𝙷𝙻𝙰 01

111K 6.5K 1.4K
                                    


꧁꧂

"Assalamualaikum ibu ayah ! Arya dah balik ni !! " gadis berbadan sederhana besar dengan pantas membuka kasut sukannya dan laju berlari masuk kedalam rumah sederhana itu

dia rindu dengan kedua ibu bapanya , dari sekolah khasnya tadi dia sudah terfikir mahu memeluk erat tubuh ibu bapanya , Hisyam dan Fatihah

sampai diruang tamu Arya terkaku ditempat yang dia berdiri ketika ini . alangkah terkejutnya dia dia saat melihat ruang tamu rumahnya dipenuhi dengan ramai lelaki yang segak bersuit hitam

tetapi matanya jatuh melihat si ibu dan ayah yang duduk terikat dilantai dan sempat juga Arya melihat sekilas kearah seorang lelaki dengan muka yang tiada perasaan elok duduk diatas sofa bujang itu

Arya yang tidak menghiraukan lelaki lelaki yang memandang dirinya , dia laju menuju kearah Hisyam dan Fatihah

" ibu ! kaki Arya sakit jalan kaki jauh tadi em , tapi ! Arya tak kesah sebab Arya tahu ibu dengan ayah sibuk kerja hehe " tersengih si anak didepan si ibu

tanpa Arya sedar , Hisyam dan Fatihah memandang anak perempuan mereka dengan pandangan takut . ia kerana suasana yang sangat menakutkan ini dan senyap , bising dengan suara Arya

pandangan Arya kearah si ayah pula , dia tersenyum

" ayah! tadikan ayah bagi Arya lima ringgit kan , tadi masa Arya nak jalan balik rumah , Arya singgah kedai beli aiskrim ! sedap tau ayah ! " ceria Arya bercerita tidak terkesan langsung dengan suasana suram ini

tangan diseluk ke poket seluar , rm 1 (dua keping) dikeluarkan

" ni baki Arya beli aiskrim tadi " duit seringgit dua keping itu diletakkan didepan si ayah

" Arya simpan okey , masuk tabung ayam Arya sayang " kata Hisyam , Arya terkebil didepan Hisyam. kemudian senyum suka Arya dibuatnya, duit tadi diambil semula

Hisyam dan Fatihah perasan akan tatapan tajam jejaka yang duduk disofa bujang itu memandang anak gadis mereka

" kenapa ibu dengan ayah diam je? dengan lelaki lelaki ni siapa ibu ayah?" polos Arya , kepalanya pusing kiri kanan memandang lelaki yang bersuit hitam mengelilingi mereka

Arya tarik senyum senget

" ni tetamu kita ke ibu? semua pakai baju sama je nak pergi mana ni" sungguh kacak lelaki lelaki bersuit hitam ini, Arya nak satu boleh?

Arya herot mulut apabila si ibu tidak menjawab malah menundukkan kepala . " Arya masuk bilik dululah , Arya nak mandi! tadi Arya main tanah liat dengan Haziq " sengih Arya

dia bangun dan hadiahkan senyuman manisnya pada lelaki lelaki bersuit itu lalu berjalan menuju kebilik tanpa menghiraukan keadaan suram itu

" kau tak pernah cakap pun kauorang berdua ada anak perempuan "

Hisyam dan Fatihah yang tadi menghantar si anak masuk kebilik dengan mata terus pusing memandang jejaka yang dingin duduk bersilang kaki disofa bujang itu bersuara

tatapan tajam bak helang itu memandang pasangan yang elok terikat dilantai

" Tu-tuan Aidan " tergagap Hisyam saat anak mata nya bertembung dengan anak mata cantik ketua mafia itu , Aidan Lutfi

" to-tolong jangan apa apakan anak kami , dia satu satunya permata yang kami ada " rayu Hisyam , sungguh dia tidak mahu anak perempuan mereka diapa apakan

Hisyam dan Fatihah hanya risaukan puteri mereka , Arya Amanda. Si gadis yang polos dan tidak faham akan hal hal orang dewasa








jumpa di chapter seterusnyaaaaaaaaaa tata

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now