꧁꧂" Aku nak budak perempuan tu " mata hitam itu tajam memandang wanita dalam lingkungan 48 tahun , Laila .
" budak perempuan? " soal wanita itu , siapakah gerangan lelaki ini sebenarnya . lepas sahaja dia buka pintu utama , dia dan sepasangan kekasih main terjah selamba mausk kedalam rumahnya .
dan dengan tidak malu terus duduk disofa baru dibeli sehari semalam .
mujur sahaja dia tenangkan diri dan batalkan niat mahu menghubungi polis .
Aiden Luth lepas rengus kasar , wanita itu dipandang . " kau pekak ke memang tak dengar?" provok Aiden
membulat mata Laila . kurang ajar betul budak sekarang
Laila jeling mata keatas , dia tak bodoh lagi tak faham budak yang dimaksudkan lelaki itu
" maksud kau , Awwiya?"
terangkat muka lelaki itu . ya , dia mahukan gadis bernama Awwiya itu
tangan naik peluk tubuh , badan disandar . muka berlagak terpasang diwajah wanita itu . matanya berani membalas tatapan helang Aiden
" kau ingat senang je ke aku nak serahkan budak tu pada kau?"
lidah Aiden tolak pipinya dari dalam , berani betul makcik ni . pernah makan peluru ?
" kau nak berapa? " soal Aiden
Erden dan kekasihnya , Syuh disitu hanya diam memandang suasana genting diantara wanita dan lelaki itu
berkerut seribu riak wanita itu .
" kau fikir aku jual barang ke?"
" aku bagi kau 10 juta , kau setuju?" tenang Aiden menyebut angka nombor itu
terbatuk Laila saat mendengar harga yang ditawarkan lelaki muda itu . 10 juta untuk seorang budak perempuan?
terjongket kening kanan Aiden melihat wanita itu seakan tergamam akan ayatnya sebentar tadi
tidak lama kemudian Laila kembali memandang wajah serius Aiden Luth . dia telan liur sekali
" baik , aku setuju "
terangkat senyum sinis Aiden , orang kalau dah kemaruk dengan kekayaan . begitu senang dia serahkan anak buahnya pada lelaki asing seperti dia
" Erden " mata hitam itu memberi isyarat
Erden yang mendengar namanya diseru lantas sahaja meletakkan sebuah beg besi diatas meja bulat yang terdapat ditengah tengah sofa
beg besi itu dibuka dan terserlah duit yang tersusun cantik . ternganga wanita itu saat melihat isi beg besi itu , mengeletar tangannya mencapai seikat duit tebal. matanya perlahan tertumpu pada Aiden yang tenang ditempatnya
" macam yang aku cakap 10 juta "
" ak-aku pergi panggilkan budak tu " kabut Laila bangun dan naik tangga menuju ke tingkat atas . langkahnya laju menuju kebilik yang dihuni oleh gadis itu
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...