatkan perbuatan mereka berdua terhenti.
Hana alihkan pandangan pada tingkap. Dia terdengar suara budak kecil meminta tolong.
"Kau… kau buat apa dengan budak–budak tu?" Hatinya rasa lain. Dia rasa Dragon ada kena mengena dengan suara budak yang baru didengar tadi.
"Hah? Oh, aku nak bunuh diorang, dengan keizinan dari mak bapak diorang. Bukan aku saja–saja eh." Dragon tersenyum sinis.
"Kau fikir nyawa ni barang ke? Mudah betul kau bunuh orang! Kau ni manusia ke syaitan?!" Pipi Hana ditampar kuat. Hana tersentak, air matanya hampir mengalir. Sakit!
"Aku paling benci orang bising!" Tengking Dragon. Hana pejamkan mata. Dia tak kuat, dia tak mampu apabila dijerkah dengan suara jantan yang kuat itu.
"Kau tau, apa yang membuatkan aku rasa, nak bunuh kau?" Tanya Dragon, kali ini jarak mereka semakin dekat. Hana cuba kawal hatinya yang sedang gusar.
"Sebab… kau terlampau rapat dengan Aeron."
Kata–kata itu membuatkan dahi Hana berkerut. Apa kena mengena, antara dia dan Dragon?
"Apa kena mengena?" Bunyi suaranya bergetar membalas percakapan Dragon
"Apa kena mengena? Kau Spy, takkan kau tak tahu apa–apa pasal aku dengan Aeron?" Dragon tergelak hambar.
"Apa yang aku tak tahu?" Hana terus bertanya.
"Buat apa aku nak bagitau perkara yang boleh jejaskan hidup aku? Aku belum bodoh." Balas Dragon kasar.
Tiba–tiba satu situasi muncul di ingatannya. Aeron? Dia pun pernah cakap benda yang lebih kurang sama macam Dragon cakap sekarang ni. Apa kaitan mereka berdua?
"Kau tau, apa part yang paling seronok dalam hidup aku?" Tanya Dragon lagi.
Hana diam. Buat apa dia mahu berbalas cakap dengan orang yang dah serupa gila ni.
"Bila hidup Aeron musnah." Dragon tergelak lagi.
"Kenapa kau nak hidup Aeron musnah?" Tanya Hana. Dia buang rasa takut, misi lagi penting.
"Sebab, dia ada segalanya yang aku tak ada." Balas Dragon tenang.
"Maksud kau?" Tanya Hana bingung.
"Don't make me fall to you, for the second time dear…" rambut Hana di selak ke belakang.
"Kau nak tahu, orang yang tolak ke dekat rumah usang tu, bukan Aeron." Jelas Dragon sambil tersenyum.
"Aku yang tolak." Bisik Dragon, membulat mata Hana mendengar jawapan itu.
"Apa maksud kau?! Aku betul–betul nampak Aeron yang tolak aku!" Hana meninggikan suara.
"Kau bodoh ke, Aeron mesti ada adik beradik. Kau tak pernah tahu eh?"
"Apa kaitannya, apa yang aku nampak, muka Aeron yang ada dekat belakang aku." Hana berkeras.
"Kau ni, harap je ejen. Tapi terlampau bodoh!" Tengking Dragon.
"Aku nak kau fikir, dalam dunia ni, mesti ada adik beradik kembar, dan, 7 orang yang muka sama. Jadi… kau tak terfikir ke, mungkin kembar Aeron yang tolak kau?" Ujarnya sinis.
"Mentang–mentang Aeron dah tolong kau, kau nak backup dia 100 peratus?" Balas Hana pula. Fikir aku senang–senang nak percaya mafia macam korang?
"Aku tak backup."
"Tak perlu, kau tak perlu nak backup dia sampai macam tu." Potong Hana.
"Aku tak backup lah sial." Balasnya bengang.
Tangan Hana terus ditarik, lalu dia ambil satu jarum di dalam kotak hitam. Lalu dirapatkan jarum itu pada tangan Hana.
"Kau nak buat apa?" Tanya Hana, dia mula takut apabila melihat sebuah jarum yang sudah berisi cecair di dalamnya.
"Racun yang mampu bakar organ kau, satu persatu."
Cepat–cepat Hana tarik semula tangannya.
"Kau kejam Dragon."
"Aku memang kejam. Dah takdir aku macam ni. Takdir kau pulak, untuk hidup kau dihancurkan oleh orang macam aku." Tangan Hana direntap. Lagi beberapa inci, jarum itu hendak menembus kulit Hana.
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
RomanceMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...