꧁꧂Aidan menapak masuk kedalam bilik tidurnya dan labuhkan punggung dibirai katil , iphone yang berada ditangannya dihidupkan .
terpapar muka cantik Arya Amanda pada lockscreen nya , sengaja dia setkan lockscreen dengan wajah cantik gadis itu .
Aidan laju sahaja mencari contact si Adalynn lalu menekan simbol video call
dia tahu adik perempuannya pasti tinggal dirumah agamnya diMalaysia kerana Adik perempuannya lebih berasa selamat jika tidur dirumahnya berbanding tidur di hotel
tidak sampai seminit terpapar wajah cantik Adalynn Lutfia
" hello brother!!!" tergelak Aidan melihat wajah gembira si adik
" asal kau gelak tho ?" kalau tadi Adalynn tersenyum ceria pantas sahaja riaknya berubah kepada riak menyampah , nasib abang dia hensem auch !
Aidan mengeleng dan berdehem sekali
" Arya mana ?" tanya Aidan dan dengan riak biasa walhal dalam hati sudah membuak buak mahu melihat gadis kesayangannya
" eleh , aku dah agak dah yang kau video call aku ni sebab nak tengok Arya an . Gedik lah kau bang " tersenyum sinis gadis didalam taliam itu . tak lama itu terdengar Adalynn menjerit memanggil Arya Amanda
nampak macam adiknya sudah tahu akan kewujudan Arya jadi tidak perlulah dia membazir air liur menceritakan tentang Arya Amanda
Aidan diam dan dengarkan sahaja si adik memanggil gadis yanh dirinduinya selama 2 hari ini
" ye kakak cantik! " terdengar suara lunak Arya menyapa sistem pendengaran lelaki itu.
automatik tepi bibir Aidan tarik senyum" ni abang Aidan panggil Arya " terlihat didalam screen iphone nya , Adalynn menghulurkan telefon canggihnya kepada Arya yang tampak blur
pantas sahaja Arya menyambut dan anak matanya mengikut gerak geri kakak Adalynn nya yang bangun dari katil
" kakak nak keluar dulu nanti dah habis call panggil kakak okey " Arya angguk faham
Mata bundar itu beralih kearah screen iphone milik Adalynn , senyuman manis Arya terpapar diraut wajah cantiknya
tangannya naik melambai kearah Aidan didalam talian
" hai abang Aidan !!Assalamualaikum ! Abang Aidan Arya rindu em " Aidan tersenyum dan kepala digeleng perlahan
Arya Amanda jarang tak buat jiwanya tidak reti duduk diam
" Abang pun rindukan babygirl abang " Aidan mengapai bantal biliknya lalu dipeluk erat sambil tangan kanannya erat memegang telefon canggih itu
" bila abang Aidan nak balik sini ? Arya rindu abang Aidan sangat sangat . nanti Arya nangis macam mana " memuncung kedepan bibir merah jambu gadis itu
Aidan agak tergamam apabila dia boleh nampak ditubir mata cantik Arya Amanda
bertakung tinggal untuk jatuh ke pipi bulat itu
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...