BAB 28

29 3 0
                                    

"Tell me first!" Bentak Hana. 

"Nope. Kau jawab dulu soalan aku." Aeron berkeras. 

"I love you from the bottom of my heart! Puas? Bagitau sekarang." Kata–kata itu mengundang ketawa di mulut Aeron. 

"Love me, from the bottom of your heart? Really?" Tanya Aeron sinis. Dia tahu gadis itu sedang terdesak.

Hana terdiam. Rasa nak tampar–tampar aje mukanya sekarang. Kau merepek apa ni Hana?!

"If you really love me. Sleep with me tonight." Cabar Aeron. 

"Tidur dengan kau? Forever alone betul kau ni, tidurlah dengan orang–orang kau ni. Fendi! Boss kau ni dah alone sangat. Tidurlah dengan dia malam ni!" 

Membuntang mata Fendi apabila ditegur begitu. Hana berpeluk tubuh tanda protes. Dah tak ada benda lain ke nak buat? Minta lah aku duit ke rumah ke, ini minta tidur dengan dia? Buaya betul!

Aeron ketap gigi. Rasa maruahnya tercalar pula apabila disindir–sindir begitu. Dia ketua, mestilah malu!

"Aku rasa syarat aku terlampau mudah. Sampai kau pun pandang serong dekat aku." Ujar Aeron dingin. 

Terangkat kening Hana mendengar kata–kata Aeron. Mudah? 

"Apa kata, kita kahwin je. Jalinkan hubungan yang halal?" Soal Aeron sinis. 

"What is all this shit." Ujarnya perlahan sambil tundukkan wajah. Geram! Kahwin dengan dia semata–mata nak tahu tentang kisah 20 tahun lepas? Tak logik!

"Apa?" Tanya Aeron. Dia dapat kenal pasti apa yang keluar dari mulut Hana. Saja dia bertanya lagi. 

Hana beri jelingan mautnya pada Aeron. Inilah orang melayu, dah tahu bertanya lagi!

"Tidur dengan aku malam ni. Aku tak kira." Aeron terus naik ke atas dengan wajah tak bersalah. 

"Apa kata kau kahwin je dengan dia Hana? Lepas kau dah tahu semua maklumat tu, kau cerailah dengan dia." Ujar Jack pada alat perakam suara. 

Hana merengus kasar. Ini lagi sorang otak letak dekat kuku kaki! Senang–senang je dia cakap macam tu? Kahwin lepas tu cerai? Semata–mata nak settle kan misi?

"Diam Jack!" Teriak Hana. 

Semua anak buah Aeron beralih pandangan padanya. Hana malu sendiri. Mesti diorang ingat aku gila!

"Aku pergi jumpa Aeron kejap." Hana meminta izin, baru saja selangkah dia hendak naik, Fendi menghalang. 

"Jangan kacau Aeron, dia tengah kerja." Ujar Fendi dingin. 

"Hei, aku ni bakal jadi ratu mafia dalam rumah ni tau. Behave sikit. Tepi!" Hana menolak kasar Fendi dan naik ke atas. 

Tanpa diundang, pintu bilik utama terus dikuak perlahan. Aeron terus menoleh, memandang gerangan itu. 

"Kau nak apa?" Tanya Aeron dingin. Ini bukan kali pertama Hana berad di bilik ni, jadi dia dah tak ambil peduli sangat. 

"Kau buat apa?" Tanya Hana kekok. 

"Tengah jual jantung orang, nak beli?" Balasnya dingin. 

Hana pula jadi seram sejuk, dengan suasana bilik ni yang gelap. Memang seram! Lagi–lagi bersama dengan psiko macam Aeron!

"Kenapa kau suka duduk tempat gelap?" Tanya Hana pelik. 

"Senang bunuh orang, tak ada orang nampak." Balasnya selamba.

SPY VS MAFIA (S1)Where stories live. Discover now