SATU lagi tubuh berjaya ditumbangkan. Darah memancut pada wajah Aeron. Dia toleh mencari Hana, namun kelibat gadis itupun tiada.
"Mana Hana?" Tanya Aeron bengang.
"Saya ingat dia ada dengan boss tadi…" balas Han perlahan.
"Aku nak 20 orang, ikut aku! Yang lain settle kan diorang, jangan tinggalkan satu cap jari pun…" Aeron beri amaran.
Anak buahnya yang lain terus mengangguk laju. Takkan ada satu ayat pun yang mereka berani bantah apabila Aeron memberi arahan.
"Boss rasa, Hana dekat mana sekarang?"
Tanya Fendi, mudahlah kerjanya jika Aeron tahu Hana kemana.
"Aku tak tau." Balas Aeron serius.
"Track location." Arah Fendi pada anak buah Aeron yang lain.
"Baik." Han buka telefon pintarnya, lalu dia mengesan Hana dimana.
Alat pengesan sudah Aeron letakkan pada pistol Hana. Dia tahu, pistol adalah benda wajib yang Hana akan kemana–mana.
"Boss…" Han bersuara.
"Hana dekat mana?" Tanya Aeron dingin.
"Dekat tempat Dragon boss!" Membulat mata Aeron mendengar jawapan Han.
Dekat tempat dragon? Macam mana pulak? Tak mungkin Hana diculik semudah tu!
"Aku dengan Fendi, korang bawak kereta lain." Kunci kereta ditekan, lalu dia terus masuk bersama Fendi.
"Kita deal dengan Dragon. Kalau dia tetap nak apa–apakan Hana, kita bunuh dia." Aeron nekad. Apa saja yang melibatkan Hana, dia sanggup berbuat apa saja.
"Okay boss." Fendi pandu kereta pada kadar kelajuan maksimum. Aeron tak menghiraukan semua itu. Nyawa Hana lebih penting.
TUAN GABRIEL mengarahkan semua anggota dari Agensi Hamra untuk berpakaian lengkap.
"Dah siap semua?"
"Dah Tuan!" Jawab Syamim mengetuai ejen yang lain.
"We need to save ejen Hana. No matter what happen, we're safe or not. She's more important to us." Ujar Tuan Gabriel serius.
"Ejen Kamal." Panggilnya.
Ejen Kamal yang dari tadi berdiri tegak di sebelah Tuan Gabriel, terus menoleh memandangnya.
"Lead your team, in a better way." Arah Tuan Gabriel.
"Baik Tuan." Ejen Kamal tunduk hormat. Yang lain pandang ke bawah. Itulah cara mereka menghormati senior.
DRAGON tersenyum sinis. Melihat Hana yang ketakutan, betul–betul buat dia terhibur.
"Aku takkan bunuh kau, kalau kau jawab soalan aku." Ujar Dragon.
Hana dongak memandang wajah bertopeng itu. Soalan apa?
"Apa dia?" Tanya Hana dingin.
"Kenapa kau jadi orang kanan Aeron, sebab misi?" Soal Dragon seolah–olah dia benar–benar ingin tahu.
"Aku takkan jawab soalan itu." Hana alih pandangannya ke tempat lain.
"Jadi betullah. Sebab misi." Dragon tersenyum sinis.
"Apa misi yang kau dapat dari Agensi Hamra?" Tanya Dragon lagi.
Hana diam. Dia enggan menjawab soalan Dragon. Kerana semua itu patut dirahsiakan. Tak ada siapapun yang boleh tahu!
"Sebab kau nak tau, siapa Dragon yang sebenar? Siapa aku disebalik topeng ni?" Bisikkan Dragon sudah buat Hana seram sejuk. Dia takut.
"Aku boleh tunjuk muka sebenar aku…"
Mata Hana membulat, kali ini dia toleh semula memandang Dragon. Tengok wajah Dragon yang sebenar, memang tujuannya dari awal misi lagi!
"Dengan syarat, kau akan tengok muka aku masa nafas terakhir kau. Nak?"
Hana terdiam lagi. Dia nak bunuh aku? Tolonglah selamatkan aku!
Baru saja Dragon ingin membuka topeng, ada suara yang memanggil.
"Hana!" Terus Hana menoleh ke arah suara itu. Siapa tu? Aeron?
"Lepaskan Hana Dragon!" Jerit lelaki itu.
"Banyak betul hero tak dijangka kau ni Hana. Siapa dia ni? Spy jugak?" Dragon mengatur langkah mendekati lelaki itu.
"Ejen Hana bukan lawan kau." Ujar lelaki itu dingin.
"Semua orang kata perempuan ni bukan lawan aku, apahal korang ni?" Dragon tergelak besar.
"Sebab dia bukan lawan aku lah, aku patut bunuh dia." Bisik Dragon di telinga lelaki itu.
"Apa kata kau selamatkan perempuan ni, dengan cara belot?"
Pemandangan Hana samar–samar. Dia lihat kasut lelaki itu, ada tiga garis. Bermaksud…
"Belot? Aku setia dengan Agensi Hamra. Kau salah orang Dragon, aku bukan pembelot." Ujar Syamim.
"I. NEED. HER." ujarnya sepatah sepatah. Seolah–olah dia langsung tidak gerun dengan insan di hadapannya.
"Lawan aku dulu." Pelawa Dragon. Pisau dikeluarkan, lalu diarahkan pada Syamim.
"Syamim, kau tak mampu lawan dia. Please, berundur…" ujar Hana lemah.
"Aku tak selemah kau Hana. Aku mampu buat apa saja, asalkan kau selamat. Kalau nyawa aku berakhir dekat sini pun, aku tak kesah." Syamim turut mengeluarkan pisaunya.
"That's how we fight…" pisau terus dilibas oleh Dragon sepantas kilat, lagi sikit hendak terkena pada leher Syamim, tapi dia merendahkan badan.
Syamim libas pisaunya, terkena pada pinggang Dragon.
Dragon tidak mengalah, pisau dilibas lagi, tapi Syamim sempat mengelak.
Baru saja Dragon melangkah ke depan, belakangnya ditembak membuatkan dia jatuh ke lantai.
"Arghhh." Dragon mengerang kesakitan. Hana yang tembak, sebab talinya sudah terputus.
"Cepat Hana!" Syamim pimpin Hana dan keluar dari tempat itu. Apa saja dirempuh sampailah ke pintu utama. Mereka keluar.
Syamim start enjin kereta dan bawa Hana keluar dari perkarangan Blue Diamond.
"Kenapa kau cuai sangat?!" Tengking Syamim.
"Aku minta maaf." Dia pandang ke bawah. Rasa bersalah sudah sebati dalam dirinya.
"Kau patut inform awal–awal kalau Aeron ada rancang apa–apa!" Suaranya meninggi lagi.
"Aeron yang perangkap aku. Dia yang tolong Dragon untuk culik aku." Ujar Hana perlahan.
"What? Kau gila ke? Aeron masih stay dekat tempat dia. Sejak bila dia tolong Dragon culik kau?" Berkerut dahi Syamim mendengar jawapan Hana.
"Kau cakap apa ni? Aeron yang bawak aku naik kereta. Dia yang bawak aku sampai dekat tempat Dragon!" Hana meninggikan suara.
"That's not him!" Syamim berkeras.
KHAY WILSON tersenyum sinis. Segala perbualan sudah didengar dengan jelas sekali.
"Well well, they fight each other, without knowing the truth…" ujarnya sinis.
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
RomanceMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...