𝙷𝙻𝙰 39

53.8K 4.1K 1.3K
                                    


꧁꧂

Terasa sebelahnya kosong, diraba tilam itu . kosong tiada penghuni . tercelik lelaki itu , tidak lama itu membulat matanya apabila susuk tubuh isterinya tiada disitu

pantas sahaja Aidan bangun dari baringan , segenap ruangan biliknya dilihat . jam yang tergantung didinding dilihat sekilas , pukul 3.45 pagi

rambut yang terjutai didahi itu diraup kebelakang . kemana isterinya pergi waktu sebegini ?

namun lamunannya terhenti apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seperti orang tengah muntah?

tanpa banyak kata , dia laju menghampiri bilik air kerana dia pasti bunyi itu datang dari situ

terkaku dia saat melihat susuk tubuh isterinya yang terduduk longlai ditepi mangkuk tandas , mukanya pucat

"sayang !"

lelaki itu berlari mendapatkan sang isteri , rambut yang basah akibat berpeluh itu diselak ketepi

" a-abang .. " layu gadis itu memanggil suaminya , riak risau suaminya memenuhi kornea matanya

terasa seperti sesuatu mahu keluar dari tekaknya , dia bangun dan mengeluarkan isi perutnya kedalam mangkuk tandas

dapat dia merasakan tangan kasar lelaki itu mengusap belakangnya . bekerut lelaki itu melihat sang isteri

sesudah membuang segala isi perutnya , Aidan cempung tubuh longlai tu keluar dari bilik air dan dibawa ke katil mereka

isterinya dibaringkan perlahan
" kejap abang pergi panggil Adalynn "

Arya hanya diam memandang suaminya yang menapak keluar dari bilik mereka , mulutnya terasa berat untut bercakap. matanya mula layu

dia sendiri pelik dengan apa yang jadi dengan dirinya . dirinya tiba tiba terasa pening dan mual pada pagi itu . nak kata salah makan , tak pula

mata Arya yang terkatup sekejap kini terbuka semula apabila terdengar bunyi pintu bilik terbuka . terpanc wajah cantik Adalynn dan suaminya dengan riak yang gelisah

" kenapa dengan Arya?"

Adalynn dengan perut yang bulat itu jalan perlahan mendekati kakak iparnya . dia duduk dibirai katil , tanpa kata tangan wanita muda itu naik tekap dahi dan leher Arya . panas

" badan dia panas ni abang " kepala toleh kearah abang yang melutut ditepi katil

" takpa aku bagi dia ubat demam dulu , tapi aku sarankan esok kau bawak dia pergi klinik check kat sana  "

beg kecemasannya dizip buka dan mengeluarkan sepapan ubat pil demam , sebiji diambil lalu dihulur pada telapak tangan Arya

Aidan disisi anggukkan sahaja kepalanya , mengikutkan sahaja kata adiknya itu . kedua tangannyaa erat gengam tangan isterinya , hatinya pula tidak tenang atau senang jata risau

yelah siapa je tak risau , tadi isterinya elok sahaja . tup tup pagi itu muntah teruk sebegini . mana tak risau hati jantannya ini

dahi isterinya dikucup penuh sayang , wajah pucat isterinya sungguh membuat jiwanya resah


" Arya Amanda " panggil seorang jururawat perempuan dengan senyum mesranya

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now