꧁꧂
Pintu bilik air dibuka dari dalam , sebaik Aidan melangkah keluar terlepas tawa kecil dari mulutnya melihat sang isteri sudah terbongkang tidur dikatil
dia labuhkan punggung dibirai katil . rambut panjang sang isteri diselak kebelakang . muka Arya yang tersorok dibantal peluk diangkat perlahan
membetulkan gaya tidur gadis itu , kang nanti 'salah bantal' salahkan dia bukan diri sendiri.
terukir senyum dibibir lelaki itu . mata teralih pada meja kecil ditepi katil . ditarik rak itu dan terserlah sekeping gambar ultrasound yang baru dibuat pagi tadi . gambar ultrasound
yang pertama buat pasangan ituditenung gambar itu lama , sungguh dia masih tidak percaya bahawa dia bakal bergelar seorang ayah
terasa pehanya memberat tumpuan terpaku pada Arya yang baringkan kepalanya dipeha dan sembamkan muka diperut kekar lelaki itu
Aidan yang tidak mengenakan baju dan berseluar pendek hanya menahan geli diperutnya apabila terasa hembusan hangat isterinya
jari menyikat helaian rambut panjang itu perlahan . dapat dia dengar rengekkan manja isterinya
" wanginya suami Arya ni.." wajah makin disembamkan disitu . suka dengan bau segar suaminya
gambar ultrasound itu kembali disimpan dan dia betulkan kedudukannya dikatil , belakang badan disandar pada kepala katil
" abang Aidan.." mamai gadis itu memanggil , kepala jugak terangkat sedikit memandang suaminya
Aidan gumam iya , namun dia tersentak apabila melihat airmata isterinya mengalir secara tiba tiba
pantas sahaja Aidan mendapatkan isterinya, wajah merah akibat menangis itu ditekup dengan kedua tangannya
"hey kenapa menangis ni?" dahi mereka bersentuhan . direnung mata yang bersinar akibat airmata bertakung itu dalam
" Ar-Arya rindu ibu dengan ayah " tangisan semakin kuat , tercemik bibir gadis itu
terlepas nafas lega Aidan apabila mendengar punca isterinya menangis . dia menarik gadis itu merapati dirinya , kepala isterinya itu dialaskan dengan dadanya . tangan sebelah lagi menepuk tepi punggung gadis itu , memujuk
" Arya nak jumpa ibu dengan ayah " sayu gadis itu berkata
tangan yang tepuk punggung gadis itu naik mengurut pinggang lembut . Aidan tundukkan sedikit kepala melihat isterinya
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...