꧁꧂Aidan berdehem bagi menegur bapa kepada Arya Amanda,Hisyam yang sedang duduk di laman belakang mansion besar itu . Arya dan ibunya sudah masuk kedalam hanya tinggal Hisyam diluar
" ouh Tuan "
baru sahaja Hisyam mahu berdiri dari bangku itu terbantut apabila lelaki muda itu menahanPerlahan Hisyam labuhkan punggungnya semula . Aidan pula duduk di bangku berhadapan orang berusia itu
" kenapa Tuan Aidan ?" tanya Hisyam, yelah terkejut juga dia apabila disergah oleh lelaki kejam itu , Aidan tarik keluar sekotak rokok dan diambil sebatang lalu disua pada Hisyam
Hisyam yang teragak agak ambil juga sebatang , lighter yang berada didepannya dicapai lalu dinyalakan dihujung rokok itu
Aidan menghembus asap rokok itu selamba , matanya memandang pemandangan gunung ganang dihadapannya
" Aku nak kau dan bini kau duduk sini untuk 3 hari " dingin sahaja nada suara gurau Aidan Lutfi , matanya tertumpu pada lelaki berusia didepannya , jelas di raut wajah Hisyam seperti tertanya tanya
" Aku terpaksa ke France atas sebab tertentu . Jadi kau dan bini kau boleh temankan Arya bila aku tak ada kat sini nanti "
" dan aku ada tinggalkan 5000 orang untuk awasi rumah ni . Jangan risau "
Pandangan Aidan beralih kembali pada kehijauan alam sekitar" Tu--Tuan Aidan saya nak berterima kasih kerana jagakan puteri saya baik baik " Hisyam pamerkan senyum nipis
Dia yakin bahawa sekejam kejam jejaka didepannya ini tetapi bila dengan anak perempuannya itu Aidan berubah menjadi orang lain yang tidak pernah orang lain nampak kecuali Arya Amanda
" Saya izinkan jika Tuan Aidan mahu mengambil Arya sebagai suri hati Tuan " Lembut tutur kata Hisyam sambil menatap mata cantik lelaki muda didepannya ini
Aidan terdiam sendiri , matanya tajam membalas anak mata lelaki tua yang penuh dengan pelbagai makna
" Babai !! abang Xariel !! abang Zariel!! abang Carl !! hati hati naik kapal terbang tau !! " tangan itu asyik melambai pada tiga orang kuat Aidan Lutfi
Hisyam dan Fatihah diikuti juga dengan Hariz dan Adam berdiri dibelakang Arya hanya diam sahaja . macam biasa Hariz dan Adam akan tinggal dan menjadi babysitter girl ketuanya
" semua dah ready ?" muncul Aidan Lutfi yang berpakaian biasa tapi masih nampak mahal
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...