꧁꧂sudah seminggu sejak kehadiran Aiden Luth , kini sampai ke hari ini dia langsung tidak menunjukkan muka kepada mereka . dia bagaikan senyap dan hilang sekali lagi
" abang Aidan ! cantik tak baju ni ? ibu baru beli tadi masa kat mall " kekiri kekanan gadis itu didepan Aidan bagi menunjukkan baju barunya , puas dia cari lelaki kacak itu rupa rupanya ada dihalaman belakang pantas sahaja gadis itu mendapatkan si abang Aidan
maklumlah tadi Alice mengajak si Arya dan Fatihah ke shopping mall . katanya mahu mengenali bakal 'besan' nya lebih dalam , jadi Aidan layankan sahaja karenah si ibu tercinta siap diberi satu black card untuk si mummy belanja
terhenti lamunan seorang Aidan , dia memandang kearah gadis merangkap bakal isterinya. ya , bakal isteri.
keluarga Aidan sudah meluahkan hasrat mereke ke Malaysia atas sebab mahu melamar Arya Amanda sebagai isteri sah buat Aidan Lutfi .
dan kedua ibubapa Arya hanya setuju , mereka tahu bahawa lelaki itu ikhlas mahu menikahi puteri dan mungkin juga puteri mereka boleh mengubah lelaki muda itu
Aidan tarik senyum, kepalanya angguk dan dilihat atas bawah baju yang dipakai Arya . ni mesti mummy yang pilihkan , comel
Arya terjerit suka dengan anggukkan lelaki itu , laju dia labuhkan punggung disebelah lelaki tampan itu . dengan selamba seorang Arya Amanda, dia rangkul lengan kekar Aidan Lutfi . kepalanya disandar pada lengan lelaki itu
Aidan biarkan , jari panjangnga naik menyelitkan anak rambut gadis itu kebelakang telinga . mereka berdua menikmati angin bertiup dan pemandangan gunung ganang dihadapan mereka , tenang sahaja
namun tidak lama , muncul Adalynn Lutfia dengan mulut muncung seperti mak itik . masam dan cemberut si gadis cantik itu
ternaik kening cantik Aidan , dah kenapa adiknya sorang ini ? masuk air dah ? .
" kau kenapa?" matanya membalas pandangan tajam gadis itu tetapi dibalas dengan rengusan kasar Adalynn
sepi
pak !
berkerut seribu dahi Aidan , dah kenapa pukul orang pulak minah senget ni ?! tak sampai sesaat , lagi sekali Adalynn menampar lengannya . Arya disebelah hanya terkebil
" kau kenapa ni?" soal Aidan lagi sekali , tangannya menahan tangan adik perempuannya yang mahu melepaskan lagi pukulan
" kau nak kahwin tak cakap dengan aku pun ! aku pun nak kahwin jugak !!" terlepas juga geram Adalynn pada abangnya , dahlah nak kahwin tak cakap tup tup.. bulan depan berlangsung majlis perkahwinan Aidan dan Arya
" kau nak kahwin dengan siapa ? Hariz ?" tenang Aidan
macam mana dia tahu tentang hubungan adiknya dan rakannya ? itu pun dari cctv mansion nya , selepas Alice memberitahu nama teman lelaki Adalynn adalah Hariz Ian jadi sah lagikan sahih lelaki itu rakannya
Adalynn yang tadi bermuka masam berubah , riak manja dipamerkan . jari telunjuk gadis itu mencucuk cucuk bahu si abang , dia tersengih
kepala diangguk laju , " nak kahwin jugaaa.. kita buat satu majlis terus " kening cantik Adalynn jongket beberapa kali
Aidan jeling adik perempuannya , gedik .
" aku dah cakap dengan mummy , aku nak kahwin and mummy suruh tanya kau " bibir gadis itu kembali muncung sedepa
Aidan pandang Adalynn lama , tak lama kemudian dia angguk perlahan . bila difikirkan balik adiknya pun sudah 25tahun jadi dia dah matang dan sudah boleh berkeluarga
" YEAY!! BABYBOO ABANG BAGI KITA KAHWIN !!" terus sahaja gadis cantik itu bangun dari kerusi kayu itu dan lari mendapatkan Hariz yang baru sahaja keluar dari dapur , ditangan lelaki itu terdapat dua plastik jajan
membulat biji mata Hariz , terkejut disergah seperti itu .
lengan kekar Hariz dipegang ,
" abang Aidan izinkan kita kahwin !! " wajah ceria Adalynn memenuhi kornea mata Harizwajah blur Hariz tayangkan ,
" kahwin? sapa nak kahwin sayang ?"automatik tangan yang memengang lengan kekar lelaki itu diturunkan , hilang terus senyum teruja Adalynn Lutfia
Hariz yang memandang wajah garang Adalynn didepannya ini tersedar sesuatu!
" babyboo tak nak kahwin dengan Fia kan?! Fine ! kita putus !! jangan cakap dengan Fia lagi lepasni ! Wuahhh!!!! " menjerit atau lebih jelasnya meraung Adalynn sehinggakan satu mansion tu bagaikan bergegar
" eh, sa-sayang " belum sempat Hariz mahu mencapai lengan gadis itu seperti didalam drama
dimana saat sang heroin merajuk , sang hero akan mengengam pergelangan tangan sang heroin dan masa seakan berhenti, okey back to the story
belum sempat Hariz mahu mencapai lengan Adalynn , Adalynn sudah berlari pergi dengan tangan yang menutup muka cantik gadis itu .
ceh! drama queen" kau patahkan hati dia , aku patahkan leher kau " terkaku Hariz disitu , dipusingkan badannya .
Aidan yang bersandar pada dinding dan tangan yang memeluk tubuh , diikuti Arya yang berdiri disebelah bakal suaminya menjadi perhatiannya
telan liur Hariz sekejap memandang mata tajam Aidan , tahu sangat ayat yang baru dilontarkan sebentar tadi ditujukan pada dia
" abang Hariz buat kakak cantik nangis ke? ayok tak tayok abang Hariz buat kakak cantik !" usik Arya Amanda dengan jari telunjuk gadis itu kekiri kekanan
" jom babygirl .. " Aidan berjalan pergi manakala Arya yang sedang sibuk mengusik Hariz mengikut langkah Aidan namun dia masih 'ayok'kan Hariz didapur dengan sisa tawanya
Hariz hembus nafas , susah hidup begini . yang abang seram nak mati , yang adik pula manja
mujur sahaja gadis itu kesayangan jiwa raganya .
" sabar jelah bro . saya tahu awak penat , saya tahu awak sakit . saya tahu peritnya ujian yang awak tanggung saat ini , tengok air muka awak pun saya dah tahu-"
" diamlah kau !" Hariz tepis tangan Adam yang memeluk bahunya , sakit pula hatinya dengan perlian lelaki bernama Adam Kashaff ini
meletus tawa kuat Adam memandang wajah cemberut lelaki itu .
gelas diambil lalu kotak jus didalam peti sejuk diambil dan dituang kedalam gelas itu . diteguk sekali , dia haus sebenarnya . maklumlah dia tidak ada tugas yang diberi jadi dia habiskan masa dengan pubg
kata orang release stress, lagipun sudah lama dia tidak mengasah bakat buaya nya di game tersebut
hanya dia dan Hariz sahaja yang beri rehat manakala kembar riel dan Carl ke luar negeri kerana diarahkan oleh Aidan atas sebab yang perlu diselesaikan mengenainya kerja office
hai! aa rindu pulak HAHA btw hiraukan kalau ada ayat terabur tu , hiks - sekolah gaisek hshs
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...