𝙷𝙻𝙰 18

66.5K 4.9K 587
                                    


꧁꧂

" Abang Aidan ! "

terangkat kepala lelaki itu saat namanya dipanggil , Arya dengan senyum manisnya labuhkan punggung disebelahnya .

kepala gadis itu disandar manja pada bahu Aidan  , mood manjanya sedang aktif sekarang ni . sungguh dia rindu dengan lelaki tampan itu , yelah tiga hari kot tak bersua

" why babygirl?" jari panjang Aidan mengelus rambut 'bakal isteri'nya

tersengih suka Arya apabila lelaki itu memanggil nama manjanya yang diberi oleh Aidan sendiri , babygirl

jari gadis itu terpintal pintal hujung baju yang dipakainya . malu Arya, abang Aidan ni ! 

Arya geleng tiada apa apa , dia cuma rindukan lelaki itu sahaja . " Arya rindu abang Aidan em" muka disorok dibahu Aidan

terjongket senyum Aidan , hatinya berbunga bunga mendengar kata kata gadis itu . bukan Arya sahaja yang rindu malah dia tidak tehitung rindunya pada gadis kesayangannya itu

bila kedua ibubapanya dan ibubapanya Arya berbincang mahu jauhkan mereka atas sebab kononnya untuk seri pengantin , jadi nak tak nak dia ikutkan sahaja walaupun jiwanya agak terseksa menahan rindu terhadap gadis itu

" boleh tak jangan ber'sawit' depan aku? " terhenti drama pasangan itu apabila ditegur suara lunak seseorang

Aidan pejam mata sekali dan memandang tajam wajah masam satu satunya adik perempuannya , Adalynn Lutfia yang duduk disofa bujang sambil tangan memeluk tubuh

" kau kenapa badmood sangat ni? tak silap aku kau jadi jugakkan kahwin dengan 'kekasih kesayangan' kau tu " Adam yang bersila dikarpet sambil jari yang tekun menari dicontroller ps5 menjadi perhatian

setahu dia , selepas sahaja kes dimana Adalynn konon konon 'putus'kan hubungan antara dia dan Hariz . malam tu juga Hariz sedaya upaya memujuk si Adalynn dan ya mereka berbaik tambah lagi mereka jadi kahwin , satu majlis dengan Aidan dan Arya nanti

Adalynn capai kusyen dan hepuk sekali kepala lelaki itu , " diamlah kau ! ni semua salah kau !"

laju sahaja Adam Kashaff pusing memandang gadis itu , " asal aku pulak yang disalahkan ni ?!" ternaik nada lelaki itu , matanya tajam memandang wajah selamba Adalynn

" yelah kau malas! patutnya Hariz ada kat sini tapi disebabkan kau malas nak buat kerja yang abang aku bagi , abang aku suruh babyboo aku pergi !" beberapa kali Adam dihepuk dengan kusyen berbentuk segi empat itu oleh Adalynn

Adam sudah tercengang , sebab tu je minah senget ni boleh badmood sebegini ?!

" eh sakitlah !" Adam menepis segala pukulan Adalynn dan menarik kuat rambut panjang gadis itu sehingga terjerit kuat Adalynn .

Adalynn apa lagi , takkan dia nak biarkan Adam sorang je main tarik tarik rambutnya jadi dia pun turut mencapai rambut lembut Adam dan menarik kuat , berdesis lelaki itu dibuatnya.  terasa seperti setiap helaian rambutnya mahu tercabut dari kulit kepala

Aidan dan Arya diam dan memerhati . nak masuk campur malas , jadi ada baiknya mereka diam dan sambung melepas rindu

" eh ! Adam ! Adalynn ! ada jugak aku kahwinkan kauorang berdua ni kang ! " Alice datang dengan sudip kayu dan  kedua orang itu diketuk dengan sudip kayu yang dipegangnya , bagi meleraikan pergaduhan itu dari terus berlangsung .

tak tenang dia nak masak kat dapur tadi , sakit telinga tuanya dengar jeritan dibalas jeritan .

Alice berdiri ditengah tengah antara Adam dan Adalynn dengan tangan yang cekak pinggang . Adam dan Adalynn mengosok gosok kepala mereka yang baru diketuk dengan sudip tetapi mereka berdua masih lagi saling membalas tatapan maut

Adalynn lepaskan rengusan kasar , rambut yang serabut dirapikan begitu juga dengan Adam

" Fia tak hingin langsung dengan mamat masuk air ni  !! Fia masih sayang dan cintakan Hariz Ian !" sejerus itu Adalynn berlalu pergi dengan kaki yang sengaja dihentakkan kuat bagi menunjukkan dia marah

" eleh macam aku nak sangat dengan perempuan gedik macam kau !! " turun naik dada tegap lelaki itu memandang gadis itu , ditahan sahaja amarahnya

" aip ! nak kena lagi ke ?" Alice jengilkan matanya pada Adam dan sudip kayu yang dipegangnya sengaja diagahkan seperti mahu memukul

Adam geleng dan berlalu menuju kebiliknya , stress dia duduk dalam rumah ni lama lama .

wanita berusia itu toleh kearah sofa besar yang terdapat bakal pengantin  , Aidan dan Arya pantas memandang kearah lain dari bertembung mata dengan Alice . takut juga mereka dengan ketukan padu sudip kayu Puan Alice

" Arya nak tolong mummy buat cookies tak?" lembut Alice bertanya pada bakal menantunya itu .

" nak !!" laju sahaja gadis itu bangun dan membontoti bakal ibu mertuanya ke ruang dapur ,meninggalkan Aidan diruang tamu . mata cantik Aidan hanya mengikut setiap langkah Arya sehingga hilang kelibat gadis itu

ipad pro yang berada dimeja kecil sebelah sofa itu diambil dan membuat halnya sendiri . pasal kerja ,dia tidak perlu fikirkan sebab untuk sebulan ni dia mahu rehatkan minda . lagipun tak bagus untuk bakal pengantin stress , nanti hilang serinya . betul tak anak anak daddy? lah ghisau..



"So yang tadi kau nangis tu sebab kau kena marah dengan mak kau ?" ternaik kening kanan Carl memandang Reena yang khusyuk menghirup cendol pulut

pfftt.. Tapak tangan lelaki itu menekup mulutnya dari letusankan tawa . nangis sebab kena marah dengan mak je ? serius ah ?!

" hey ! awak tak tahu perasaan seorang anak sulung ! salah adik tapi yang kena marahnya anak sulung ! saya stress tahu tak ! " dipandang Carl dengan riak geram , kesian anak sulung tau . orang lain yang buat salah anak sulung jugak yang kena marah .

;mochi anak sulung so yeah , i faham perasaan anak anak sulung ni 🫂

tanpa izin meletus juga tawa lelaki itu , comel betul makcik ni bebel . ada jugak dia culik bawak jumpa tok kadi terus

" dahlah cepat habiskan cendol kau , aku dah nak kena balik ni "

Reena Medina rengus perlahan dan sempat juga dia jeling lelaki didepannya ini . nasib awak hensem tau tak ! kalau tak dah lama saya cincang awak







otak hilang , hshs

dan terima kasih untuk 1 million 😭😭❤️❤️❤️ mochi hargai sangat ii dan terharu 🤍 terima kasih semua untuk itu

dan terima kasih untuk 1 million 😭😭❤️❤️❤️ mochi hargai sangat ii dan terharu 🤍 terima kasih semua untuk itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

jumpa di next chapter 🦋

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now