꧁꧂"Arya Amanda !!"
pantas lelaki itu bangun dari kerusi kerjanya dan laju langkahnya menuju ke katil . tubuh kecil isterinya diangkat ke pangkuannya dan tangan menampar perlahan pipi kanan isterinya bagi menyedarkan gadis itu dari terus meracau
Arya yang meracau tadi beransur diam dan mencelikkan mata. riak risau Aidan memenuhi kornea matanya.
"ab-abang Aidan " dia bangun dari pangkuan lelaki itu , dipeluk erat tubuh sasa suaminya . Aidan masih merasa gigilan tubuh kecil itu .
hati yang berdegup kencang akibat cemas melihat Arya yang meracau semasa tidur tadi mula reda , hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasannya saat gadis itu menangis dan menjerit secara tiba tiba sewaktu dia sedang sibuk menyemak kertas kerjanya sebentar tadi
"hey.." bahu Arya ditolak dan wajah comot gadis itu menjadi perhatiannya, risau dibuatnya Aidan . apa yang dimimpikan gadis ini sehingga boleh menyebabkan gadis itu meracau
airmata dikesat lembut dengan ibu jari Aidan , helaian rambut yang melekat diwajah basah isterinya diselak kebelakang , merapikan rambut serabut itu . tangannya terhenti apabila melihat bibir merah jambu itu tercemik dengan mata yang bertakung
" Arya mim-mimpi ibu dengan ayah ke-kemalangan . le-lepastu abang Aidan kata yang ibu ayah dah tak ad- " tubuh kecil itu pantas dirangkul Aidan , menghalang kata kata mengarut isterinya . jadi benda tulah yang dimimpikan Arya sehingga buatkan gadis itu meracau sebegini rupa .
tergeleng lelaki itu semasa memeluk erat si isteri , rambut gadis itu diraup "dah.. jangan fikirkan lagi hm? . ibu dengan ayah okay je kat sana , ramai orang boleh jaga mereka berdua " pujuk Aidan Lutfi ,jari mengelus anak rambut isterinya .
" Arya nak video call ibu boleh tak abang Aidan ? Arya rindu ibu dengan ayah " tangan mulus gadis itu gengam tangan kasarnya ,bersama mata bundar yang bersinar akibat sisa airmata dan ditambah dengan hingus yang mengalir
terangguk Aidan mengiyakan permintaan si isteri , ipad yang terletak dimeja kecil bersebelahan dengan katil dicapai .
belum sempat gadis itu mahu mengapai gajet yang dihulurkan oleh Aidan , gajet itu dibawa keudara . terangkat sekali kepala gadis itu , tak lama itu dia kembali tunduk memandang riak dingin si suami
"lap hingus tu dulu sayang.. " ringkas lelaki itu , sehelai tisu ditarik keluar dari kotak tisu yang terdapat dimeja kecil itu . tisu tersebut dihala pada Arya , gadis itu hanya sambut dan hingus dikesat lalu dia bangun dari katil dan tisu yang digunakan tadi dibuang kedalam tong sampah kecil yang terletak bersebelahan dengan pintu bilik air
kemudian dia berlari anak dan lompat ke katil ,dia merapati suaminya . badan disandarkan didada tegap lelaki itu , Aidan letakkan gajet itu diriba Arya dan membiarkan gadis itu melepaskan rindu dengan orangtuanya
tidak lama menunggu laju sahaja Arya mencari contact ibunya lalu simbol kamera ditekan , tidak sama seminit terpapar wajah manis Fatihah di screen gajet itu . Aidan dibelakang isterinya hanya diam memerhati
"ibu !!" terjerit kecil Arya memanggil wanita berusia itu , ipad ditangan dipegang erat. tanpa izin tuan badan , mata bundar itu kembali berair hanya tinggal tunggu masa untuk jatuh mengalir. Aidan sudah tarik sengih , jarinya bermain dengan rambut panjang itu. disikat helaian rambut itu lembut
"kenapa Arya menangis ni sayang? siapa berani buat anak manja ibu ni "Fatihah pamer riak garang dan mengudang tawa kecil Arya Amanda . namun tidak lama dikembali cengeng , bibir sudah muncung seperti anak itik
" mimpi ! mimpi yang buat Ar-Arya.." ngadu manja gadis itu , terlepas tawa Fatihah ditalian
" anak ibu ni mimpi buruk ke ?ni mesti tidur tak basuh kakikan ? " soal Fatihah
terangguk iya gadis itu didepan gajet itu
" Arya mimpi ibu dengan ayah tinggalkan Arya .." lirih gadis itu , jari dimainkan dengan muka tertunduk.
Fatihah tersentak . dia sedapkan hati dengan tarik senyum segaris, wajah lirih Arya direnung didalam talian direnung lama . anak manja ibu ni..
" ibu dengan ayah baik baik je kat sini , Arya jangan risau okay? insyallah tak ada apa yang terjadi hurm ? " lembut tuturan wanita berusia itu , Aidan dibelakang anak gadisnya dilihat
" lagipun Arya kan dah ada suami , mana boleh duduk bawah ketiak ibu lagi iya tak ?" gurau Fatihah dengan senyum lebar
Aidan yang terdengar kata ibu mertuanya tersengih , pipi bulat isterinya dicuit . dapat dia menangkap jelingan manja gadis itu . auch aura dia menusuk jiwa abanglah babygirl.
" dah.. dah.. Arya jangan nangis lagi okay sayang? nanti ajaklah suami Arya balik Malaysia hurm? lagipun hujung bulan ni anak Makngah nak kahwin kat kampung " sempat Fatihah berpesan
Arya pusing kepala memandang encik suami , sengaja Aidan hayun dagu kehadapan menunjukkan 'kenapa?' .
" nanti kita balik kampung boleh tak abang Aidan ?" bibir merah jambu itu terukir senyum manisnya , mata bundar itu tekun membalas mata dengan suaminya .
Aidan gelak kecil dan kucup pipi bulat Arya menghiraukan ibu mertuanya yang masih ditalian , "boleh sayang.." bisik lelaki itu ditelinga kanan gadis itu
bersinar gadis itu memandang suaminya , kepala dipusing semula menghadap gajet itu "ibu! abang Aidan bagi !!" teruja gadis itu
" okaylah ibu , Arya nak tidur ni hehe.. kirim salam sayang kat ayah tau! babai ibu I love you!" tangan terlambai lambai di screen itu , sempat flying kiss dituju pada wanita berusia itu sebelum talian dimatikan
Arya pusing menghadap suaminya dengan senyum ceria , gajet mahal ditangannya dicampak selamba ke permukaan tilam . mulutnya menguap ngatuk , memanglah gadis itu tadi meracau pukul 3 pagi , mana tidak ngantuk .
muka disembam pada dada bidang Aidan , tangan kecil itu memeluk tubuh sasa itu . tangan kasar Aidan menahan belakang badan gadis itu , dia baringkan badan pada tilam empuk . selimut ditarik menutup badan mereka dan tidur dengan keadaan berpelukkan
Malaysia
" kau ni duduk diam diam boleh tak? sakit kepala aku tengok" Erden garu kepalanya tidak gatal , serabut tengok lelaki dihadapannya ini. kehulur kehilir macam lali hilang bini .
gadis cantik disebelahnya hanya senyum senget melihat rungut si teman lelaki
"yang kau senyum senyum macam orang gila ni apahal?! " kepala Syuh atau lebih tepat teman wanitanya diluku . terdiam Syuh ditempatnya , hujung mata gadis itu pandang tajam teman lelakinya itu .
kaku Erden , okay dia salah kerana cari pasal dengan mak harimau disebelahnya ini . hujung jari telunjuknya mencucuk cucuk pipi gadis itu , " hey aku gurau jelah , kau sayang akukan ? tak mau marah marah hm?.." tersengih lelaki itu
"aku ajak korang jumpa ni bukan nak tengok drama murah korang ni "
serentak kedua kepala pasangan dihadapannya toleh kearahnya . pantas Erden turunkan jarinya dari pipi si kekasih hati dan berdehem , riak dingin kembali tertayang diwajah tampannya . manakala Syuh memeluk tubuh dengan muka tiada perasaan , hilang moodnya apabila lelaki disebelah ni cari pasal
"apa kau nak buat sekarang ? "soal Erden , dipandang riak serius Aiden Luth didepannya ini .
"aku nak beli dia " ringkas dan padat jawapan yang diberikan lelaki tampan itu , dipandang dua orang itu tajam
" beli? apa maksud kau dengan beli dia ?" Syuh jongket kening .
terangguk sekali lelaki itu "beli . tu je cara untuk aku dapatkan dia "
Syuh dan Erden pandang satu sama lain
dengan cara beli?
syukur mak bapak Arya masih hidup 🫂🫂.
YOU ARE READING
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎
RomanceSiapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya sepert...