꧁꧂Keadaan dirumah agam Aidan Lutfi sunyi dan tiada sorang pun mahu membuka mulut .
Aidan berdehem setelah sekian lama berdiam diri . tangan disilang kedada . riak tenang sepupunya itu dipandang ,
Randy Louis .
" kau demam ke apa? tiba tiba datang rumah aku " tajam mata lelaki itu melihat perangai selamba Randy
" salah ke aku nak jenguk rumah sepupu aku sendiri? betul tak mummy " Randy pamer senyum senget . kening terangkat beberapa kali , provok lelaki itu . huh, dia langsung tidak gentar akan tatapan sepupunya itu
" mama kamu macam mana Randy ? mummy dah lama tak jumpa adik mummy sorang tu " celah Alice . Randy merupakan anak lelaki adik perempuannya
tumpuan Randy beralih pada mak saudaranya , dari senyum senget bertukar pada senyum nipis
" mama sihat je mummy . mama pun rindukan mummy juga " balas lelaki itu . dia juga boleh dikatakan manja dengan wanita itu
" Abang Aidan !! abang Adam pijak kaki Angela !! kesian Angela huwaaa!!!"
suasana tegang itu berubah apabila muncul Arya bersama Angela didukungan . terlihat tangan gadis itu mengurut kaki kucing yang baru sahaja dipijak Adam
dia lari anak mendekati sang suami . muka sudah comot dengan linangan airmata . manakala Angela didukungan hanya diam , yang tuan dia over kenapa? bukan dia yang kena pijak
" Eleh ! gedik ! aku tak sengajakan ? lagipun aku tak pijak dia kuat pun kan , aku sempat elak . yang kau meraung macam aku langgar dia pakai lori pasir asal ? " muncul Adam . riak lelaki itu berkerut seribu , menyampah dengan perangai gedik isteri ketuanya itu .
namun wajah Adam berubah apabila saat matanya bertemu mata ketuanya yang menusuk kornea matanya . automatik kepala pusing kearah lain , meremang bulu roma dia melihat tatapan tajam lelaki itu
seakan terasa seperti ada tetamu , matanya toleh kearah sofa bujang yang diduduki Randy . membutang biji matanya
" Randy berukku !! "
tetapi seruan Adam tidak menarik perhatiannya kerana gadis disebelah sepupunya itu lebih menarik fokusnya
anak mata hijau milik lelaki itu tenung Arya Amanda yang merengek disisi Aidan . gadis itu umpama bidadari yang sesat didunia ini .
sungguh kecantikkan yang dimiliki oleh Arya membuatkan dia seakan lelaki didalam drama , saat sang hero seakan terpukau melihat sang heroin
sedang Aidan leka melayan rengekkan Arya , Randy langsung tidak lepas dari melihat gadis itu . namun angaunya terhenti apabila tersedar bahawa gadis itu ialah isteri sepupunya
tapi..
isteri orang pun kita boleh rampaskan?
" Kamu tidur jelah sini , dah malam sangat nak balik . bahaya .. " Risau Alice anak saudaranya yang tergesa gesa mahu balik pada waktu lewat malam sebegini
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...