"Nadi Hana lemah sangat Tuan…" beritahunya.
"Balut luka dia dengan kain. Ikat ketat, nadi lemah berpunca darah yang banyak sangat keluar." Arah ejen Kamal.
Syamim mengangguk tanda faham. Dia angkat perlahan kaki Hana, lalu diambil kain yang tersedia ada di dalam kereta itu.
Perlahan–lahan, dia balut, lalu dia ikat ketat. Hana mengaduh sakit, itu saja caranya untuk hentikan pendarahan. Seterusnya lengan Hana.
SAMPAI saja di hospital Hamra, Syamim pimpin Hana sampai ke dalam. Yang lain hanya mampu menunggu di luar. Hospital Hamra tidak sama seperti hospital–hospital lain. Ianya Khas untuk ejen sahaja.
Setelah beberapa jam, Syamim menemani Hana di wad. Hana masih belum sedar, digenggam erat tangan halus itu.
"Please Hana, wake up…" rayu Syamim.
Sedang dia menunggu, dia teringat pesanan doktor tadi.
"Ejen Hana kekurangan darah. Darah yang keluar terlalu banyak. Jadi, ejen Hana akan koma buat masa ni. Doakan yang terbaik."
Syamim mengeluh berat. Dia pandang wajah Hana penuh simpati.
20 HARI KEMUDIAN
"Welcome back, our top Agent!" Terkejut Hana kerana dia diserang tiba–tiba.
"Nothing. Ejen Kamal mana?" Tanya Hana.
"Dalam office dia. Kenapa?" Tanya Dayana curiga.
"Tak ada apalah. Korang buat kerja, aku ada hal dengan ejen Kamal."
Semua memandang pelik, mereka perhati Hana dari jauh. Buat apa jumpa ejen Kamal?
"Tuan…" panggilnya sambil wajahnya di tunduk ke bawah.
"Saya lega awak dah sembuh sepenuhnya." Balas ejen Kamal tenang.
"But…"
Ejen Kamal berhenti menulis. Dia pandang wajah Hana, dia tahu, Hana ingin berkata sesuatu.
"Saya nak settle kan misi 20 hari lepas." Hana berterus terang. Hatinya memang tak aman, asyik terfikirkan kejadian 20 bari lepas.
"I can't allow you that…" balas ejen Kamal serius.
"Tapi Tuan, Aeron Zack perlu diberi tindakan, dia dah melampau!" Hana mula meninggikan suara.
"You kill him." Balas ejen Kamal.
Hana terdiam. Aku? Aku bunuh dia?
"Kenapa Tuan cakap macam tu?" Tanya Hana pelik.
"Kalau dia hidup, dia dah serang agensi Hamra, tapi kenapa sampai sekarang, dia tak bertindak?" Terang ejen Kamal.
"Dia tu licik orangnya. Orang jahat tak mudah mati lah Tuan!" Bentak Hana.
"Hana, peluru kita, bukan peluru biasa. Bila dia tembus pada badan musuh, 99% kemungkinan musuh akan mati. This is a strong bullet." Sambung ejen Kamal.
"Awak nak buat apa Hana? Bunuh dia untuk kali kedua?"
"Ya Tuan."
Ejen Kamal mengeluh berat. Dapat top egent degil macam ni, memang boleh sakit jiwa dibuatnya!
"Saya takkan benarkan! Kalau awak nak sangat bunuh Aeron, letak jawatan dulu!" Ejen Kamal meninggikan suara.
Dia bangun dan terus meninggalkan Hana di pejabatnya. Hana merengus kasar. Kenapa susah sangat dia nak dapat persetujuan dari ejen Kamal?
Seorang perempuan berkaca mata hitam, bertumit tinggi serta baju yang mendedahkan sedikit belahan dadanya. Berjalan ke arah pagar rumah mewah Aeron.
"Cik… cik ada urusan apa dekat sini?" Tanya Han.
"Aeron Zack, urusan aku. Buka pagar ni." Balasnya keras.
"Nama cik apa?" Tanya Han lagi. Karang naya nyawanya jadi mangsa!
"Julia, Julia Darien. He know me better than I am." Dia membuka sedikit speck mata hitamnya, untuk melihat anak buah Aeron dengan lebih jelas.
Han menelan liur. Sama je, seram macam boss nya jugak! Dua–dua psycho!
"Ma… masuk." Pelawa Han.
Julia tersenyum sinis. Lalu dia melangkah masuk tanpa menoleh ke belakang.
Sampai saja di depan pintu, ada yang membukanya. Julia terpaku dengan orang di hadapannya, mulutnya ternganga sedikit.
"Aeron… makin handsome!" Tubuh Aeron terus dipeluk Julia.
"Arghh…" Aeron melepaskan pelukan. Dia pegang luka di perutnya yang belum baik.
"Oh no, did someone try to kill you? Who is them?" Tanya Julia bengang.
"No no, just a little fight."
"Little? Dah kena peluru pun, kecil lagi ke?" Aeron memandang wajah Julia, tak ada apa yang dia dapat tipu. Semua Julia dah boleh baca.
"Don't worry, I will get my man, and kill them for you." Pipi Aeron di elus lembut.
"No need." Balas Aeron serius.
"Hey, sejak bila jadi hypocrite ni?"
"Julia…"
"Okay–okay I faham." Dia angkat kedua belah tangannya tanda surrender.
Beberapa minit kemudian, Aeron dan Julia duduk di ruang tamu, bersama teh yang dihidangkan oleh orang suruhan Aeron.
"Well well, kenapa you berpura–pura jadi jahat Aeron?" Tanya Julia, kemudian Air teh disisip perlahan.
"I bukan pura–pura jahat. I memang jahat Julia, I kejam." Balas Aeron tanpa riak.
"Because of that bitch?" Tanya Julia, dia tersenyum sinis.
"Tak ada kena mengena dengan dia." Balas Aeron keras.
"Hey, dia dah lost 12 tahun, dia dah hilang Aeron. Kenapa masih nak teruskan kerja ni?"
"Khay Wilson tak pernah hilang Julia. Dia ada dekat sekeliling kita. Dia perhati kita Julia. And, sebab I jadi mafia, tak ada kena mengena dengan Khay Wilson." Tegas Aeron.
Julia buat rolling eyes. Khay Wilson tak pernah hilang? Such a bullshit.
"Khay Wilson dah hilangkan diri sejak kematian Tuan Karel. Dia bunuh Tuan Karel, jadi dia takkan berani munculkan diri, just be yourself. You're not a Mafia."
YOU ARE READING
SPY VS MAFIA (S1)
Roman d'amourMafia, gangster, kongsi gelap. Hah! semua tu, aku jentik je. Hilang di pelusuk dunia! Beranilah datang, aku sebagai Top Agent di Agensi Hamra, akan cincang kau sampai jadi debu! Namun adakah kata-kata itu boleh diguna pakai sampai bila-bila? perjum...