𝙷𝙻𝙰 29

67.1K 4.9K 2.1K
                                    


꧁꧂

"Luka dia teruk ?" muncul Aidan ,punggung dilabuhkan disebelah Arya yang seluar tersingkat paras lutut dimana tempat luka ada . belakang gadis itu tersandar pada dinding kayu dengan kaki melunjur kedepan

berkerut sedikit dahi Aidan melihat luka isterinya . matanya naik memandang risau si isteri

Adalynn toleh sekilas dan sambung tepek ubat dengan kapas bulat diluka Arya , sesekali berdesis sakit gadis itu . pedih .

mata bundar itu bertakung dengan airmata , tercebik bibir merah jambu didepan suaminya menunjukkan kesakitan yang di alaminya

"abang Aidan.. sakit.." sekali hingus ditarik

"taklah teruk mana , okaylah nanti tu "ringkas Adalynn , tumpuannya hanya pada luka tersebut . bandage dibalut pada luka itu

terjerit sakit Arya , walaupun tidak teruk mana tapi masih sakit bagi gadis itu . tangan halus itu naik cengkam lengan suaminya , muka disorok disitu . tangan kasar lelaki itu naik mengelus rambut panjang Arya , menenangkan gadis itu

kepala isterinya ditarik masuk ke ceruk lehernya . membiarkan gadis itu meringis sakit disitu . mulut berbisik memujuk gadis itu

"shuhhh.. nanti kita keluar beli coklat cadbury banyak banyak hm?" lengan Arya digosok lembut dengan muka yang dekat dengan muka cemik isterinya , bibir koyak senyum memandang wajah cengeng gadis itu

"dah siap , nanti malam kita balut baru okay princess .. " sempat pipi bulat Arya dicuit Adalynn . gadis cantik itu mula kemas semula family first aid kit ditempat asal .Family first aid kit tu sentiasa kena ada jika mereka keluar berjalan , buat standby jika berlaku kecenderaan

"apa apa panggil aku " sempat Adalynn berpesan sebelum pergi meninggalkan pasangan itu , susuk si suami dicari .

Aidan lihat sekilask elibat si adik sebelum kembali tumpu pada isterinya , dijengah sedikit gadis itu sudah terlelap dibahunya mungkin penat bermain dan penat menangis

bantal yang tersusun ditepi almari dicapai mendekatinya , dengan perlahan kepala si isteri dialih dan diletak lembut keatas bantal . anak rambut yang menutup wajah cantik itu diselak ke belakang telinga

direnung wajah comot gadis itu dalam . ibu jarinya naik mengelus pipi bulat yang masih nampak kemerahan akibat menangis tadi , sakit hatinya lihat airmata jernih umpama permata itu keluar dari mata bundar isterinya .

dia berjanji . siapa saja yang berani buat kesayangannya menangis , maka orang itu bakal berdepan dengannya . Aidan Lutfi

dibetul sedikit pembaringan gadis itu sebelum tangan menepuk perlahan tepi peha Arya , dodoi . sebelah lagi tangannya sibuk membalas chat dari mummynya yang risau menanya tentang keadaan isterinya, ni mesti si Adam ngadu

"er..er... abang , kakak Amanda okay ?"

terhenti tindakan lelaki itu apabila satu suara kecil menyapa dirinya ,telefon mahal itu dimatikan dan kepala dipusing memandang kumpulan kanak kanak itu .

automatik tertunduk keenam enam budak itu , seram mahu membalas mata dengan lelaki dihadapan mereka ini . kumpulan kanak kanak itu terdiri dengan 2 lelaki dan 4 perempuan

tersenyum senget Aidan melihat riaksi mereka , apa kata kita usik sikit nak?

"okay.." sengaja suara dikeraskan . dalam diam Aidan sudah mahu tergelak melihat kecomelan enam kanak kanak itu

"be-betul ni?" soal sorang budak lelaki bernama Putra . teragak agak dia mahu mengangkat muka

"angkat jelah muka tu" tegas Aidan, sengaja . muka pamer riak dingin

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now