𝙷𝙻𝙰 23

68.4K 4.4K 706
                                    


꧁꧂

France

AL^s Hotel ( hotel Aidan Lutfi)

Dewan yang sarat dengan para tetamu bertukar senyap apabila MC majlis sanding itu mula bersuara, kini tumpuan mereka semua pada pintu gerbang yang gah besarnya

" à l'invitation de deux couples heureux dans le hall.. ( dijemput masuk dua pasangan bahagia masuk kedalam dewan .. ) " Xariel Lee mula melalukan tugasnya iaitu sebagai MC pada majlis meriah ini

kalau di Malaysia, Adam dan Carl ditugaskan untuk menjadi MC tetapi pada harini, tugas itu ditukar kepada si kembar riel . hari ini mereka berempat segak bersuit hitam, sungguh membuatkan tumpuan para wanita langsung tidak lepas dari mereka

Pintu dewan itu terbuka dan kanak kanak perempuan yang lingkungan 4 tahun merangkap anak anak saudara Aidan atau lebih senang anak anak makcik kepada lelaki itu, berjalan terkedek kedek sambil membawa bakul yang berisikan dengan bunga rose

kanak kanak perempuan tu membaling bunga bunga rose itu sepanjang berjalan diatas karpet putih dan dibelakang kanak kanak itu , mereka diikuti dua pasangan pengantin baru itu .

Aidan dan Arya jalan seiring , gadis itu tidak tahu apa apa hanya memeluk erat lengan kekar suaminya itu. dia terasa gugup pula memandang tetamu tetamu yang hadir , muka mereka serius betul . tacod gegirl

Hariz dan Adalynn yang berada dibelakang mereka hanya tersenyum manis kearah tetamu, yelah orang kata tak elok kalau tak senyum masa bersanding nanti orang ingat kena kahwin paksa .

> pss mochi hanya cakap apa yang makcik mochi pernah cakap

Aidan dan Hariz tampan mengenakan suit hitam yang sama manakala Arya dan Adalynn mengenakan dress putih yang ditempah khas oleh Alice sendiri

gaya rambut panjang Arya dibiarkan lepas manakala Adalynn membuat sanggul , mereka berjalan ditengah tengah karpet putih

tetamu yang hadir bersorak dan ada yang merakam mereka sepanjang berjalan menuju ke platfom yang menempatkan kerusi sanding mereka.









Habis sahaja majlis sanding yang berlangsung petang tadi . Kesemua tetamu sudah balik hanya tinggal sesetengah

Aidan yang sedang berbual dengan orang kuatnya terhenti saat ada sepasang tangan putih memeluk dirinya dari belakang . lelaki itu kenal betul dengan tangan kecil itu . pantas dia pusingkan badannya ke belakang, menghadap si isteri

wajah cantik Arya Amanda memenuhi kornea matanya , namun riak cemberut gadis itu menjadi tumpuannya . Arya donggak memandang wajah kacak suaminya itu , tinggi betul abang Aidan ni kan ? kadang kadang dia terfikir , mak mertuanya makan apa sampai lelaki didepannya ini tinggi nak mati

" Abang Aidan , Arya dah penatlah . Jom masuk bilik hurm.." tercebik bibir gadis itu , kepalanya ditonyohkan pada dada bidang lelaki itu

tertarik rsenyum Aidan dan kepala di angguk sekali , menurut . tangan kasar lelaki itu naik mengosok atas kepala isterinya. matanya beralih pada orang kuatnya , memberi isyarat mahu meminta diri

" aku naik bilik dulu , korang buatlah apa yang patut "ringkas lelaki itu , tangan memeluk pinggang ramping si isteri . ditepuk lembat belakang badan gadis itu

keempat empat orang kuat itu hanya angguk dan anak mata mereka menghantar permergian Aidan bersama isteri berlalu pergi.

Adam lepaskan keluh , dia rangkul tepi bahu Carl "haih.. aku pun nak kahwin jugak "

Carl angguk iyakan " ye dok . aku dah ada, tinggal nak masuk minang je " tenang lelaki itu berkata, namun tidak pada Adam Kashaff . membulat mata lelaki itu memandang wajah tenang Carl Manteen . Xariel dan Zariel diam tetapi mereka masih memasang telinga


" Serius lah ?!" lantang suara jantan Adam . siapa sangka kawannya yang serupa tenuk ni pun ada orang nak . memang malang perempuan tu , ish..ish..

Carl Manteen angguk laju dan tersenyum saat teringat wajah cantik si kekasih hati , alah angau dengan girlfriend sendiri tak salah kan ?

Adam menampar kuat lengan kekar Carl

" sampai hati kau nak tinggalkan aku jugak ! cukuplah si Hariz tu tinggalkan aku hurm  " Adam mengoyang goyangkan lengan kiri Carl dan bibir lelaki itu sudah tercebik

" Xariel dengan Zariel ada "dagu Carl dihayun kearah kembar dingin dihadapan mereka

" euw aku tak nak pun dengan si gedik ni . Aku masih waras " Zariel membalas mata tajam dengan Adam yang masih bergayut dilengan kekar Carl . Adam telan liur perit , laju sahaja anak matanya memandang kearah lain . beremang bulu romanya saat membalas tatapan dengan lelaki itu

meletus kuat tawa Carl disebelah Adam , lucu melihat riaksi lelaki bernama Adam Kashaff itu tetapi tidak bagi Xariel , baginya memang patut pun lelaki itu kena macam tu . sapa suruh manja sangat








Dibilik yang dingin , belakang badan lelaki itu bersandar dikepala katil hanya diam dan merenung lama wajah cantik isterinya yang enak dibuai mimpi . sebelum gadis itu tidur sempat Aidan menyuruh gadis itu untuk membersihkan diri terlebih dahulu, ada juga rungutan si gadis namun diturutkan sahaja arahan si suami

mata cantik lelaki itu jatuh kearah pakaian tidur Arya , gaun tidur kartun Elsa Frozen paras lutut . tertawa kecil Aidan apabila teringat bagaimana gadis itu merayu mahu membawa baju tidur kesayangannya itu ke France

bermacam cara dipujuknya Aidan agar dia dapat bawa sehelai baju itu ikut sama dan paling mencuit hati lelaki itu , gadis itu sanggup cium beberapa kali pipi lelaki itu tanpa henti sehingga lelaki itu berkata ya dan izinkan dia membawa baju tidur itu

tangannya naik menyelak anak rambut yang menghalang wajah cantik itu kebelakang , jari telunjuk lelaki itu dielus ke pipi bulat si isteri . tanpa sedar atau sengaja , jari telunjuknya perlahan jatuh pada bibir merah jambu gadis itu

diusap lembut bibir lembap itu, bentuk bibir yang cantik itu telah membuat dirinya ketagih.

tanpa kata lelaki itu merapatkan mukanya dengan wajah lena Arya Amanda ,bibirnya perlahan bertaut dengan bibir gadis itu . mata dipejam , menghayati kelembutan bibir lembap itu

pantas Aidan melepaskan tautan itu apabila dia dapat merasakan Arya merengek , sesak nafas mungkin ? . dipandang wajah berkerut Arya , tetapi mata gadis itu masih terpejam . tidak lama kemudian baru wajah cantik itu berubah seperti sedia kala

Aidan tarik senyum nipis , kepalanya mengeleng kecil . tidak sangka dia bertindak melulu seperti tadi . tapi tu isteri dia jadi tidak salah bukan , uhuk.

lelaki itu baringkan badannya ditilam empuk itu dan menarik tubuh isterinya merapati dirinya, kepala Arya perlahan diangkat dan dibantalkan dengan dada tegapnya .

tangan kecil gadis itu naik memeluk pinggang si suami , teddy bear busyuk Arya? sekarang abang Aidan lah bantal peluknya namun teddy bear busyuknya masih tersimpan elok didalam almari baju Aidan. walaupun dia dah jarang peluk teddy bearnya dia masih sayang dengan makhluk tak bernyawa tu

sapa berani buang teddy , Arya gigit dia !

Aidan Lutfi kucup lembut dahi bersih isterinya dan dicium juga ubun ubun Arya. tangannya menepuk lembut punggung gadis itu , dodoikan .

" good night babygirl . my little angel "

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now