꧁꧂
" Assalamualaikum ibu ayah nenek ! Amanda datang ni !!" riuh Arya saat keluar dari perut kereta . dia berlari mendapatkan tiga orang yang sudah berdiri dipintu masuk rumah kampung itu
manakala Aidan dibelakang isterinya itu sudah risau melihat isterinya yang lari macam kena kejar anjing
Hariz lari ke pintu kereta belah isterinya, dia membuka pintu kereta itu dan menyambut tangan mak buyung itu
Adalynn keluar dengan mulut yang comot , gara gara kunyah jajan sepanjang perjalanan . tanpa kata ibu jari Hariz naik mengelap tepi bibir sang isteri dan jilat ibu jarinya selamba
membutang biji mata Adalynn , tangan suaminya diturunkan . " babyboo ! kotorlah " tangan menampar perlahan bahu suaminya yang sudah pamer senyum nakal , kening pula dijongketkan beberapa kali . mengusik wanita muda itu
pintu kereta dihempas kasar , badan direnggangkan sehingga keluar bunyi
" lenguh siak badan " bahu yang terasa lenguh diurut perlahanCarl yang tumpang sekali kereta Adam keluar dari perut kereta , sama seperti Adam dia renggangkan badan . cermin mata hitam yang dipakainya dicabut dan disangkut pada kolar bajunya
kemudian bonet kereta dituju , bagasi mereka dibawa keluar .
melulu Arya masuk kedalam dakapan sang ibu . dipeluk erat tubuh wanita berusia itu kemudian dipeluk pula sang ayah dan akhir sekali neneknya
" nenek ibu ayah ! Arya ada bawak baby tau ! ni dalam perut Amanda hehe " perut yang masih kempis ditunjuk pada orang didepannya
tanpa kata tangan berkedut Fatihah digapai dan ditekapkan pada perutnya. bersinar mata gadis itu ,
sungguh sekian lama dia menunggu mahu memberitahu kedua ibu bapanya tentang kandungannya . namun dipendamkan sahaja kerana mahu mengejutkan pasangan itu
terkejut Fatihah saat mendengar hal gembira itu . dipandang wajah suaminya , mereka membalas pandangan . terserlah wajah sebak mereka
bersyukur tentang kebahagian yang dirasai oleh puteri mereka . satu satunya permata yang mereka ada kini sudah hidup bahagia bersama insan yang betul
Nek Wan terukir senyum , tumpang gembira dengan berita yang disampaikan oleh cucunya itu
Aidan yang menjinjing beg baju mereka berdua hanya diam memerhati dari belakang drama keluarga isterinya itu
selepas menyalam Nek Wan dan mertuanya , dia melangkah masuk kedalam diikuti dengan yang lain . suasana rumah kampung itu agak sunyi kerana yang duduk dalam rumah itu pun tiga orang sahaja
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...