BAB 7

63 3 0
                                    

SYAMIM memandang Hana yang sedang menikmati minum petangnya dari jauh. Sambil itu dia mengeluh beberapa kali.

Langkah di atur menghampiri Hana yang masih terleka.

"Aku tak setuju."

Hana terus menoleh, siapa pulak yang datang entah dari mana, terus tak setuju?

Selepas melihat wajah itu, Hana menjeling sekilas. Syamim rupanya.

"Kau tak setuju apa?" Tanya Hana. Patutnya bagilah salam ke apa, ni terus tak setuju. Apa yang tak setujunya?

"Aku dengar diorang cakap, kau nak sambung misi 20 hari lepas. Kau dah gila ke?" Tanya Syamim dengan raut wajahnya yang tegang.

"Suka hati akulah. Sekali misi tu dah dapat dekat aku, aku mesti settle kan. Tak kesahlah berbulan ke, bertahun ke. Susah mana pun, aku nak buat jugak." Tegas Hana.

"Kau perempuanlah."

"Don't ever look down on me Syamim." Hana beri amaran.

"Tapi…"

"Kalau aku fikir yang aku ni perempuan, tak boleh ambil risiko. Kenapa aku join Agency Hamra? Aku buat ni sebab aku minat." Balas Hana panjang.

"And because of that thing?" Sambung Syamim.

"No." Balas Hana sepatah.

"Kau tak ingat ke apa yang jadi dua tahun lepas? Kau hampir mati Hana! Kau hampir mati sebab kau nak settle kan misi tu!"

"Itu dulu! Aku tak kesah sama ada aku mati atau hidup, kita sebagai ejen mana boleh fikir semua tu! Kita kena adil, jalankan misi supaya negara selamat. Kita kena pertarungkan…"

"Pertarungkan nyawa kau? Kau patut usaha untuk selamatkan nyawa kau Hana. Jangan fikir pasal status kau sebagai ejen je, fikir apa yang akan jadi dekat negara ni bila dah tak ada ejen macam kau?"

Hana terdiam. Semua yang dikatakan oleh Syamim adalah logik. Dan tidak ada yang salahpun. Hana mengeluh berat.

"I don't care Syamim. Aku kena jugak settle kan misi tu!" Bentak Hana.

"You are selfish." Balas Syamim ringkas.

Hana menjeling, selfish? Kau belum tahu semuanya tentang aku Syamim.

FENDI berlari ke arah Aeron Zack yang masih berehat di ruang tamu.

"Boss…"

Aeron memandang Fendi, dah kenapa lagi budak ni?

"Ada satu benda yang kita terlepas, pasal ejen Hana boss…" jelas Fendi resah.

"Apa dia?" Tanya Aeron serius.

"Nama akhir dia, Zack. Nama dia Hana Zack boss…"

Membulat mata Aeron mendengar nama itu. Aeron Zack, Hana Zack. Kenapa nama Hana ada Zack pulak? Dia kan perempuan?

"Kau serius ni?"

Fendi mengangguk. Aeron mengeluh kasar. Meja kaca di hadapannya di tumbuk kuat.

"No, tak mungkin dia someone related to me. Cari lagi maklumat pasal dia. She can't be…" dia mengepal penumbuk.

Fendi pula lagilah pelik. Kenapa nama akhir ejen Hana sama dengan bossnya? Apa kaitan mereka berdua?

SEORANG lelaki berjaket hitam, berjalan mengelilingi ruang tamunya yang kusam. Dia pandang orang suruhannya satu persatu.

"Ejen Hana masih hidup?" Tanya lelaki itu dingin.

"Ya boss. Ejen Hana tak mati dekat tangan Aeron." Balas Neo serius.

SPY VS MAFIA (S1)Where stories live. Discover now