꧁꧂"Abang Aidan ! "
" abang Aidan!!"
" ya sayang.." muncul Aidan dari belakang bersama baju melayu berwarna putih , lembut sahaja dia membalas pekikkan isterinya
" Arya dah gemok ..." cebik Arya memandang dirinya melalui pantulan cermin besar yang membolehkan menampak seluruh badan yang tersedia didalam bilik tidur mereka
Aidan yang peluk isterinya dari belakang ungkit senyum lucu , sejak masuk 9 bulan ni ada je celotehnya mengenai badannya yang sudah sedia tembamnya
matanya tidak lepas dari melihat tangan bulat mak buyung itu yang asyik mengusap perut besarnya disebalik jubah putih khas untuk wanita mengandung . kadang kala risau juga Aidan melihat perut isterinya itu , macam belon yang dah nak meletup
sejujurnya dia masih tidak percaya bahawa kandungan isteri kecilnya itu sudah masuk 9 bulan , terasa seperti pantas sahaja masa berlalu
satu benda yang Aidan gemar apabila melihat ketika Arya mengandung ialah cara jalannya . badan dahlah kecik tambah dengan perut besar kemudian jalan seperti penguin , terkedek kedek . comel betul isterinya itu
" jom turun , majlis kejap lagi nak mula ni " kata Aidan bersama senyuman dibibir . lengan dihala pada sang isteri , Arya tanpa banyak kata hanya paut lengan kekar suaminya itu
majlis pada malam itu merupakan majlis potong jambul kelahiran putera pertama pasangan Hariz dan Adalynn yang diberi nama ,
Hadiaf Fazriq Bin Hariz Ian .
Ya .sebulan yang lalu Adalynn selamat melahirkan seorang anak lelaki yang cukup sihat akal dan sifatnya
mereka berdua jalan seiring walaupun agak lambat langkahnya namun Aidan tidak kesah kerana dia tahu payahnya untuk mak buyung itu bergerak
ditangga pula , matanya langsung tidak lepas dari setiap langkah isterinya. sebelah tangan memengang tangan Arya , sebelah lagi memeluk sisi pinggang wanita muda itu .
sahaja dibawah , kelihatan ramai anak buahnya yang sedang sibuk menusun apa yang patut dan tampak juga ada yang sedang menusun tray makanan dimeja makan . keadaan agak huru hara juga namun masih terkawal kerana lagi sejam majlis bakal berlangsung
tumpuan Arya terhenti pada platform katil bayi yang menghiasa ruang tamu rumah agam itu . cantiknya!
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...