BAB 26

31 3 0
                                    

"Maksud kau?" Tanya Hana bingung. Pelik dengan jawapan Syamim. 

"Aku tak tahu. Aku tak tahu kenapa kau cakap Aeron yang bawak kau." Syamim juga bingung. 

"Terang–terang aku nampak muka dia. Sebab tu aku cakap tu dia. Mungkin Aeron dah manipulate everything?" Hana cuba merungkaikan persoalan. 

"Stop arguing guys! Tuan Gabriel akan jelaskan semuanya bila korang dah sampai ke Agensi Hamra." Suara Jack pada alat perakam suara telah memecahkan suasana yang tegang tadi.

"Just who is this shitt!" Hana buang pandangannya ke luar tingkap.

Dia stress. Kalau tidak kerana Syamim datang, dia sudah mati. 

Sebaik sahaja sampai ke Agensi Hamra, Hana terus meluru masuk ke dalam. Dia mencari pejabat Tuan Gabriel dan terjah masuk tanpa mengetuk pintu. 

Tuan Gabriel terkejut, namun selepas melihat muka itu, jantungnya kembali lega. 

"Apa dia Hana?" Tanya Tuan Gabriel. 

"Jack cakap, kalau kami sampai sini. Tuan akan jelaskan semuanya." Ujar Hana serius.  

"Yeah. Awak rehat dulu, prepare yourself." 

"I've done with myself. Tell me now!" Hana berkeras. 

"You want everyone to know it, or just you only? You'll have to decide it." Ujar Tuan Gabriel tenang. 

Syamim yang baru masuk, terus berkerut wajahnya mendengar perbualan mereka. Kenapa pulak Tuan Gabriel tanya macam tu?

"I want everyone to know it." Tegas Hana. 

"Okay then, Dayana… kumpul semua ejen dekat dewan utama." Arah Tuan Gabriel melalui panggilan.

"Baik Tuan." 

Sebaik sahaja semua berkumpul, Hana cuba kawal jantungnya yang berdegup laju. Dia berdebar,entah kenapa dia rasa begitu. 

"Kenapa Tuan ajak kami berkumpul?" Tanya ejen Remy. 

"Ada benda penting yang awak semua kena tahu, tentang Aeron… dan Dragon." 

"Kenapa? Aeron dan Dragon ada kena mengena ke?" Tanya Hana bingung. 

"Yes. Mengikut siasatan ejen Dayana dan Syamim, Dragon dan Aeron, merupakan adik beradik. 99.9% yang membuktikan mereka ada pertalian darah." Jelas Tuan Gabriel sambil tangannya disilang ke dada. 

Hana pandang Tuan Gabriel dengan raut wajah tak percaya. 

"Macam mana Tuan boleh yakin yang diorang adik beradik?" Hana bersuara lagi. 

"Hana. When you said, Aeron bawa awak ke tempat Dragon. Do you believe it? Do you think, Aeron do that?" Tuan Gabriel menguji. 

"I believe in what I see. Lagipun takkan robot pulak yang bawak saya?" Balas Hana tak puas hati.

"Actually, you've already know the truth right?" Tanya Tuan Gabriel pula. 

Hana terdiam. Perbualan dia dan Dragon terimbas kembali di fikirannya. Jadi apa yang Dragon cakap tu… betul?

"But you denied it. Sebabkan ego awak yang menggunung." Sambungnya. 

Hana terdiam seribu bahasa. Iya, saat ini. Hati dan fikirannya sedang berlawan. Hati berkata benar, otaknya menidakkan segalanya. 

"Dragon kidnap you, while using Aeron face." Membulat mata Hana mendengarnya. 

"In other words, they are twin." 

Semua yang mendengarnya terlopong habis. Terkejut dengan fakta yang diberi. Aeron dan Dragon kembar? Betul ke?

"This getting interesting, kita dah tahu siapa Dragon." Tuan Gabriel tersenyum kecil. 

"Mungkin Dragon buat pembedahan plastik. And dah buat sesuatu dekat diri dia supaya kita keliru. You know, mafia's tactic." Sampuk ejen Khay. 

"DNA is not an object, to change it. Dummy." Tuan Gabriel ketawa hambar. 

Ejen Khay terdiam. Kalau identiti Dragon telah dibongkarkan, bermaksud dia tidak akan bertahan lama. 

"Why are so quite?" Suara Tuan Gabriel telah kembalikan dia ke alam nyata. 

"Then we have to confirm it." Khay bersuara. 

"Maksud awak?" 

"Buat ujian DNA di makmal biasa. Bukan Agensi Hamra punya." Cadang Khay gugup.

"Khay, jangan buat saya syak bukan bukan pasal awak. Awak tahu semuanya. Agensi Hamra dalam Malaysia ni ibarat tak wujud. Bermaksud tak ada siapa pun boleh tahu tentang kewujudan Agensi Hamra! And now you want to reveal it to anybody? Why?" Soal Tuan Gabriel bengang. 

"Maaf Tuan. Saya dah melampau." Khay tundukkan wajah ke bawah. Mulutnya diketap kuat. Mana tidaknya, rahsia yang dia sebenarnya belot bakal terbongkar. 


AERON ZACK merempuh masuk di pejabat Dragaon. Terlihat Dragon sedang berehat di atas sofa. 

"Mana Hana?!" Suara Aeron yang lantang membuatkan Dragon terjaga. Pinggangnya dipegang sebelum dia berdiri. 

"Hana? Aku dah simpan dia dekat tempat lain." Ujar Dragon sambil tersenyum sinis. 

"Bagitau aku, dekat mana kau simpan dia?!" Kolar baju Dragon dicengkam, marahnya tak dapat ditahan lagi. 

"Dekat…" Dragon hentikan percakapannya. 

Terus wajah Dragon ditumbuk sekuat hati oleh Aeron, membuatkan dia terjatuh menyembah lantai. 

"Dekat Agensi Hamra…" Dragon tergelak lagi. Sakit? Itu sudah lali baginya. Dia dah tak takut dengan perkataan sakit. 

Aeron terus menuju ke pintu keluar. Setapak lagi dia hendak meninggalkan tempat itu, Dragon bersuara. 

"It is time to reveal our self. Aku dah bagitau Hana, bukan kau yang tolak dia." 

Aeron toleh memandang Dragon, dingin. Wajahnya beku. 

"Kenapa kau bagitau?" Tanya Aeron bengang. 

"Sebab aku dah sedia nak musnahkan korang semua. Aku dah sedia semua tu, dan aku dah bersedia nak tanggalkan topeng ni." Sekali lagi wajahnya ditumbuk oleh Aeron.

"Masa kau belot, kau tak fikir semua tu. Kau nak bagitau identiti sebenar kau? Langkah mayat aku dulu." Pisau terus dihalakan pada leher Dragon. 

"Kau takut?" Tanya Dragon sambil ketawa lemah. Darah dipinggangnya terlalu banyak mengalir. 

"Kalau boleh, bagi aku toreh muka kau dulu, sebelum kau tunjukkan diri kau yang sebenar." Bisik Aeron.

Dragon merengus kasar. Kadang–kadang dia sendiri gerun dengan Aeron. 

"Kau tau kenapa aku jadi pewaris tuan Karen?" Tanya Aeron sinis. 

"Sebab… aku lebih kuat dari kau." Ujarnya sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. 

"Kita ada target lagi penting…" Fendi fokus memandang Aeron. Target apa?

"Target apa Boss?" Tanya Fendi. 

"Ejen Khay. Atau lebih tepat, Mafia Wilson. Kita kena bunuh dia. Thats the only way to save Hana." 

SPY VS MAFIA (S1)Where stories live. Discover now