" Weh esok dah raya ke?!" kelam kabut Adam mendapatkan manusia yang sedang lepak diruang tamuterjongket kening Aidan , tangan yang mengurut tepi pinggang isterinya terhenti seketika
" raya jatuh hari Selasa kan . kau kenapa Dam? " dipandang rakannya yang matanya tidak lepas dari screen phone
" ta-tapi kat status aku dah kecoh esok raya bodoh !" status what'sapp yang tampak kecoh dihala pada lelaki itu
Aidan teliti lama paparan itu yang mengatakan bahawa esok raya . kemudian ditepis tangan lelaki itu menjauhkan gajet itu dari wajahnya
" tunggu jelah pengumuman nanti " malas Aidan , tangan kembali rangkul pinggang Arya dan mengurut lembut
" mana tahu betul abang?" Arya memandang sekilas wajah tenang suaminya
" aku tak masak apa apa lagi ni , aku cuma buat bahan je " sampuk Adalynn disofa lagi satu . rasa geli di perut bulatnya akibat usapan suaminya dihiraukan
" sana sikit budak , aku nak duduk " tempat di sisi Hadiaf dan Aayash diambil . niat nak duduk sebelah puteri Aidan , Aara . namun terbatal apabila 'binatang putih' , Angela yang dibenci olehnya elok baring disisi anak kecil itu
" dah diam nak pengumuman ni " Hariz mula menguatkan suara kaca tv itu menggunakan remote
" ...dengan ini raya jatuh pada hari Isnin , 2 Mei 2022 ..."
" ESOK?!!!!"
bergema seluruh rumah agam Aidan Lutfi pada malam itu . mereka memandang sesama sendiri
kukira raya hari Selasa malah Isnin sudah raya . satu negara gelabah , termasuk saya hiks-
" aku dah cakap " Adam peluk tubuh , dia dah cakap korang tak nak percaya . hah sekarang padan muka masing masing
" babyboo keluarkan daging ! daging beku lagi tu!!" teriak Adalynn . peha suaminya ditepuk kuat , menyuruh suaminya turut apa yang di arahkan
Hariz bangun dalam keadaan panik , melulu dia menuju ke ruangan dapur
" eh sayang nak pergi mana?" tangan Arya sempat di pegang , menahan mak buyung itu bangun dari duduk
" saya nak tolong kakak cantik masaklah , esok nak raya aduh abang ni blur lah " selamba Arya berkata sebelum tangan suaminya ditepis perlahan dan ikut langkah Adalynn yang sudah berjalan ke dapur
" abang pun sini tolong ! jangan nak goyang kaki je , Adam pun !!" pekikan Adalynn membuat Aidan tanpa kata terus ke dapur manakala Adam sudah pura pura tertidur
namun lakonannya tidak lama apabila kiri kanan pipinya ditepuk dengan Aayash dan Hadiaf . perutnya pulak dihenyak oleh Aara , terlompat lompat anak kecil itu di perutnya . senak lelaki itu dibuatnya
" uncle Dam onyet .. ( uncle Adam monyet..)" pipi lelaki itu dicucuk dengan jari montel Hadiaf
Aayash turut tersengih suka, umpama menyokong kata sepupunya itu
Aara baringkan badannya diatas dada Adam , kemudian wajah sukanya disorok pada dada tegap itu
terlepas keluh berat Adam , payah bila jadi 'orang kesayangan' anak anak kawannya ini .
melihat gelak sakan budak budak itu , Adam tarik sengih senget . walaupun kadang kadang rasa menyakitkan hati dan rasa macam nak jual je masing masing dekat siam , dia masih sayangkan budak budak tu . sejak lahirnya mereka huru hara harinya dengan gelagat si kecil
" Dah sayang.. pergi tidur biar abang dengan Hariz je yang settle kan " ketupat ditangan Arya di rampas lembut , risau dengan isterinya sorang tu
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomansaSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...