𝙷𝙻𝙰 02

93.7K 6.4K 1.2K
                                    


꧁꧂

"Ibuuuuu!! Arya dah siap mandi ! sikatkan rambut Arya " jerit riang Arya dengan membawa sikat berwarna hitam itu

Arya yang comel berpakaian biasa tetapi rambut yang sedikit serabai menuruni tangga dan jalan terus menuju kearah sang ibu dan ayah yang masih elok terikat

" hai abang abang hensem ! Arya dah mandi ! wangi tak? " Arya berpusing pusing didepan lelaki lelaki berkot hitam itu dengan senyum cerianya .

Lelaki lelaki itu hanya senyum didalam hati , kang senyum kang ada yang kepala tembus kejap lagi .

Penat berpusing , Arya laju duduk bersila didepan wanita yang bergelar ibu . Sikat di hulur namun Fatihah langsung tidak memberi respon ataupun ambil sikat tersebut

" sayang.. tangan ibu terikat ni . ibu tak boleh nak sikat Arya , Arya sikat sendiri boleh sayang ibu ?" lembut Fatihah berkata

Arya Amanda sengetkan kepala , mata bundar itu memandang wajah berkedut Hisyam dan Fatihah bergilir gilir .

" tangan ibu terikat? tangan ayah pun ke ?" mukanya dijengah kebelakang, mahu memastikan sama ada betul atau tidak yang ibu bapanya sedang terikat . naif betul anak Hisyam dan Fatihah ni

Dan ya , tangan kedua ibunya terikat . tercebik bibir merah gadis itu . habis siapa nak sikatkan rambut dia? dia tengah mood malas ni

Arya toleh kebelakang, mata bundar itu bertemu dengan anak mata lelaki yang elok duduk disofa bujang , ting! muncul idea bernas seorang Arya Amanda .

Arya tarik sengih , dia jalan mendekati lelaki itu . wajahnya bengis lagikan dingin tahap maksimum .

" abang hensem boleh tolong sikatkan rambut Arya tak? ibu dengan ayah kena ikat , macam mana ibu nak sikatkan rambut Arya em.." ngadu Arya pada lelaki itu , bibir gadis itu sudah muncung serupa anak itik

Hisyam , Fatihah dan anak buah Aidan Lutfi sudah tergamam dengan keberanian gadis itu . selamba betul dia meminta tolong sikatkan rambutnya dengan lelaki kejam itu

" Bo-bos " perlahan sahaja suara dari kawan kepercayaan Aidan menegur , Zariel Lee

namun dihiraukan oleh Aidan , matanya tajam merenung gadis berbadan kecil itu . Berani sungguh gadis didepannya ini

" A-arya sayang dia.." belum sempat Fatihah meneruskan percakapannya , ketua kumpulan itu bersuara

" boleh . bagi aku sikat tu " suara garau Aidan Lutfi , rawr bak kata lisa blackpink malaysia

Arya yang dengar , tersenyum sehingga lesung pipit dipipi bulatnya terserlah . sikat dihulur dan disambut Aidan

Arya duduk bersila didepannya dipandang sekilas. Sikat ditangannya ditenung sesaat , untuk pertama kali dia menyikat rambut wanita luar

Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasan Hisyam dan Fatihah saat melihat anak gadis mereka elok bersila didepan lelaki yang digeruni semua orang

Tanpa kata , Aidan Lutfi mula menyikat helaian rambut panjang Arya Amanda dengan perlahan .

sepanjang Aidan sibuk dengan menyikat . sistem penglihatan Hisyam dan Fatihah langsung tidak lepas dari Aidan Lutfi dan puteri mereka , Arya Amanda

Aidan membawa beberapa helai rambut gadis itu ke deria baunya , dia menghidu sehingga membuatkan dia terbuai dengan kewangian rambut lembut Arya

bau bunga rose

bau kegemaran seorang Aidan Lutfi

" bos " tegur Xariel Lee , abang kembar Zariel Lee .

Teguran Xariel menyentakkan Aidan . Aidan perasan semua memandang kearahnya saat itu . dia berdehem

" siap " Arya pusing kebelakang, dia menghadiahkan senyuman manisnya . Aidan terpana untuk pertama kali

" terima kasih abang hensem ! muah !! " Arya Amanda melayangkan flying kiss kepada Aidan Lutfi

dan siapa sangka mafia kejam seperti Aidan Lutfi blushing . wajah tampan itu memerah

Aidan pantas menundukkan kepalanya bagi menghalang anak buahnya melihat wajah kemerahannya gara gara panahan gadis itu

Carl Manteen, Xariel Lee, Zariel Lee,Hariz Ian dan Adam Kashaff iaitu orang kuat Aidan Lutfi sendiri turut tergamam apabila melihat si ketua berona kemerahan

like seriously ketua white dragon blushing?!

sesungguhnya budak perempuan yang bernama Arya Amanda ini sudah berjaya membuatkan bos mereka malu untuk pertama kalinya

" Enough! " jerkah Aidan , tahan malu . Bukan dia tak tahu yang anak buahnya melihat kearahnya

Arya tekup perut kempisnya , bibirnya kembali tercebik . " ibu .. Arya lapar . perut Arya dah buat concert BTS em " mata bundar itu berair , wajah si ibu direnung

" ibu dah masak sayang , a-ada kat dapur " terjerit riang Arya Amanda apabila mendengar kata si ibu tercinta , dia bangun berlari memeluk Fatihah walaupun dia tahu si ibu masih terikat tapi dia peduli apa

wajah dipusing kebelakang, wajah kacak Aidan Lutfi dipandang . " abang hensem nak makan sekali tak? " pelawa Arya

Aidan jongket kening , wow berani betul . bibirnya sudah sengih sinis , kepalanya geleng perlahan

" tak , abang dah kenyang " matanya tepat menusuk mata bundar gadis itu . Arya herot mulut kemudian tidak lama itu dia kembali tersenyum

" teman Arya makan nak tak abang hensem ?" dengan selamba kekura tangan Aidan digengan . Hisyam dan Fatihah sudah tidak tenang disitu , puteri mereka begitu berani dengan lelaki kejam itu

Aidan Lutfi jongket kening , budak ini nak dia teman makan? . matanya jatuh kearah tangannya yang dimana tangan halus dan putih Arya sedang mengengam , lembut betul tangan gadis berbadan kecil ini

Matanya naik memandang wajah bersih Arya Amanda , kemudian matanya lari sekeliling ruang tamu yang dipenuhi dengan anak buahnya .

" jom " kata Aidan

" jom !!" Arya berdiri dan menarik Aidan untuk bangun dari sofa bujang itu , lalu mereka berdua menapak ke ruangan dapur yang sederhana besar

manakala Hisyam dan Fatihah hanya mampu berdoa didalam hati , harap Aidan Lutfi tidak melakukan sebarang keganasan terhadap puteri naif mereka , Arya Amanda





mana yang tanya acc tiktok bobaamochi , boleh tekan link kat bio tu . follow ii lah hshs

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now