꧁꧂" Abang Aidan besarnya rumah abang Aidan !!!" pekik Arya saat melangkah masuk kedalam , matanya rambang melihat seluruh mansion besar itu
Langkahnya terhenti apabila mata bundarnya menangkap ramai lelaki yang segak bersuit hitam berdiri tegak didepannya sekarang ini
Aidan tersenyum nipis tapi tak lama selepas itu dia kembali kepada riak dinginnya . Dia jalan mendekati gadis yang kaku berdiri
" babygirl.." dia berdiri betul betul dibelakang gadis itu . Aidan menyelak anak rambut Arya kebelakang telinga
" ni pekerja pekerja abang.. jangan takut okey babygirl hm?" tepi telinga Arya ditiup perlahan sehingga Arya mengeliat geli
Wajah tampan Aidan dipandang sekilas , kemudian matanya kembali terarah pada pekerja lelaki itu . Arya Amanda tarik senyum manisnya
Tangan gadis itu naik , melambai kekiri kekanan kearah lelaki lelaki bersuit hitam itu .
" hai! abang abang semua! nama kita Arya Amanda binti Mohd Hisyam!!"Aidan menyampah didalam hati , tangan kasarnya naik menahan tangan kecil itu dari terus melambai kearah anak buahnya
"stop babygirl.."
mata tajamnya naik memandang wajah wajah anak buahnya , " pergi sambung kerja " ringkas dan padat arahan yang diberi oleh Aidan Lutfi
"baik Tuan!" serentak mereka lalu tunduk dan berlalu pergi membuat kerja sendiri . tumpuan Aidan kembali pada gadis comel itu .
" babygirl nak tengok kawasan rumah ni tak?" Aidan mendekatkan wajahnya dengan tepi wajah Arya , mata cantiknya serta merta terpejam saat deria baunya menyapa wangian rambut panjang gadis itu
" nak !! " kepala gadis itu terangguk angguk laju dengan tangannya mengoyang goyangkan lengan kekar Aidan Lutfi
Aidan tarik senyum, jarinya sempat cuit pipi bulat Arya . tangan kasarnya disatukan dengan tangan kecil Arya Amanda
pipi bulat itu berona kemerahan . Arya Amanda malu dan dalam masa yang sama dia terasa suka apabila melihat tangannya berada didalam gengaman lelaki tampan itu
abang Aidan single tak?
"Wuahhh!!! besarnya!! abang Aidan nanti Arya nak mandi pool ni boleh ?" matanya luas melihat private pool yang besar didalam mansion besar Aidan Lutfi
Arya mendekati tangga kolam , kakinya dicelupkan sedikit . dia terjerit riang lalu dicelupkan beberapa kali kaki kedalam kolam itu
Aidan dibelakang hanya memerhati , dia duduk dikerusi rehat yang ada ditepi kolam itu . tangannya naik selang didadanya , dia bersandar pada kerusi . matanya tajam memerhati gelagat Arya
tanpa sedar dia senyum senget , dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya ketika ini . apabila dia berada dekat dengan gadis itu , automatik dirinya berubah lembut
matanya naik memandang Arya yang berjalan menghampiri dia . kening kanan terjongket , matanya ikut memandang Arya yang duduk disebelahnya
" abang Aidan .." panggil Arya perlahan , matanya terkebil kebil membalas tatapan lelaki itu . Aidan gumam , kepalanya dihayun kedepan sekejap
" why ? " soalnya, hairan dia tadi kemain gadis itu gembira bermain dengan air ni tiba tiba duduk sebelahnya dengan bibir yang sudah muncung serupa anak itik
" Arya nak tanya , swimming pool dekat luar tu tak boleh mandi ke?"
Aidan angkat kening , pool dekat luar? Aidan sedar pool mana yang dimaksudkan oleh gadis comel itu .
Aidan geleng .
" pool kat luar tu tak boleh mandi sayang.. " tangannya naik mengusap atas kepala gadis itu
pool didalam rumahnya ini adalah private pool . jadi sekiranya Arya mahu mandi , pool ini yang akan digunakan oleh Arya .
dia tidak bodoh lagi untuk membenarkan gadis itu mandi di pool yang berada diluar rumahnya itu , tak pasal pasal anak buahnya dapat 'view free'. memang nak kena tembak dengannya
" pool kat luar tu bukan untuk mandi tapi untuk anak anak buaya " tenang Aidan berkata , Arya membulat mata
" anak buaya?!" jelas muka gadis itu tidak percaya dengan kata kata si Aidan Lutfi . Aidan tertawa kecil
" ye sayang.."
" dia tak gigit ke abang Aidan?"
" tak, dia baik jangan risau okey babygirl ?" hujung hidung Arya Amanda dicuit
" Banyaknya makanan abang Aidan !!" rambang mata bundar itu melihat lauk pauk yang terhidang dimeja makan besar
Arya telan liur melihat lauk pauk yang masih berasap itu . wajah tampan Aidan dipandang, mata mereka bertembung . Arya tersengih lalu duduk dikerusi yang tersedia dimeja makan itu
" abang Aidan , Arya dah lapar em.." bibirnya sudah tercemik
" sabar babygirl.. tunggu lagi lima orang kawan abang hm?" lembut sahaja nada lelaki itu , jarinya cuit pipi bulat itu . okey dia mengaku dia obses dengan pipi gadis comel tu
Arya tayang riak tanya , " siapa?"
" Hai si cantik ! " muncul lah lima orang yang dikatakan oleh Aidan Lutfi tadi . tanpa kata mereka berlima duduk memenuhi meja makan itu
Adam labuhkan punggung disebelah Arya .
" hai abang Adam !" balas Arya , tangannya sempat melambai kearah lelaki disebelahnya" enough . Hariz baca doa makan " Aidan dengan riak bekunya , kedua tangannya sudah sedia tadah
Hariz Ian angguk dan menadah tangan diikuti dengan yang lain .
" amin.. " serentak mereka bertujuh . mereka mula mencedok nasi dan lauk yang terhidang
" em abang Aidan , pekerja abang Aidan yang lain tak makan sekali ?" tanya Arya , matanya melihat kearah anak buahnya Aidan yang elok membuat kerja
" nanti diaorang makan kat rumah pekerja , now babygirl makan . nanti sejuk tak sedap hm.." nasi dicedok oleh Aidan lalu diletakkan di pinggan gadis itu . Arya angguk sekali lalu melihat sahaja abang Aidan nya cedokkan dia makanan
" Xariel lepas makan kumpulkan budak budak " arah Aidan dengan matanya masih pada Arya yang mula menyuap nasi kedalam mulut kecilnya
" baik " ringkas Xariel menjawab
" sedap ?" tanya Aidan Lutfi , sebutir nasi yang melekat pada tepi bibir Arya diambil . comotnya makan
" sedap!" dengan mulut yang penuh Arya menjawab ,kepalanya pula angguk laju . senyuman manisnya tidak lekang dari bibirnya
mereka yang ada dimeja makan itu hanya diam dan makan, malas mahu kacau orang baru nak kenal jodoh ni
nampak macam mereka bakal makan nasi minyak . so readers , single ke tu? HAHAHA *ketawa jahat*
vote lah , hiks
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...