꧁꧂Arya menarik kerusi dimeja makan itu dan duduk , diikuti Aidan disebelahnya . Arya membuka tudung saji dan terserlah lauk nasi lemak
tanpa banyak kata Arya mencedok nasi lalu sambal dan ayam goreng diambil , sedikit ikan bilis goreng dan timun yang sudah siap terpotong turut diambil
Aidan disebelah hanya diam dan matanya tidak lepas dari Arya yang menadah tangan untuk membaca doa makan . Aidan Lutfi sengih sinis apabila Arya sudah melahap nasi lemak itu
Aidan merenung wajah cantik Arya , tapi dia sedikit hairan . gaya gadis didepannya ini lain seperti gadis diluar sana yang tampak normal .
Jari panjang Aidan naik menisip anak rambut gadis itu kebelakang telinga . susah juga berambut panjang ni kan?
Arya tersentak , mata bundar itu menoleh kearah Aidan yang tidak lepas dari memandang dirinya . Arya malulah abang hensem ni
Dan apa sebenarnya motif Hisyam dan Fatihah 'pinjam' rm 30ribu darinya?
Arya yang tenang makan tiba tiba tersedak , terbatuk kuat terus gadis itu . tangannya terkapai kapai seperti mahu terbang , wajah memerah kesakitan
lamunan Aidan Lutfi terhenti apabila deria pendengarannya terdengar seseorang terbatuk , matanya ditoleh kearah Arya yang sudah memerah mukanya
Aidan pantas mengapai jag air sejuk itu lalu dituang kedalam gelas dan cepat sahaja Arya merampas gelas itu dari pegangannya
diteguk air itu laju , kemudian dirampas jag didepan Aidan lalu dituang sekali lagi dan diteguk lagi sehingga tekaknya reda
mata gadis itu sudah berair . sakit betul tu . wajah risau Aidan dipandang, direnung sesaat kemudian itu tangisan Arya Amanda menjelma
makin panik Aidan Lutfi , dia buntu sekarang ni , nak buat apa ni? tangan kasarnya naik mengesat airmata yang deras keluar dari mata bundar itu
" ja-jangan nangis babygirl " ditatap mata bundar itu sehingga Arya terdiam , Aidan senget kepala . aik? diam macam nampak hantu ni kenapa?
" babygirl tu apa? bayi perempuan eah abang hensem ? " polos Arya dengan wajah yang comot dengan kesan airmata , Aidan jongket kening kanan
Arya mendekatkan mukanya dengan Aidan , ada sesuatu yang menarik minat gadis itu .
" eh! cantiknya warna mata abang hensem! Arya nak juga!!! " dengan selamba gadis itu memegang kedua belah pipi Aidan Lutfi . membulat biji mata Aidan , terkejut dengan tindakan gadis itu
Arya makin mendekati wajah Aidan sehingga lelaki itu dapat merasa hembusan nafas hangat Arya Amanda , kusyuknya gadis ini merenung anak matanya . Aidan turut memandang tajam wajah comel Arya
" babygirl habiskan makanan , abang ada urusan kat luar sekejap " tangan Arya yang memegang pipinya dialihkan , Aidan bangun dari kerusi kayu itu .
" abang pergi dulu " atas kepala Arya Amanda diusap perlahan lalu keluar dari ruangan dapur meninggalkan Arya yang kembali menjamu selera
Ketua White Dragon itu duduk disofa bujang tadi , pasangan suami isteri yang terikat dipandang dengan pandangan tajamnya
Hisyam dan Fatihah resah apabila ditenung seperti itu . mereka berdua menundukkan kepala memandang lantai
" hutang 30 ribu tu akan selesai ... " Hisyam dan Fatihah yang tadi menundukkan kepala pantas mendongak saat mendengar ayat dari lelaki muda itu
" jika kauorang berdua benarkan aku 'pinjam' anak perempuan kauorang selama 3 bulan " mata itu tajam memandang pasangan itu bagai mahu menusuk
Orang kepercayaan Aidan dan anak buahnya tergamam , untuk pertama kalinya ketua mereka melepaskan mangsa dengan begitu senang . Tapi mereka tidak boleh kata apa kerana mereka cuma orang bawahan sahaja
"pi-pinjam?" Aidan Lutfi angguk sebagai jawapan , dengan muka yang tiada riak
" to-tolong ja-jangan apa apakan dia , dia tak tahu apa apa " rayu Fatihah , wajah si suami disebelahnya dipandang, Hisyam sudah memejamkan matanya
hutang yang mereka pinjam sebanyak 30ribu adalah untuk kesenangan mereka sekeluarga atau erti kata lain untuk kesenangan puteri mereka , Arya Amanda. Sekarang lelaki didepan mereka ini mahu meminjam anak perempuan mereka selama 3 bulan dan hutang mereka selesai begitu sahaja
"Kalau nak hutang korang selesailah, kalau tak nak .." Aidan jongket bahunya sedikit
"Aku tak teragak agak untuk bunuh korang berdua dan ambik anak perempuan kau " sambung Aidan lagi
"So how hm?" Soal lelaki itu bersahaja .
Hisyam dan Fatihah memandang satu sama lain. Lama kelamaan riak Fatihah berubah seperti sebak dan dia mengangguk perlahan lalu dia menundukkan wajahnya dari terus memandang si suami . Hisyam lepaskan keluhan berat , kepalanya diangkat membalas pandangan tajam Aidan Lutfi
" baiklah, kami terima dengan tawaran itu tapi kami merayu tolong jangan apa apakan puteri kami . Itu sahaja yang kami minta , sebab Arya Amanda mempunyai penyakit childish . Walaupun orang nampak dia seperti remaja tetapi tidak pada pemikiran dia. Umur sebenar Arya adalah 20tahun tetapi daya pemikiran dia tidak ubah seperti budak 2 tahun " Hisyam tunduk
Dia sebak . Kerana anak perempuannya dilahirkan istimewa berbanding dari anak anak orang lain.
Aidan Lutfi tersentak begitu juga yang lain apabila mendengar keterangan tentang gadis comel itu .Gadis secantik itu mempunyai penyakit ? Arya Amanda mempunyai rupa paras yang cantik lagikan comel tetapi ramai tidak tahu bahawa gadis itu tidak senormal orang lain
" abang.." sayu Fatihah memanggil si suami
" abang okey sayang..." Hisyam tersenyum kelat membalas tatapan sayu si isteri
" aku janji yang aku takkan buat perkara buruk pada Arya , kau boleh percayakan aku"
Hisyam dan Fatihah memandang kearah Aidan Lutfi . Mereka yakin bahawa sekejam mana pun lelaki itu tapi siapa tahu dalam hati lelaki itu mungkin terdapat taman bunga ?
" dan aku janji yang cukup 3 bulan aku akan pulangkan balik anak perempuan korang " ujar Aidan Lutfi dengan riak beku
Okeylah jumpa di next chapter babaiii
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...