55

52.4K 3.7K 1.5K
                                    


" Aku fikir sampai Malaysia boleh beraya dengan aman , rupanya tak " rungut Adam ditempatnya , tangan silang di dada .

baru pagi tadi mereka mendarat di muka bumi Malaysia . mood raya punah apabila tiba tiba sahaja air ketuban Adalynn pecah tepat sewaktu turun dari kapal terbang peribadi Aidan

tak pasal semua kelam kabut ke hospital bersama baju raya dipakai

kini suasana didalam bilik wad vip itu meriah dengan gelak tawa orang orang disitu . keluarga kecil Carl , Xariel dan Zariel juga turut serta

" alah rilek lah! nanti kau dah ada bini , kau pun akan rasa semua ni" siku Adam disiku oleh Carl . namun mata lelaki itu masih pada anak perempuannya yang menyusu mengunakan botol susu di gendonganya

" diamlah kau " rengus Adam , dia bangun dan keluar dari ruangan wad itu meninggalkan yang lain . ada baiknya dia pergi hirup udara segar , tenang sikit mindanya

muka Adalynn masih lagi pucat ,masih lemah selepas bersalin bayi perempuan. anak kecil yang berbalut bedung di gendong . di renung puterinya lama , iras bapanya . manakala Hadiaf nampak campurnya , separuh mukanya , separuh muka Hariz

Haifa Hanani nama diberi buat si kecil . nama yang dipilih Hariz sendiri

ubun ubun Adalynn dikucup oleh Hariz . anaknya sudah dua , sekarang tinggal tiga je dan cukup 5 orang . ya dia mahukan 5 orang anak

" m-mommy adik.." jari ditunjuk pada Haifa , Hadiaf merangkak di permukaan katil hospital itu mendekati si ibu

dia duduk disisi ibunya . kepala dijengah melihat adik perempuannya yang masih lagi memerah

terjongket senyum Adalynn , diusap kepala putera sulungnya .

Aidan menepuk tepi peha Aayash yang tampak mamai , mendodoikan . penat bermain agaknya , Aara pula masih galak mengusik perut bulat ibunya sampai terbatal niat Arya untuk jenguk puteri Adalynn

sekejap dipeluk, sesekali ditekap pipinya  dipermukaan perut boyot itu . suka benar bermain dengan perut ibunya yang seperti mahu meletop

" Aara pergi kat papa hm? mama nak tengok baby " pinta Arya , rambut si anak di elus kebelakang

terhenti tingkah si anak . terkebil dia memandang ibunya . mama nak tengok baby? mama dah tak sayang Aara ke?

berubah air muka Arya kepada cuak apabila si anak muka merengek dan raungan si kecil bergema segenap wad vip itu

pantas sahaja dibawa puterinya kedalam dakapan . dia tahu mengapa si anak menangis kalau bukan sebab dia mahu lihat anak Adalynn , pantang dengar perkataan baby

haih.. kuat benar cemburunya , tak tahulah macam mana gelagat anak kembarnya ini dengan adik yang bakal lahir tidak lama lagi

dipujuk , tangan pula tepuk punggung si anak . meredakan tangisan si kecil . Aidan datang dan diambil Aara dari isterinya dan berlalu pergi keluar mahu memujuk puteri kecilnya , Aara pula senang terpujuk dengan si ayah . Aayash pula dia sudah meminta tolong isterinya Xariel, Inara untuk tolong tengokkan anaknya sorang itu sementara dia redakan puterinya




" Alahaih.. comelnya dia tidur .." pipi Haifa dicuit cuit oleh neneknya , Alice. Asyraf pula turut serta isterinya usik cucu mereka . pasangan bahagia itu dengar sahaja anak perempuan mereka bersalin terus terbang ke Malaysia

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now