AERON ZACK terdiam. Orang kanan aku? Dia? Tak masuk akal!
"Kau mabuk lagi eh?" Tanya Aeron bengang.
"No. I'm serious."
"Aku nak pesan satu benda, kalau datang sini adalah misi kau. Bla." Arahnya dingin.
Anak mata Hana bergerak. Dia tak boleh nak fokus memandang Aeron. Baru saja dia ingin berpaling wajah, tangan Hana direntap Aeron.
"Berani kau datang sini?" Tanya Aeron berbaur ugutan.
"Kau kata, kita takkan saling berbunuh. Takkanlah cepat sangat kau ubah fikiran?" Tanya Hana, dia memberanikan diri berhadapan dengan Aeron.
"Hana Hana… top Agent macam kau, nak jadi pembelot, I can't believe it." Aeron tersenyum sinis.
"Kau taknak terima aku sebagai orang kanan kau ke?" Tanya Hana, dia masih dalam proses memujuk. Walaupun terpaksa,tapi inilah misi yang harus dia selesaikan!
"Boleh. Have a one night with me first." Aeron mencabar.
Hana terdiam. One night? Memang kerja gila! Tapi kalau diberi pilihan antara maruah dan kerja…
"Ka… kalau aku tidur dengan kau, kau bagi ke aku jadi orang kanan kau?" Tanya Hana tergagap–gagap.
"Depends macam mana layanan kau dekat aku. Everything has value on it." Balas Aeron sinis.
Hana yang dari tadi serius tergelak kecil. Depends? Aku bukan perempuan murahan macam kau fikirkan lah Aeron!
"Kenapa gelak?"
"Buat apa aku nak serahkan maruah aku, semata–mata nak jadi orang kanan kau? Hey, I ask you to repay me. Repay my life Aeron. Nyawa yang kau hampir layangkan dulu." Ujar Hana bengang.
"So kau ada lagi satu pilihan." Balas Aeron. Dia pandang Hana lama sebelum dia masuk ke dalam rumah mewah.
"Come in. Kalau kau mampu buat benda ni, aku bagi kau jadi orang kanan aku."
Membulat mata Hana mendengar kata–kata Aeron. Apa benda yang selain one night?
Sebaik sahaja Hana masuk ke dalam. Dia tengok anak buah Aeron yang berada di ruang tamu. Ramainya!
"Han, buat air teh."
Han mengangguk lalu dia membuka langkah ke dapur, belum sempat masuk, Aeron bersuara lagi.
"Campur racun."
Hana yang berada disitu terkejut. Racun? Ini yang dia suruh aku buat? Minum racun?!
"Kau…"
"Kau tak ada pilihan. Sama ada kau minum racun tu, atau aku kurung kau." Ugut Aeron.
"Gila…" air matanya hampir mengalir. Ini umpama aku ambil nyawa aku sendiri! Hatinya memberontak. Kalau tidak kerana misi, aku takkan jumpa orang kejam macam kau Aeron!
"Choose Hana." Arah Aeron.
"Kalau aku minum racun tu, aku mati." Suaranya menggeletar membalas kata–kata Aeron.
"Depends. Kalau kau bertahan, kau tak mati." Balas Aeron sambil tersenyum sinis.
"Apa jenis racun yang kau nak bagi aku?"
"Belladonna." Balas Aeron ringkas.
Hana seperti sesak nafas mendengar nama racun itu. Racun yang sering digunakan oleh pembunuh untuk membunuh mangsa. Kenapa racun tu yang kau pilih?!
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
RomanceMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...