𝙷𝙻𝙰 30

64.4K 4.3K 873
                                    


꧁꧂

"Okay dah?" Adalynn jengah muka cantik Arya . Arya yang termenung tadi pantas toleh memandang wajah cantik gadis itu

Adalynn jongket kening dan menghalakan cermin kecil yang sentiasa dibawanya kepada Arya . kepala gadis itu terangguk laju , bibir sudah menarik senyum riangnya

" cantiknya Arya !!" pujinya sendiri . ternaik senyum manis Adalynn yang duduk dibelakang gadis itu , mujur isteri abangnya itu sudah akan ikatan tocang rambut yang dibuat olehnya

lagipun dia suka bermain dengan rambut panjang gadis itu , senang untuk dia mencuba pelbagai gaya baru ikatan rambut . nasib sahaja gadis itu tidak kesah malah makin mengizinkan agar dirinya menggunakan rambutnya sebagai model gayanya

" dah Arya keluar dulu hm? akak nak makeup sekejap " kata Adalynn , beg khas untuk barang solek yang berada ditepi katil dicapai dan dibaringkan dipermukaan tilam empuk itu

" okay kakak cantik!" dia bangun dari duduk dan sempat juga tangan kibas baju kurungnya , baju baru yang dipilih bersama Adalynn haritu .

tanpa kata gadis itu berlalu keluar dari bilik tetamu yang kosong pada pagi itu, jadi bolehlah mereka menumpang sementara untuk bersiap . nanti malam mereka kembali tidur diruang tamu

keluar sahaja dari bilik tetamu , mata bundar itu kekiri kekanan mencari susuk suami . namun kepala ditundukkan apabila Rosnah melintas melepasi dirinya , seram dengan tatapan tajam makciknya itu

" mana abang Aidan ni-" jari naik garu kepala perlahan , kalau garu kuat rosak pula rambut yang dihias Adalynn

" eh? Arya sayang cari Aidan ke?" muncul Fatihah dengan tangan yang membawa sebuah tray makanan , mahu disusun dimeja makan .

kepala diangguk sekali , terkebil kebil gadis itu didepan ibunya .

" suami awak ada kat dapur tu cuba pergi tengok , tadi ibu nampak dia kat situ " kata wanita itu

Arya pula sudah tarik senyum lebar mendengar kata si ibu , pipi Fatihah dikucup sekilas sebelum berlari anak ke bahagian dapur

" terima kasih ibu !" langkahnya laju mahu mencari sang suami yang dirinduinya



Leka gadis itu akhirnya dahinya terlanggar dengan dada tegap seseorang

" aduh!" aduh kecil Arya , muka diangkat mahu melihat gerangan lelaki berdada tegap itu . angkat sahaja muka , riak risau suaminya memenuhi kornea mata

" abang Aidan !" tangan halus gadis itu peluk kuat pinggang lelaki itu , baru tinggal sekejap dah peluk macam tak nak lepas

" dahi sakit tak?" mana tidak risau , kuat juga gadis itu rempuh dadanya tadi . tangan kasar itu naik mengusap dahi bersih isterinya seperti menghapuskan sakit didahi gadis itu

seakan terbuai gadis itu tarik sengih mengada , suka akan belaian lelaki itu . ni laki kita biarlah , kakak semua ada apa ? bluekkk..

" ya Allah , dua ekor ni ! kalau nak romantik bagai pun jangan dekat laluan orang ! sabar jelah hatinya .." bergeleng kepala wanita berusia itu , orang nak cepat dia boleh pula sekat jalan orang . haihlah cucu..

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now