52

47.9K 3.7K 1.4K
                                    


Setelah beberapa bulan kemudian~

pada bulan puasa ini, kesemua ahli keluarga Aidan balik ke halaman kampungnya Arya selepas sahaja melawat Fatihah dan Hisyam

mereka plan hendak ke kampung ini pun last minit , atas sebab Adalynn rindu akan suasana kampung dan katanya ngidam nak bau air laut

Aidan membantu tangan isterinya yang perut sudah menunjukkan bonjolan keluar dari perut kereta . ya Arya Amanda mengandung 5 bulan .

mereka melangkah masuk kedalam rumah kampung Nek Wan . Aayash dan Aara yang lena pula berada didalam dukungan Xariel , sorang belah kanan dan sorang lagi belah kiri

Inara pula membontoti suaminya . mereka berdua sudah sah sebagai suami dan isteri pada sebulan yang lalu . Alhamdulilah semasa lelaki itu datang meminang , ahli keluarganya menerima dengan hati yang terbuka

dia juga telah membuka hati untuk suaminya , tipulah sepanjang pengenalan mereka , dia tidak jatuh cinta dengan lelaki setampan itu

Carl masuk bersama Reena yang mengendong Merissa , diikuti juga dengan Zariel dan keluarga kecilnya

" Hadiaf jangan lari sayang !" risau Adalynn memandang anak lelakinya itu , sejak dah pandai berjalan . tak pernah reti duduk diam

" sudahlah tu , anak awak tu hyper sama je macam awak " Hariz memimpin Adalynn yang berjalan serupa penguin , kandungan kedua kali ini berbeza dengan sebelum ini

sewaktu mengandungkan Hadiaf perut isterinya tidaklah terlalu besar , tetapi kali ini memang nampak tembamnya isterinya itu

Adalynn jeling geram " eleh , anak awak jugak ! "

" ya sayang .. tak ada sperma saya , tak ada budak terlebih gula tu .. " Hariz hanya mengiyakan sahaja kata kata isterinya.

namun Adalynn rengus kasar , ditepis tangan suaminya dan dengan kaki terhentak di tanah , dia masuk kedalam rumah meninggalkan suaminya yang terpinga pinga

dia ada salah cakap ke?

Adam? lelaki itu sudah lama masuk , dia bukan ada siapa siapa nak ditolong . nak tolong isteri? isteri pun tak ada . SEDIH



Malam itu ,suasana didalam rumah kampung itu sungguh meriah dengan suara anak anak dan membuatkan nenek Wan tersenyum . riuh rendah rumahnya

" Aara sini kat nenek meh.. " Nek Wan depakan tangannya meminta si kecil mendekatinya

Aara yang duduk bermain tablet milik si ayah bersama abang kembarnya toleh memandang wanita berusia itu , dengan payah dia bangun dan berlari kedek suka dan masuk kedalam dakapan neneknya

anak kecil itu di agah beberapa kali sebelum kepala donggak memandang mak buyung yang duduk disisi suaminya

" Arya bersalin bila?" tanya Nek wan dan dibiarkan sahaja Aara bermain dengan telapak tangannya

" dalam pertengahan tahun nek.. " ringkas Arya dan kembali menyuap mangga yang sudah dipotong kecil itu kedalam mulutnya . manis !

Aidan disebelah hanya diam memerhati . sesekali menerima suapan buah itu kedalam mulutnya

Nek Wan angguk faham dan menumpukkan perhatiannya pada cicitnya

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now