BAB 8

56 4 0
                                    

"Awak janji akan sentiasa ada di sisi saya?" Tanya perempuan itu.

"Iya saya janji." Balas lelaki itu pula.

"Walaupun kita dalam bahaya, kita sama–sama tolong?"

Lelaki itu mengangguk. Senyum dilebarkan untuk menyedapkan hati si gadis.

"Tapi… kenapa awak biarkan saya?" Tanya perempuan itu, raut wajahnya bertukar sedih.

Dalam sekelip mata, ada luka–luka kecil pada wajah si gadis, dan bajunya yang terkoyak berselang luka yang agak dalam.

"Sa… saya…" lelaki itu mula gagap.

"Bukan ke kita dah janji?" Air matanya mengalir. Tangisan perempuannya mula kedengaran.

"Hana!" Aeron terjaga dari tidurnya. Wajahnya mula dibasahi dengan peluh. Aeron memgeluh berat.

"Mimpi apa lagi ni, kenapa aku asyik mimpi benda yang sama?!" Lampu tidur dicampak ke lantai.

"Hana? Dia tak ada kena mengena dalam hidup aku. Tapi kenapa aku panggil nama dia?!" Aeron membentak.

Wajahnya diraup kasar. Mimpi yang tiada petunjuk, tapi dalam tidurnya sering diganggu dengan mimpi yang sama. Sedangkan mimpi itu ibarat filem yang berlangsung, dia tak ingat apa–apa.

"Tak mungkin, tak mungkin budak tu Hana!" Kepalanya kusut. Sibuk memikirkan mimpi tadi.

"Boss, boss okay ke?!" Tanya Fendi cemas, selepas terdengar bunyi jeritan tadi, dia bergegas ke bilik Aeron, untuk pastikan jika ada sesuatu yang buruk berlaku.

"Aku nak kau siasat pasal ejen Hana. Semua! Dari kecil sampai besar, siapa mak bapak dia, dia hidup dekat mana. Sekolah dekat mana. Aku nak semua maklumat tu!" Marah Aeron.

"Tapi, lambat sikit…"

"Aku tak kesah, cari je!" Tengking Aeron.

"Baik boss." Balas Fendi lemah. Ingat senang ke nak cari semua maklumat tu? Apalah nasib!

"Hana Zack, siapa kau? Kalau kaulah orang yang pernah aku jumpa tu, aku akan bunuh kau. Untuk kebaikan kita berdua." Ujarnya dalam hati. Dia cuba melepaskan nafas yang sesak. Jiwanya tak tenang memikirkan Hana dan mimpi itu.

KHAY WILSON perhati Hana yang sibuk menaip. Dia sengetkan kepala, ingin melihat wajah yang cantik itu.

"Kenapa pandang I?" Tanya Hana, dia dah lama sedar. Cuma malas nak melayan.

"Makin cantiklah you ni." Balas Khay lembut.

"Cantik apanya, I duduk dekat hutan, berjemur tengah panas. Apa yang cantiknya?" Tanya Hana kurang senang.

"Just all of it. Dari muka, badan, sampai hujung jari kaki." Balas Khay sambil tersenyum.

"Hmmm."

Hana teruskan menaip. Tapi dirinya tak senang apabila ditenung 24 jam!

"Hey, need help?" Tanya Khay.

"No. I don't need your help. I dah matang Khay, biar I uruskan hal I sendiri." Balas Hana tegas.

"I'm sorry." Balas Khay perlahan.

Hana berhenti menaip. Dia pandang Khay, terbit rasa serba salah dalam dirinya.

"I tak ada niat nak berkasar dengan you." Ujar Hana.

"Perasaan I masih sama Hana."

"Layanlah perasaan you tu. I taknak masuk campur. Kita sebagai agent, kena sentiasa lindungi orang sekeliling kita, tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri." Jelas Hana.

SPY VS MAFIA (S1)Where stories live. Discover now