𝙷𝙻𝙰 17

67.3K 4.6K 643
                                    


꧁꧂

Carl Manteen berjalan makan angin dikawasan air terjun yang terdapat dikampung Rahmat , hatinya bagaikan tenang dan aman sahaja sepanjang berada di kampung itu. dia disana pun atas arahan ketuanya , Aidan Lutfi bagi mengantikan lelaki itu dengan satu kerja  .

dia duduk disatu batu besar yang terdapat di air terjun tersebut . sepi , yelah hari budak budak sekolah dan hari orang bekerja memang sunyi lah kawasan air terjun itu . sesekali dia menghirup udara segar , namun terkaku saat sistem pengdengarannya terdengar sesuatu

seperti orang menangis?

dah sudah sapa pulak nangis petang petang hari ni?! meremang bulu roma dia dibuatnya . apa ingat mafia tak takut hantu ke ?

kepala dijengah disebalik semak , matanya disapa dengan seorang gadis yang mengenakan baju biasa dan tudung sarung hitam sedang duduk sambil memeluk kedua lututnya .

gadis itu atau diberi nama Reena Medina. menangis tanpa menghiraukan sesiapa , baginya hanya dia seorang saja ada disitu, namun dia tidak sedar bahawa ada seorang jejaka kacak sedang memerhati dirinya ketika itu .



manakala Carl ditempatnya sudah memikir seribu kali sama ada untuk menegur atau mendiamkan diri sahaja dan membiarkan gadis itu merentapi diri ditepi batu itu .

akhirnya mindanya memilih untuk menegur , tak elok pulak membiarkan seorang perempuan menangis seperti tiada hari esok . jadi ada baiknya dia cuba menegur, kan?

Carl pejam mata sekali kemudian dia berjalan perlahan mendekati gadis itu , dia berdehem bagi tidak mengejutkan gadis itu dengan kehadirannya . " awak okay?" soal Carl teragak agak

Reena angkat muka, kornea matanya bertemu dengan sepasang mata hazel lelaki yang berdiri disebelahnya . hensemnya  .. adakah awak bakal imam saya ? eh?!

hingus ditarik , lengan bajunya ditarik sedikit dan mengesat matanya yang berair akibat menangis tadi. dia berdiri dan menepuk seluar menghilangkan kotoran . Carl pula diam , kekok pula tiba tiba

dipandang wajah kemerahan gadis dihadapannya ini , teruk betul menangis ni . secara tiba tiba otaknya berfungsi , "nak makan cendol? saya belanja"pelawa ikhlas Carl

"nak.." kedengaran sedikit serak nada gadis itu ,biasalah orang lepas menangis ni . ternaik tepi bibir Carl , senyum nipis melihat gadis didepannya ini

aku dah jumpa jodoh ke ni?





" kenapa Arya tak boleh jumpa abang Aidan ibu?" Arya memeluk tubuh sambil duduk bersila diatas tilam empuk katil didalam bilik tamu itu . wajah si ibu pandang , sungguh dia hairan kenapa dia langsung tidak boleh berjumpa dengan abang Aidan nya .

harini sudah masuk 3 hari dia tidak bersemuka dengan lelaki tampan itu, ke ibu sengaja kurung dia dalam bilik ni lama lama sebab Arya nakal selalu kacau abang Adam sampai abang Adam bagitahu ibu supaya kurung dia didalam bilik itu

Fatihah tarik senyum , haih bakal pengantin sorang ni banyak betul songeh dia . pipi bulat si anak dicubit , "nanti hilanglah seri pengantin sayang ibu ni " kata kata Fatihah membuatkan Arya Amanda terdiam

seri pengantin tu apa pulak ni ? wajah blur dipamerkan , meletus tawa Fatihah memandang puterinya itu .nasib suaminya ikut bakal menantu mereka menjenguk dewan yang bakal digunakan untuk majlis akad nikad nanti , kalau tidak habis orang tua itu terikut ketawa bersama

" ibu kenapa gelak ? Arya merajuk dengan ibu !" muncung bibir merah jambu gadis itu diatas katil memandang si ibu yang galak mengetawakan dirinya

namun dia bangun dari katil lalu mendapatkan si ibu , dirangkul lengan wanita itu dan tanpa kata wajahnya disembamkan dilengan Fatihah .

terhenti tawa Fatihah saat terasa lengannya basah , pandang kearah Arya , gadis itu teresak esak tiba tiba

" eh kenapa ni sayang ?" Fatihah menolak lembut anaknya , comot muka gadis itu dengan airmata yang deras mengalir

" Ar-Arya tak nak jadi anak derhaka sebab merajuk dengan ibu sendiri " tersendu sedan Arya didepan Fatihah

lahh.. pantas sahaja Fatihah menarik puterinya masuk kedalam pelukan kasih sayangnya . " dah.. dah .. Arya tak pernah buat salah dengan ibu . ibu sayang Arya faham?"

tangan berkedut Fatihah mengusap belakang badan Arya , haihlah bakal pengantin ni . manja betul

Arya mula reda namun tangan yang melingkari pinggang ibunya tidak lepaskan malah memeluk erat

" drama apa pulak anak beranak ni " terangkat kedua kepala , Fatihah dan Arya memandang gerangan Hisyam dipintu bilik tetamu

Fatihah sengih , " tak apa pun abang , ni anak dara kita ni manja terlebih "

tersenyum Hisyam mendengar kata kata si isteri. tangan si suami disalam

" abang nak mandi kejap , dan Fatihah tak perlu risau , tadi abang dah makan dengan Aidan " sempat Hisyam berkata

Arya disudut mengelap airmatanya , dengan diam diam dia bangun dan ..

" eh Arya nak kemana tu?"

namun soalan Fatihah dibalas sepi oleh Arya malah gadis itu laju berlari keluar dari bilik , membulat mata pasangan itu

" Abang Aidan !! Arya rindu !!!!" pekik Arya apabila berjaya keluar dari bilik tetamu yang dijadikan penjara untuknya

" Ya Allah , Arya sayang !!!" kelam kabut Hisyam dan Fatihah mendapatkan anak dara mereka itu

baru sahaja 3 lepas , Asyraf , Alice , Hisyam dan Fatihah setuju untuk tidak berikan kedua anak mereka berjumpa . konon konon untuk seri pengantin namun bila dah macam ni hilang sudah 'seri pengantin' nya .

Arya .. Arya..






makin mengarut sejak sekolah ni hshs 🥲 , btw rindu Aiden Luth tak ? HAHAHA

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now