꧁꧂" saya doktor Ahmad , sayalah yang akan rawat awak sepanjang awak duduk disini " lelaki berkot putih itu pamerkan senyum manis sehingga menampakkan lesung pipit belah pipi kanannya , ditangan lelaki itu terdapat fail berwarna merah yang terdapat maklumat beribadi pesakit
Aiden Luth pandang kosong kearah lelaki berkot didepannya ,langsung tiada rasa mahu membalas sapaan lelaki itu
kini dia berada didalam bilik khas yang dimana dia akan diami untuk beberapa tahun. bilik itu hanya terdapat satu katil bujang dan ruangan bilik itu dicat dengan warna putih
" awak sejuk ke?" soal doktor Ahmad , yelah dari tadi dia perasan akan Aiden yang asyik mengengam tangannya . pertanyaan Ahmad dibalas dengan gelengan kecil , kanak kanak lelaki itu tundukkan kepalanya
Ahmad lepaskan keluh kecil , biasalah permulaan perkenalan antara pesakit baru . mujur sahaja Aiden tidak memberontak seperti pesakit yang lain . jauh disudut hatinya , timbul perasan kahsian melihat nasib kanak kanak lelaki ini. umur baru berginjak 10 tahun sudah dihantar ke hospital sakit jiwa
" saya keluar dulu ya? kalau ada apa apa panggil je nurse yang ada okey" sejurus itu Ahmad melangkah keluar dari ruangan itu meninggalkan Aiden berseorangan
dengar sahaja pintu besi itu tertutup pantas Aiden angkat muka, direnung pintu besi itu lama . dia yakin pintu mesti berkunci . dia tarik senyum hambar , matanya melihat segenap ruangan itu
kaki ditarik merapati dada , muka disembam dilutut . tanpa kata , dia menangis meratapi nasibnya yang dihantar ke tempat serupa neraka ini. dia menangis meluahkan kesemua rasa perit yang dilaluinya ketika itu
riak keluarganya masih terngiang ngiang di mindanya ,muka yang seperti mengalu alukan pemergiannya . dia tak sakit ! dia tak gila !
lama kelamaan , dia tertidur dalam keadaan sebegitu . muka yang comot dengan airmata langsung tidak diambil kesah . dia penat .
"Aiden dah bangun? " seperti biasa muncul doktor Ahmad dipagi hari , namun harini lain kerana dia bukan berseorangan . harini dia bawa seorang bayi perempuan
matanya jatuh memandang bayi yang mengengam erat tangan doktor Ahmad , dengan mulut yang menyonyot puting bayi .
Ahmad yang dapat mengagak pandangan kanak kanak lelaki itu , tarik senyum .
" kenalkan ini anak saya , Awwiya Nadhira . dia baru nak masuk dua tahun " kini tumpuan Aiden kembali pada Ahmad dan kembali memandang kearah bayi perempuan yang turut memandang kearahnya dengan mata yang bulat
namun Aiden hanya diam, tidak angguk ataupun geleng . matanya tunak melihat bayi itu .
" saya terpaksa bawak dia kesini sebab pengasuh dia pergi bercuti jadi nak tak nak saya terpaksa bawa dia ke tempat kerja " terang Ahmad lagi , dia dukung si anak dan dibawa mendekati Aiden
diletakkan Awwiya dikarpet yang sudah tersedia dan ipad diambil dari beg kerjanya lalu diberi pada si anak . korang mesti tertanya tanya mengapa doktor Ahmad berani bawa anak dia bersemuka dengan pesakitnya atau lebih tepat Aiden Luth , ia bersebabkan Aiden tidaklah seganas pesakit lain
sepanjang Ahmad merawat kanak kanak lelaki itu , Aiden langsung tidak pernah menunjukkan tindakan ganas atau berontak bagai nak gila . Aiden cuma diam dan membuat sendiri langsung tidak menampakkan bahawa budak itu sakit
France
" ibu dengan ayah balik dulu ye sayang " Fatihah memeluk erat tubuh puterinya. bibir Arya mencebik , mata bundar gadis itu mula bertakung dan mengalir deras keluar dari matanya. Hisyam dan Fatihah meminta izin untuk pulang ke Malaysia kerana perlu bekerja dan hal tertentu
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...