𝙷𝙻𝙰 28

64.9K 4.7K 1.6K
                                    


꧁꧂

"Assalamualaikum ! ibu ayah ! " pintu kereta ditutup dan laju mendapatkan kedua ibu bapanya yang sudah berdiri tegak dipintu masuk rumah kampung itu , dia masuk kedalam dakapan si ibu

ubun ubun Arya dikucup oleh Fatihah dan Hisyam , rindu dengan satu satunya puteri kesayangannya .

muncul Aidan dibelakang diikuti dengan yang lain, beg baju diletakkan disisi lalu tangan ibubapa mertuanya disalam . "ibu.. ayah.. " senyum nipis ditayang

" eh dah sampai dah Amanda " terangkat kepala gadis itu saat nama panggilan yang dipanggil oleh keluarganya menerpa sistem pendengarannya , wajah wanita berusia yang tersenyum manis memenuhi kornea matanya

" nenek !!" tubuh gempal nenek Wan dipeluk erat , sudah lama mereka tidak bersua muka . tangan berkedut itu mengusap lembut belakang gadis itu dengan kekehan perlahan apabila terasa bahunya basah , sah cucunya sorang itu sedang menangis

Aidan sengih melihat si isteri , matanya membalas pandangan dengan nenek Wan . tangan wanita berusia itu dicapai dan disalam .

terlihat wajah melopong nenek Wan saat melihat ketampanan suami cucunya itu , ni kali pertama dia dapat bersua muka dengan lelaki itu . ia kerana semasa cucunya berkahwin , dia tidak dapat hadir ke majlis meriah itu atas sebab mengalami sakit ketika itu

Arya lepaskan pelukan dan tangannya naik kesat airmata yang tersisa dikelompak matanya , lengan suaminya dirangkul erat dengan senyum bahagia dipamerkan dihadapan nenek Wan .

"nenek ! ni suami Amanda , Aidan Lutfi dan yang kat belakang tu kawan kawan Amanda " kata gadis itu . sempat juga dia kenalkan mereka dibelakang , orang kuat suaminya yang turut mengikuti mereka ke sini

Adam angkat tangannya apabila perasan isteri ketuanya menunjuk kearah mereka berenam . kembar Riel dan Carl diikuti Hariz tundukkan kepala sedikit bagi menyapa , Adalynn pula berjalan mendekati mahu menyalam

"cantiknya kamu .." terselit puji nenek Wan dengan kejelitaan gadis itu . Adalynn senyum malu dengan tangan garu kepala tidak gatal , malu pulak rasa.

"dah berpunya belum ni " spontan nenek Wan , bibirnya sudah senyum senget . sengaja mahu kacau gadis cantik ini

seakan tersedar , pantas Adalyn mendapatkan sang suami . tangan Hariz diangkat separas dengan mukanya , menunjukkan cincin yang tersarung cantik di jari manis lelaki itu

"oh! nenek lelaki yang berbaju hitam ni suami saya , Hariz Ian" ringkas gadis cantik itu

"dah, mari masuk . mari semua jemput masuk , nak suruh nenek Wan kamu ni , sampai malam memang tak masuk kamu . silap silap tidur luar kamu semua nanti " kata Hisyam dengan kepala tergeleng sekali tambah dengan senyumnya , dia kenal sangat dengan mak nya itu . kalau tak dijemput sampai kesudah budak budak itu duduk kat luar

Nenek Wan pula sudah tepuk dahi , lupa pula nak jemput masuk . "eh mari mari , maaflah nenek ni nyanyuk sikit " gurau nenek Wan , pintu kayu itu dibuka besar memberi ruang untuk cucu cucunya masuk kedalam


Masuk sahaja kedalam rumah kayu separa besar itu , suasana yang riuh tadi bertukar senyap apabila Arya dan Aidan diikuti dengan yang lain menjejakkan kaki . dapat mereka merasakan , ksesemua orang disitu memandang mereka

"kakak Amanda !!!" budak budak diruang tamu itu lari memeluk kaki Arya sehingga membuatkan gadis itu hilang imbangan , nasib sahaja Aidan ada bagi menahan isterinya itu .

"rindunya dengan kakak !!" ujar seorang kanak kanak perempuan dalam lingkungan 9 tahun , Sofea . manakala lagi 5 orang kanak kanak yang lain turut angguk mengiyakan , riaksi mereka sungguh penuh dengan riak teruja kerana dapat berjumpa dengan salah sorang geng nakal mereka

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now