𝙷𝙻𝙰 27

63.8K 4.3K 774
                                    


꧁꧂

Mata cantik Aidan Lutfi tidak lepas dari isteri dan adik perempuan yang asyik membelek baju kurung modern yang berbagai warna dan corak .

selepas sahaja mendarat dibumi Malaysia , adik perempuannya sudah bising mahu ke butik mahu mencari baju kurung baru dengan alasan koleksi baju kurungnya yang ada dirumah semua sudah tidak cantik baginya

kata gadis cantik itu lagi, dia mestilah nampak cantik dimajlis perkahwinan anak ibu saudara Arya yang akan berlangsung lagi 3 hari jadi nak tak nak lelaki itu terpaksa turutkan sahaja .

Hariz sudah garu kepala dengan perangai isterinya , nasib sahaja Aidan layankan karenah manja gadis itu

Arya yang hanya membontoti Adalynn sudah lelah penat .manakan tidak , masuk sahaja kedalam butik baju kurung itu tiba tiba sahaja tangannya ditarik oleh Adalynn bagi menemaninya dan tolong membuat pilihan yang mana cantik dan padan dengan dirinya

sesekali dia toleh melihat gerangan si suami yang selesa duduk disofa putih yang memang tersedia dibutik itu , apabila mata mereka bertemu pantas gadis itu menayangkan riak penat dan dibalas dengan senyum senget si suami

mata bundar itu kembali memandang Adalynn yang sibuk padankan sepasang baju kurung berwarna hijau cair dan masih ber'hanger ditubuh rampingnya dihadapan cermin besar yang membolehkan kita melihat seluruh anggota badan kita

" cepat Arya kita pilih banyak banyak , kita habiskan duit abang Aidan.. " sengaja Adalynn. bukan dia tak perasan wajah lelah Arya sepanjang menemaninya disitu lagipun bukan dia yang suruh gadis itu temankan dia malah abangnya sendiri yang suruh . alang alang , tolong pilihkan berapa pasang baju kurung untuk gadis itu

kata katanya dibalas dengan anggukan perlahan gadis itu , " kakak cantik, nanti kita pergi makan boleh? Arya lapar.." tersengih gadis itu sambil menepuk lembut perutnya, mata bundar itu terkedip kedip didepan Adalynn

terlepas tawa Adalynn disitu , "boleh sayang" kata gadis cantik itu dan pipi bulat Arya dicuit manja membuatkan Arya tersenyum lebar dan dari mood penat tadi terus berubah kepada mood segar

Arya tarik sepasang baju kurung modern berwarna peach yang dari tadi menarik perhatian gadis itu, baju kurung itu ditunjuk pada Adalynn . Adalynn toleh , keningnya terangkat

" Arya nak yang ni? " terangguk laju gadis itu dengan senyum bagi menjawab soalan gadis cantik itu

"lagi ? takkan ni je "

terdonggak kepala kedua gadis itu , susuk Aidan yang berdiri dibelakang Arya dengan mata dan tangan yang membelek satu persatu baju kurung yang tergantung diampai menarik perhatian mereka .

Arya pusing menghadap suaminya , wajah dingin Aidan dipandang

baju kurung pilihan diangkat tinggi separas dengan wajah lelaki itu , "Arya nak ni je ! " senyum segaris gadis itu

"betul ni? " tangan menolak pakaian itu ketepi ,  wajah si isterinya dipandang dengan kening kanan terangkat

"emph! "terangguk sekali gadis itu

Aidan iyakan , matanya toleh kearah si adik . sempat mata itu tertumpu pada lengan Adalynn yang terdapat beberapa pasang baju kurung yang bertengek . Adalynn yang perasan akan pandangan si abang , automatik bibirnya koyak sengihan tidak bersalah

" kau cakap kau nak belanjakan ? "ternaik kening gadis itu beberapa kali memandang wajah dingin si abang

" suruh laki kau bayar , jom babygirl " tangan Arya ditarik dan berlalu dari tempat itu meninggalkan Adalynn yang terpinga pinga , tak lama kemudian dia rengus kasar . baju dia lengan dipandang lama

" Adalynn Lutfia ! cepatlah ! aku nak bayar ni " terkejut gadis cantik itu apabila suara si abang memekak memanggil namanya. mujur sahaja butik disewa untuk mereka berbelanja, kalau tidak malu dia dibuatnya

Aidan dikaunter memandangnya tajam .Adalynn buat muka dan berjalan laju mendekati si abang, sempat jelingan dihadiahkan .  ceh! tadi tak nak bayar ni nak bayarkan pulak , nasib abang .

longokkan baju diletak kasar diatas kaunter dan merapati Hariz lalu tangan naik merangkul lengan kekar si suami dengan bibir tercebik .

" kau takda apa nak beli ? baju melayu ke?" kini tumpuan Aidan pada Hariz yang diam disebelah adik perempuannya

tergeleng kepala lelaki itu " takda , baju melayu aku banyak lagi yang elok " ringkas Hariz Ian

Aidan angguk sekali dan dompet dibawa keluar dari poket seluar jeans hitam yang dipakainya , black card ditarik keluar dan dihulur pada pekerja butik itu

sementara tunggu si suami membuat bayaran , Arya dibelakang terpusing pusing kekiri kekanan dengan tangan yang asyik menepuk perut kempisnya . bibir dikemam , menahan lapar .

pandangan pekerja wanita yang berada didalam butik itu dibalas dengan senyum manis , walaupun pekerja itu memberi pandangan menjengkelkan terhadap gadis itu . namun apa gadis itu faham akan riaksi itu , baginya semua sama .

tindakannya terhenti apabila terasa satu tangan naik memeluk pinggangnya dari belakang , hidu sahaja bau maskulin minyak wangi itu sudah dapat diagak oleh Arya . siapa lagi kalau bukan suaminya

" dari tadi abang tengok babygirl tepuk perut , kenapa ? " perut kempis berlapik baju gadis itu diusap lembut olehnya , dihiraukan pandangan orang disekeliling mereka .

sesekali matanya tajam membalas mata dengan pekerja wanita yang berada dibutik itu, bukan dia tidak perasan akan pandangan mereka terhadap isterinya . namun dipendamkan sahaja niatnya, selagi mereka tidak menyentuh isterinya maka mereka masih boleh dikatakan selamat dari masuk kedalam nerakanya

" ehee.. Arya lapar " kepala gadis itu disandarkan pada dada tegap suaminya , dia sengih memandang wajah lelaki itu . haih.. hensem betul suami Arya ..

tertawa kecil Aidan melihat gelagat manja gadis itu , hujung hidung gadis itu dicubit perlahan membuatkan berkerut muka gadis itu.

" halooo.. marilah kita berempat pergi makan kerana saya juga turut lapar ya melihat drama sawit korang berdua " perli Adalynn dibelakang pasangan yang hangat bercinta itu , senyuman dipamerkan namun tidak lama muka meluat ditayang

lengan Hariz ditarik dan berjalan melepasi Aidan dan Arya yang terpinga mendengar kata kata kakak cantiknya itu .

" jom abang Aidan ! nanti kakak cantik tinggalkan kita !!" tangan halus gadis itu menarik lengan kekar suaminya , tersenyum senget Aidan apabila dia sengaja mengeraskan badannya dan membuatkan gadis itu terasa payah mahu menarik dirinya

terlepas rengusan kecil Arya , dia memandang Aidan dengan tatapan tajam . kelibat Adalynn dan Hariz yang jauh dihadapan dilihat sekilas .

tiba tiba idea bernas muncul diminda gadis itu , dipandang suaminya dan senyum mengada menghiasi wajah gadis itu

Aidan pula nampak hairan dengan senyuman something isterinya itu . dah kenapa ?

membulat matanya apabila susuk si isteri sudah laju berlari meninggalkan dia yang berdiri statik disitu . ternganga dia sekejap

" Arya Amanda !!"

" aaaaa!!! " terjerit suka gadis itu bila toleh kebelakang sang suami turut berlari mengejar dirinya yang sudah kedepan

siapa sangka , ketua mafia yang dingin dan kejam itu dimain mainkan oleh gadis itu , satu satunya manusia yang berani meruntuhkan ego lelaki itu





haloo semua ! assalamualaikum! rindu i tak? HAHA

maafkan mochi kalau buat korang tertunggu tunggu

mochi mohon untuk semua tolong doakan yang baik ii untuk nenek mochi yg masih tak sedarkan diri lepas operation haritu - mochi

dan insyallah mochi akan rajin update <3 btw maaflah kalau hambar hshs

AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎Where stories live. Discover now