HANA ZACK bermundar mandir di pejabat tuan Gabriel. Dia lihat Tuan Gabriel yang sibuk membaca bermacam dokumen. Selepas rasa gugup hilang, dia ketuk pintu.
"Masuk." Arah Tuan Gabriel.
"Tuan…" panggilnya perlahan.
"Apa dia Hana?" Tuan Gabriel menghentikan kerjanya, dan fokus pada Hana.
"I don't think I can do it." Ujar Hana, rasa bersalah mula membelenggu dirinya.
"Why? Bukan ke awak top Agent dalam Agensi Hamra ni? Apa je yang awak tak boleh buat?" Tuan Gabriel menduga.
"You know everything Tuan. But still, tuan nak saya jadi orang kanan Aeron?" Tanya Hana tak puas hati.
"Call me dad." Pintanya.
Hana terdiam. Panggil ketuanya sebagai ayah? Kekok!
"Ni tempat kerja…"
"I took care of you since you were young, don't I deserve that words?" Tanya Tuan Gabriel serius.
"I'm not ready yet."
Tuan Gabriel tergelak kecil. Dia pandang gadis itu, orang yang dianggap seperti anaknya sendiri. Sebab itulah dia terlalu mengambil berat tentang Hana.
"Saya hanya perlukan awak untuk menyamar jadi orang kanan Aeron. Sebab, hubungan awak dengan Aeron terlampau sulit." Jelasnya.
Hana mengeluh berat. Kalau setakat nak bunuh Aeron tu, dia on je. Tapi nak jadi orang kanan Aeron? Nak pecah kepalanya memikirkan.
"Kami…"
"Guna taktik yang ada. Dan guna titik kelemahan. Awak dan Aeron asalnya kawankan? Gunalah ayat kawan tu sampai dia percayakan awak." Tuan Gabriel bersilang tangan. Dia menunggu jawapan yang dia mahukan dari mulut Hana.
"Kalau dia bunuh saya?"
"Saya akan bunuh dia." Balasnya yakin.
"Tapi… kalau hubungan awak dengan Aeron lebih dari apa yang kita rancangkan…"
Hana setia mendengar. Apa jadi kalau hubungannya lebih dari apa yang dirancangkan?
AERON pandang lelaki yang sudah melutut sambil menutup wajahnya tanpa riak.
"Kalau diberi pilihan, bunuh sepupu atau pakcik, aku akan bunuh sepupu."
Fikri bangun, dia melihat tubuh disebelahnya. Sudah mati dibunuh Aeron. Dia beralih pandangan pada anak saudaranya pula.
"Kau dah banyak berjasa dengan keluarga aku. Buat apa aku nak bunuh kau?" Aeron hulurkan tangan. Dia menunggu lelaki tua itu menyambut hulurannya dan bangun.
"Kau takkan bunuh uncle?"
Aeron menggeleng. Tapi air mukanya masih kekal serius. Tak kesahlah betapa tenangnya suasana, dia tak boleh tunjukkan air muka yang kena dengan keadaan.
"Tapi dengan satu syarat."
Fikri memandang anak saudaranya, apa syaratnya? Berkaitan hidup dan mati ke? Fikirannya mula bercelaru.
"Jangan bagitau semua keluarga kita. Yang uncle dah tarik diri dari Mafia."
Fikri mengangguk. Tanpa berlengah masa, dia terus keluar dari rumah mewah itu.
"Rules mafia? Bullshit." Ujarnya sendiri.
MALAM, Aeron termenung jauh. Dia pandang langit yang dipenuhi bintang, tapi hatinya? Kosong.
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
RomanceMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...