"Kau buat apa…" Lidah Hana jadi kelu. Dia tak percaya apa yang dilihatnya sekarang.
"Bunuh dia…" Hana memegang pedang yang hampir dilibas oleh Aeron pada Syamim.
Darah mula mengalir pada besi itu. Hana menahan sakit, digenggam pedang itu supaya Syamim tak tercedera.
"Dia dragon tu Hana. Tepi!" Tengking Aeron.
"Jangan bunuh dia. I beg you…" Hana merayu.
Aeron melihat genggaman Hana pada pedangnya, makan lama, makin banyak darah mengalir.
Aeron melepaskan pedang. Dia pandang Hana bengang.
"Kau kata nak bunuh dragon? Bunuhlah!" Tengking Aeron lagi.
"Dia bukan dragon lah Aeron!" Bentak Hana.
"Asal? Sebab dia dari Agensi Hamra. Kau nak backup dia lah? Walaupun dia pembelot?"
"No! Dia tak belot!" Hana berkeras.
"Habis tu…"
"You know the real dragon. Kau tahu kan siapa dragon sebenar? Kenapa kau masih nak bunuh Syamim? Sedangkan kau tahu Syamim bukan dragon!" Tengking Hana. Sambil itu dia cuba lindungi Syamim di belakang.
"Ikat jantan ni. Kau ikut aku!" Arah Aeron.
Anak buahnya mengangguk, lalu menarik syamim secara kasar. Tangan Hana direntap kuat oleh Aeron.
"Kau nak buat apa dengan Syamim?!" Hana memberontak, tapi disebabkan darah yang terlalu banyak mengalir. Dia jadi lemah.
Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah mewah. Aeron memandang serius pada Hana.
"Kau ingat semua orang dekat Agensi Hamra tu baik sangat ke?!" Aeron meninggikan suara.
"Sekurang–kurangnya diorang tak macam kau. Bunuh orang tanpa sebab!" Balas Hana bengang.
"Lepas tu yang kau bodoh sangat pegang pedang tu kenapa?!" Tengking Aeron. Kali ini bahu Hana terhinjut mendengar suara yang sangat kuat itu.
"Nanti kau bunuh Syamim! Kau tau dia bukan Dragon!" Bentak Hana.
Aeron merengus kasar. Wajah itu dipandang, lalu turun kepada tangan Hana yang cedera parah.
Dia labuhkan punggung di sebelah Hana. Hana kaget, dah kenapa pulak Aeron duduk sebelah dia?
"Tangan kau ni. Nasib je tak putus." Dia ambil tangan Hana, lalu melihat luka di telapak tangannya.
Kain bajunya dikoyakkan lalu diikat pada tangan Hana.
Membulat matanya dengan kelakuan Aeron. Tadi bukan main marah, lepastu rawat pulak tangan Hana? Pelik!
"Orang–orang Dragon…"
"Diorang dah lama bla lepas Dragon tumbang tadi." Balas Aeron.
"Lepaskan Syamim. And then aku akan pergi balik Agensi Hamra. Itu yang kau nakkan?" Pinta Hana.
"Bukan kau nak jadi orang kanan aku?" Tanya Aeron pelik.
"Macamlah kau bagi." Hana ingin berpeluk tubuh, tapi terlepas apabila tangannya terasa pedih.
"Hati–hatilah." Ujar Aeron dingin.
"Lepaskan Syamim." Pinta Hana lagi.
"Aku boleh lepaskan Syamim. Dengan syarat, kau jadi orang kanan aku." Aeron terus bangun dan mahu beredar.
"Wait what? Kau setuju aku jadi orang kanan kau?" Tanya Hana pelik.
"Kau pekak ke?" Aeron menoleh. Hana yang sudah bangun terus rasa gugup. Aeron melangkah ke depan, Hana pula mengundur.
"Aku kata… jadi. Orang. Kanan. Aku." Wajahnya lagi seinci hendak menyentuh wajah Hana.
"Okay fine. Biar… biar aku balik Agensi Hamra dulu." Balas Hana gugup.
Lagi selangkah Hana ke luar pintu, dia berhenti. Hana pandang Aeron.
"Kau tau kan siapa dragon sebenar?"
Aeron palingkan wajah. Dia berjalan masuk ke dalam.
"Aeron, tell me. Siapa Dragon?" Aeron terus berjalan dan menaiki tangga.
Hana mengeluh berat. Tak puas hati apabila pertanyaannya ibarat angin yang lalu saja.
"Rileks Hana. Ni hanya misi. Dan Aeron, masih musuh kau." Hana melangkah keluar dari rumah itu.
SYAMIM memandang Hana disebelahnya. Hana pula dari tadi mengeluh.
"Hana…"
"Apa misi kau?" Tanya Hana bengang.
"Tuan Gabriel, suruh aku menyamar jadi Dragon." Jujur Syamim.
"And you think I can believe that?"
"Aku…"
"Betul ke kau Dragon?" Tanya Hana lagi.
"Tuan Gabriel yang bagi aku misi tu! Untuk senangkan lagi kita untuk tangkap Dragon." Balas Syamim tegas.
"Boleh tak lain kali, bagitau setiap gerak geri korang. Tak pasal–pasal kau kena tembak." Balas Hana risau.
"Kejap, habis siapa yang lawan dengan aku tadi?" Tanya Hana pelik.
"Itu…Dragon, tapi bila aku sampai, Dragon dah lari." Balas Syamim lemah.
"Shit. He knows our plan." Stereng kereta ditumbuk perlahan.
"Hana, aku rasa baik kita rest kejap."
"No way! Peluru tu masih ada dekat lengan kau!" Hana berkeras. Sedangkan Syamim lebih risaukan balutan tangan Hana yang sudah menampakkan kesan merah.
TUAN GABRIEL memandang mereka berdua. Lama dia perhati, lalu dia ambil tempat duduk.
"Tuan, Aeron dah terima saya jadi orang kanan dia." Beritahunya.
"Undur misi." Balas Tuan Gabriel ringkas.
"Kenapa pulak saya nak undur misi? Aeron dah terima saya!" Bentak Hana.
"Saya arahkan, awak buat je Ejen Hana. Saya suruh undur misi!" Tengking tuan Gabriel.
Hana terdiam. Dia ambil telefon dalam poket dan menghubungi seseorang.
"Neeta, bawak ejen Syamim ke bilik rawatan. Dia kena tembak tadi." Panggilan dimatikan.
"Hana aku…"
"Pergi rawat luka kau tu." Arah Hana.
Syamim akur, lalu keluar dari bilik. Kini hanya tinggal Hana dan Tuan Gabriel.
"Tuan, kenapa tuan selalu tukar arahan? Tuan yang suruh saya menyamar jadi orang kanan Aeron?"
"Hana. Aeron tu bahaya!" Balas Tuan Gabriel resah.
"That's why, I need this mission. And kill, the two of them."
"Saya nak awak tarik diri dari misi ni Hana. Biar Khay Wilson yang handle."
"No, this is between me, and Aeron." Hana berkeras.
"Panggil Khay Wilson sekarang!" Jerit Tuan Gabriel dari dalam.
Telefonnya berbunyi, dia angkat panggilan itu.
"Ejen Khay tak ada Tuan. Dia ada hal." Beritahu Dayana.
Berkerut wajah Tuan Gabriel mendengar jawapan itu. Ada hal? Apa lagi hal selain misi?
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
RomanceMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...