꧁꧂"Nanti kakak datang lagi tau.." teresak esak Arya didepan 6 orang kanak kanak itu
" kakak jangan nangis ! nanti kitaorang pun ikut nangis jugak " kata Sofea , mata bulat itu bertakung namun ditahan dari mengalir
terangguk lagi 5 orang kanak kanak itu , mengiyakan kata si Sofea
tercemik Arya dibuatnya , dia melutut bagi separas dengan ketinggian geng nakalnya . mereka berpeluk beramai ramai dengan linangan airmata
" lah.. memang kenalah tu semua sekepala . drama queen " Adam dibelakang kumpulan itu peluk tubuh dengan pandangan jengkel . dia pun tak macam ni waktu kecik kecik dulu
terasa lengannya disiku seseorang .
" ish! kau ni biarlah diaorang yang kau sakit hati sangat pahal?" berkerut dahi Adalynn , dia tak faham mengapa lelaki itu sakit hati sangat dengan budak budak tu" diamlah perempuan senget " selamba Adam . bagasinya diangkat dan dibawa keluar rumah, mahu letak kedalam bonet kereta
harini mereka akan balik ke Kuala Lumpur semula setelah seminggu berada di kampung Arya dan sambung bekerja seperti biasa .
manakala Adalynn masih tergamam dengan kata kata selamba Adam Kashaff . perempuan senget dia panggil aku?!
" nah tak payah nak berkerut sangat muka tu , makan ni " bekas kerepek pisang pemberian nenek Wan dihulur oleh Hariz
isterinya sejak mengandung ni ada saja perangainya .
automatik tersenyum gadis itu , bekas kerepek itu disambut laju . " saya duduk dalam kereta dulu tau babyboo " pipi si suami sempat dikucup sebelum melangkah keluar
" hati hati sayang.. " Hariz menghantar pemergian isterinya dengan mata sebelum sambung kemas apa yang patut
bukan Adalynn tak nak tolong tapi dia sendiri tidak bagi , risau akan kandungan isterinya itu
" dah habis dah?" soal Aidan , yelah dari tadi diperhatikan sahaja drama airmata isterinya bersama budak budak itu
bibir tarik senyum nipis , ibu jarinya naik kesat sisa airmata gadis itu . habis comot wajah cantik isterinya .
" dah pergi salam yang lain , kita dah nak gerak ni " Arya angguk mendengar kata si suami . susuk ibu bapanya didekati
tangan berkedut itu dicapai dan dicium
" Arya balik dulu ibu ayah , nanti ibu ayah datang KL tau! " tubuh kedua ibubapanya dipeluk eratpipinya dikucup oleh Fatihah dan Hisyam . kemudian tangan Nenek Wan disalam dan dipeluk juga tubuh wanita itu
dia berjalan mendekati suaminya semula , lengan kekar Aidan dirangkul . hingus yang mengalir keluar ditarik
tangan halus itu lambai kearah tiga orang itu .
" bye ibu ayah nenek , nanti Arya datang lagi em.." muka disorokkan dilengan Aidan dan ya airmata gadis itu mengalir . sesungguhnya dia tak boleh suasana seperti ini
tertawa kecil Aidan , tangan kasarnya usap kepala isterinya . " kami gerak dulu , ada masa singgahlah KL .. " kata Aidan bersama senyum mesranya . dia menapak keluar bersama Arya dipelukkannya menuju ke kereta audi miliknya
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...