KHAY WILSON beralih pandangan pada Aeron. Tak sampai beberapa saat, anak matanya dilarikan.
Aeron dekatkan jarak mereka. Dia ingin melihat wajah lelaki itu dengan lebih teliti.
"What?! Macam mana kau kenal dia? You want to hurt him too?!" Hana tolak Aeron sekuat mungkin, supaya Khay tak di apa–apakan.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini, Khay Wilson?" Tanya Aeron serius.
"Kau patut berambus dari sini la Aeron! Kau nak meringkuk dalam penjara ke?" Hana masuk campur.
"Kau sanggup ke nak report aku?" Tanya Aeron sinis.
"Jaga–jaga dengan lelaki yang kau sanjung ni, dia ada banyak helah. Musuh kau bukan satu Hana…" bisik Aeron sebelum keluar dari bilik.
"Kejar dia!" Baru saja Syamim hendak melangkah, dihalang terlebih dahulu oleh Hana.
"Dia bukan lawan kita." Ujar Hana.
"Dia musuh kita!" Bentak Syamim.
"Tapi aku je yang ada kaitan dengan dia. Korang tak payah masuk campur!" Tengking Hana.
"Musuh you, maksudnya musuh Agensi Hamra. Remember that Hana." Khay beredar dari bilik Hana. Kini tinggal Syamim dan Hana saja.
"Kenapa… kenapa hati aku berat nak bunuh dia?" Hana bersuara.
"Ingat Hana. Apapun kisah silam kau dengan dia, kau tak boleh halang sebarang hukuman yang Aeron bakal terima." Pesan Syamim.
Hana mengeluh berat. Undang–undang seorang Spy ini terlalu ketat! Kadang–kadang rasa nak bunuh diri pun ada.
TUAN GABRIEL menyertai mesyuarat Agensi Hamra. Semua menelan liur, iyalah. Orang dari pihak atasan yang datang. Mana tak gugup!
"Sebelum kita bersurai, ada satu benda yang saya nak bincangkan. Pasal ejen Hana." Ujar Tuan Gabriel.
Hana yang sedang sibuk membaca maklumat di slide, terus terhenti apabila namanya disebut. Dia pandang Tuan Gabriel.
"Pasal saya?" Tanya Hana pelik.
"Iya, pasal misi yang awak nakkan sangat tu." Balas Tuan Gabriel serius.
"Tuan bagi saya selesaikan misi tu?"
"Dengan satu syarat."
Kening Hana terjungkit. Dia memang suka nak selesaikan misi tu, tapi syarat yang bakal disebut buat dia ragu–ragu.
"Menyamar jadi orang kanan Aeron."
Membulat mata Hana mendengar syarat itu. Menyamar jadi orang kanan Aeron? Tak masuk akal! Gila!
"Tuan tau kan hubungan saya dengan Aeron macam mana? Kami saling nak berbunuh. Macam mana pulak saya nak jadi orang kanan Aeron? He's a mafia. Plus, ini semua tak logik tuan!" Bentak Hana.
"Tapi awak nakkan misi tu?" Tuan Gabriel menguji.
"Tuan tak boleh buat saya macam ni!" Hana meninggikan suara.
"Ini je cara yang kita ada Hana. Cara nak tangkap musuh, kita kena bagi umpan. Dan umpan tu adalah Aeron."
Berkerut dahi Hana mendengar penjelasan Tuan Gabriel. Umpan mereka adalah Aeron? Bukan musuh mereka?
"Apa yang tuan cakap ni?" Tanya Hana keliru.
"Aeron hanya orang sampingan. Kita kena cari induk dia." Jelas Tuan Gabriel.
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
RomanceMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...